DALAM LIMA CARA APAKAH KEBOLEHAN INTELEK REMAJA ADALAH
LEBIH UNGGUL DARIPADA KANAK-KANAK. TERANGKAN DAN BERIKAN SATU CONTOH YANG
KONKRIT KEPADA SETIAP TREND PEMBANGUNAN.
(IN WHAT FIVE WAYS ARE THE INTELLECTUAL ABILITIES OF
ADOLESCENTS ARE SUPERIOR TO THOSE OF CHILDREN? EXPLAIN AND GIVE A CONCRETE
ILLUSTRATION OF EACH DEVELOPMENTAL TREND.)
Y Remaja berfikir
lebih maju, cekap dan berkesan daripada kanak-kanak
1. Berfikir tentang Kemungkinan (Thinking about
Possibilities)
Remaja tidak
seperti kanak-kanak, pemikiran mereka tidak semestinya terikat kepada
peristiwa-peristiwa konkrit. Bagi remaja, realiti hanya satu aspek “possible
realities”. Kanak-kanak mempunyai imaginasi dan fantasi tetapi remaja boleh
memanipulasi pemikiran mereka dengan cara yang membolehkan mereka menjana
kemungkinan dan membandingkan fantasi atau kemungkinan dengan senario masa
depan. Remaja mencari penyelesaian kepad masalah dengan melibatkan pelbagai
kemungkinan. Keupayaan untuk berfikir secara logik dan sistematik meningkatkan keupayaan
remaja dalam matematik yang abstrak seperti algebra, geometri, trigonometri,
bilohi, fizik dan kimia. Remaja juga dapat berfikir sebarang hipotesis dan
merancang kesan pada masa depan melalui tindakan diri sendiri dan juga orang
lain. Remaja juga mempunyai kepercayaan mereka sendiri dan dapat berhujah
tentang kepercayaan mereka itu. Remaja juga membentuk satu kemahiran kognitif
yang dipanggil sebagai penaakulan deduktif iaitu keupayaan untuk membuat
kesimpulan logik berdasarkan fakta. Pemikiran hipotesis juga muncul di zaman
remaja iaitu menggunakan apa yang tahu dan menjangkakan hasil berdasarkan
logik. Ini membolehkan remaja untuk berhujah atau berfikir tentang apa yang
boleh dilakukan. Pemikiran hipotetikal membolehkan remaja melihat dan berfikir
dari perspektif orang lain. Hal ini memainkan peranan yang penting dalam
kemahiran membuat keputusan kerana ia membolehkan remaja untuk meramalkan
kesan-kesan yang mungkin berlaku.
2. Berfikir tentang Konsep Abstrak (Thinking about Abstract
Concepts)
Remaja boleh
berfikir tentang perkara-perkara yang tidak boleh dialami secara langsung oleh
kanak-kanak. “Puns”, peribahasa, metafora dan analogi hanya masuk akal bagi
remaja. Remaja juga menggunakan pemikiran abstrak untuk isu-isu berkaitan
sosial dan ideologi seperti politik, falsafah, agama, moral, makna kehidupan
dan interaksi sosial. Remaja dapat memikirkan tentang benda-benda yang abstrak
serta membuat analisa daripada benda-benda tersebut. Cth tentang agama, remaja
akan lebih memikirkan tentang agama (Adakah tuhan itu benar-benar wujud?, Apkah
tujuan saya dilahirkan di dunia ini?)
3. Berfikir tentang Pemikiran (Thinking about Thinking)
Berfikir tentang
pemikiran seseorang dipanggil “metacognition”. Remaja akan mula menyedari
pemikiran, kefahaman atau pembelajaran seseorang. Mereka juga akan dapat
menjelaskan pemikiran tersebut kepada orang lain. Remaja akan menjadi lebih
introspektif dan sedar diri serta melibatkan diri dalam “intellectualization”.
Remaja akan mula memikirkan emosi mereka sendiri. Egocentrisme remaja adalah
kepercayaan remaja bahawa orang lain memandang mereka dan memerhatikan tingkah
laku serta penampilan mereka. Hal ini menyebabkan wujudnya “imaginary audience”
dan “personal fable”. “Imaginary audience” merupakan sebuah situasi di mana
remaja percaya bahawa semua orang memerhatikan tingkah laku serta penampilan
mereka. “Personal fable” pula berkaitan dengan remaja percaya kepada keunikan
yang dimiliki oleh mereka. Tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kepada mereka
kerana mereka adalah sangat unik. Hal ini menyebabkan remaja harga kendiri
mereka meningkat tetapi kadang-kadang ia juga membawa bahaya kepada remaja.
Cth, bagi remaja kemalangan tidak akan berlaku walaupun mereka memandu secara
tidak berhemah. Remaja juga akan berfikir secara lanjut tentang pemikiran
mereka sendiri sehingga asyik kepada diri sendiri (egocentrisme). Pertumbuhan
ini akan membawa masalah kepada remaja. Cth semua orang mesti pandang saya dan
berfikir, betapa hodohnya saya berpakaian sedemikian. Mereka juga mungkin akan
berada di dalam dunia sendiri dan mula berkhayal diri sendiri ini untuk unik
dan tidak ada sesiapa yang memahami atau mempunyai kebolehan yang unik dan
istimewa daripada orang lain
4. Berfikir dalam Pelbagai Dimensi (Thinking in Multiple
Dimension)
Remaja boleh
berfikir dalam pelbagai dimensi serta aspek yang berbeza. Mereka memahami
bahawa soalan atau masalah yang rumit mempunyai pelbagai jenis jawapan yang
berbeza. Remaja juga menggambarkan diri mereka dan orang lain adalah berbeza
dan rumit. Setiap orang adalah unik dan berbeza serta mempunyai pandangan
masing-masing. Remaja lebih memahami “sarcasm” dan “double-entendres”
5. Relativisme Remaja (Adolescent Relativism)
Kanak-kanak
cenderung melihat perkara secara “hitam dan putih” manakala remaja dapat
melihat perkara yang relatif. Remaja akan mula meragui perkara-perkara yang
mereka percaya sebelum ini dan mempertikaikannya. Semua kelihatan samar-samar
dan tidak pasti seperti juga pengetahuan.
Comments
Post a Comment