Jenayah dan Keadilan Jenayah: Kanak-kanak dalam Sistem Keadilan Jenayah (Tindakan Rasmi Terhadap Pesalah Kanak-kanak)
KANAK-KANAK DALAM SISTEM KEADILAN JENAYAH (TINDAKAN RASMI
TERHADAP PESALAH KANAK-KANAK)
Definisi Kanak-kanak
Y Seseorang yang berada di bawah 18 tahun
Y Berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang
yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan
dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu 10-14 tahun
Y Kanak-kanak juga dapat didefinisikan sebagai seorang yang
belum diberi sebarang tanggungjawab sama ada dari segi ekonomi, sosial dan
politik serta masih bergantung kepada orang dewasa dalam aspek ekonomi dan
sosial.
Tindakan Rasmi yang Boleh Dikenakan kepada Kanak-kanak
1.
Memberikan amaran
Y Melepaskan kanak-kanak tersebut dengan memberi amaran
Y Selalunya amaran hanya diberikan kepada kes-kes yang ringan
sahaja
Y Cth: Kes curi pada pertama kali
2.
Melepaskan kanak-kanak setelah ia menyempurnakan bon
untuk berkelakuan baik
Y Di mana terdapat perjanjian antara kanak-kanak dengan
mahkamah bahawa ia akan mematuhi peraturan dan berkelakuan baik
Y Syaratnya mestilah ada ibu bapa yang menjaga
Y Cth: Kes mencuri
3.
Meletakkan di bawah pemeliharaan saudara @ orang yang
layak
Y Saudara mara seperti nenek, datuk, baapa saudara @ ibu
saudara kanak-kanak
4.
Membayar denda, pampasan @ kos
Y Melihat kepada kemampuan ahli keluarga kanak-kanak
tersebut
Y Cth: Pecahkan harta benda orang lain
5.
Perintah percubaan
Y Tidak boleh untuk kes yang berat
Y Perintah ini boleh dikeluarkan untuk tempoh 1 hingga 3
tahun
Y Kanak-kanak haruslah berkelakuan baik di bawah pengawasan
seseorang yang bersetuju untuk menerimanya
6.
Sekolah yang diluluskan
Y Sekolah Tunas Bakti (kanak-kanak yang tidak terkawal)
Y Cth: Mencuri, bergaduh
7.
Sekolah Henry Gurney
Y Cth: Kuat pukul orang, merogol, gengster
8.
Penjara
Y 14 tahun ke atas
Y Biasanya kes bunuh
Y Jika perintah pemenjaraan ini dikeluarkan, maka
kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan untuk bergaul dengan banduan-banduan
dewasa
Comments
Post a Comment