Skip to main content

Jenayah dan Keadilan Jenayah: Mangsa dan Pemangsaan

MANGSA DAN PEMANGSAAN
Siapakah Mangsa?
ö  Seorang yang menderita kerosakan secara langsung akibat sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh orang lain semasa menjalankan sesuatu kesalahan jenayah
ö  Individu yang mengalami kerugian, kecederaan @ kesusahan untuk apa-apa sebab
ö  Boleh mempengaruhi nasib dan membentuk serta mengundang sesuatu kejadian jenayah

Teori dalam Pemangsaan (Victimization)
1.  Teori Pencetusan Mangsa (Victim Precipitation Theory)
ö  Menganalisis bagaimana interaksi mangsa dengan pemangsa boleh mengundang kepada penjenayah itu dilakukan
ö  Cth: jenayah pembunuhan, rogol, serangan dan rompakan
ö  Sesetengah orang yang memulakan konfrontasi tertentu dan akhirnya menyebabkan dia menjadi mangsa akibat daripada konfrontasi tersebut (kecederaan @ kematian)
ö  Terdapat 2 bentuk
a)  Active Precipitation
E Berlaku apabila mangsa bertindak dengan cara yang proaktif @ bertindak dahulu apabila diserang
E Cth: Penggunaan kata-kata yang berbentuk ancaman seperti “bodoh”, “gila”
E Cth: Melawan apabila diragut
E Wanita berpakaian seksi menyebabkan dia dirogol
b)  Passive Precipitation
E Berlaku apabila mangsa mempamerkan ciri-ciri peribadi yang tidak sedar sama ada mengancam @ menggalakkan penyerang
E Jenayah boleh wujud kerana konflik peribadi seperti dua orang yang bersaing untuk mendapatkan kepentingan cinta, kenaikan pangkat, tugas dan lain-lain
E Cth: Seseorang wanita yang menerima kenaikan pangkat mungkin akan menyebabkan teman sekerjanya yang lain cemburu
E Mungkin wujud apabila mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan tertentu yang menyinggung @ mengancam kesejahteraan status @ reputasi seseorang
E Cth: Gay selalunya menjadi mangsa buli @ dipukul oleh orang lain kerana mereka menganggap bahawa gay ini akan mengancam kesejahteraan hidup mereka dan menyebabkan ketidakseimbangan berlaku
E Cth: Transgender juga sering kali menjadi manga jenayah kerana mereka dibenci oleh masyarakat
c)  Teori Gaya Hidup (Lifestyle Theory)
E Gaya hidup yang menyebabkan seseorang itu cenderung untuk menjadi mangsa jenayah
E Percaya bahawa gaya hidup seseorang itu meningkatkan peluang mereka untuk menjadi mangsa jenayah
E Cth: Bergaul dengan lelaki muda, berada di tempat awam pada lewat malam, tinggal di kawasan bandar
E Bergantung kepada cara hidup seseorang
E Pilihan gaya hidup ini akan memainkan peranan dalam menentukan tahap risiko
E Gaya hidup berisiko tinggi seperti mengambil dadah, minum alkohol, ponteng sekolah, balik lewat malam
E Cth: Bagi remaja yang selalu melepak bersama dengan rakan sebaya mereka di pusat membeli-belah @ rakan sebaya mereka memberi ID yang palsu dan pergi minum di sebuah kelab di mana akan mendedahkan remaja dengan risiko pergaduhan dan lain-lain
E Cth: Remaja yang terlibat dalam tingkah laku delinkuen seperti menjual dadah, mempunyai gang akan menyebabkan mereka dibunuh
E Seseorang boleh mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa jenayah dengan menukar cara hidup mereka
E Cth: Berpindah ke kawasan luar bandar, jangan balik lewat malam, mengamalkan gaya hidup yang sihat
d)  Deviant Place Theory
E Mangsa tidak mendorong jenayah tetapi cenderung untuk menjadi mangsa jenayah kerana mereka tinggal di tempat yang sosial tidak teratur dan mengandungi kadar jenayah yang tinggi
E Seseorang yang melawat kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi, mempunyai kecenderungan tinggi untuk menjadi mangsa
E Cth: tempat yang miskin dan mempunyai ramai penduduk
E Bagi orang yang mengambil langkah berjaga-jaga akan kurang menjadi mangsa jenayah
E Risiko untuk menjadi mangsa jenayah dapat dikurangkan jika seseorang berpindah ke kawasan yang lebih selamat iaitu kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah serta mempunyai undang-undang yang ketat
e)  Teori Aktiviti Harian (Routine Activities Theory)
E Berdasarkan kepada corak tingkah laku individu dan faktor-faktor situasi sekitar jenayah seperti bila ia berlaku dan dengan siapa
E 3 syarat yang perlu dipenuhi
1)  Kehadiran pesalah yang berpotensi dan bermotivasi
J Ramai graduan muda yang tidak mempunyai pekerjaan bermotivasi untuk melakukan jenayah
J Cth: Remaja lelaki, penagih dadah, dewasa yang tidak mempunyai pekerjaan
2)  Sasaran yang sesuai dan terdedah
J Rumah yang mempunyai barangan yang berharga, tempat yang terlindung daripada orang ramai
J Cth: Tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi, keluar pada waktu malam, mempunyai barang yang berharga seperti duit
3)  Ketiadaan penjaga yang berkesan
J Polis, tuan rumah, jiran tetangga, kawan
J Cth: penculikan kanak-kanak selalunya berlaku kerana tiadanya penjaga yang berkesan iaitu ibu bapa tidak menjaga dan memerhatikan anak-anak mereka dengan baik

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa