SEBUT DAN
JELASKAN ERIKSON SERTA MARCIA MENGENAI TEORI PEMBANGUNAN IDENTITI.
(MENTION AND
EXPLAIN ERIKSON AND MARCIA’S THEORY OF IDENTITY OF DEVELOPMENT.)
TEORI
PEMBANGUNAN IDENTITI ERIKSON
Identity vs Diffusion
ö Semasa remaja (12-18 tahun), peralihan daripada zaman
kanak-kanak kepada alam dewasa kanak-kanak akan menjadi lebih berdikari dan
mereka akan mula mencari apa yang sesuai dengan mereka pada masa depan seperti
pekerjaan, perhubungan, keluarga, perumahan dan lain-lain. Di peringkat inilah,
remaja akan mula belajar dengan peranan yang perlua dia mainkan. Remaja tersebut
akan mula mencari identitinya. Dia akan mula menyoal siapakah dia, apa yang dia
nak buat, apakah peranan dia, apakah kepercayaan dan nilai yang dia pegang,
apakah yang akan dibuat oleh dia pada masa depan. Sambil bertanya dan mencari
jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, remaja akan mula meneroka dan
mencari identitinya. Dalam peringkat ini, peranan ibu bapa dan rakan sebaya
amatlah penting. Jika remaja dapat mencari identitinya dan menyelesaikan segala
persoalan-persoalan yang timbul, maka ia akan membawa kepada nilai “fidelity”.
Jika remaja tidak berjaya mencari identitinya maka ia akan mengalami kekeliruan
peranan. Remaja tidak tahu apakah yang hendak dicapai olehnya atau identitinya.
Hal ini akan membawa kepada kesan yang negatif.
TEORI PEMBANGUNAN
IDENTITI MARCIA
1. Difusi
Identiti (Identity Diffused)
Remaja dikatakan belum lagi mempunyai krisis dan
komitmen. Remaja yang berada dalam peringkat ini dikatakan mempunyai tahap
penerokaan yang sangat rendah serta tidak mempunyai komitmen. Mereka juga tidak
mengalami sebarang krisis. Remaja ini juga tidak pernah berfikir tentang
identiti mereka dan tidak mempunyai apa-apa matlamat yang ingin dicapai. Mereka
akan kelihatan seperti individu yang bebas, sering mengelak daripada melakukan
sebarang komitmen, mempunyai kepercayaan politik, sosial dan agama yang kabur,
sukar membuat keputusan, sukar berhubung dengan orang lain dan tidak mempunyai
aspirasi kerjaya
2. Foreclosure
Remaja yang mengalami foreclosure mempunyai komitmen yang
tinggi tetapi tahap penerokaan yang rendah. Mereka hanya menerima apa yang
ditentukan oleh mereka tanpa memikirkan sendiri apakah pilihan-pilihan atau
perkara-perkara yang penting bagi mereka. Remaja di peringkat ini juga tidak
pernah menyoal pasal kepercayaan, nilai yang telah diajarkan oleh keluarga,
budaya dan masyarakat. Mereka hanya menerima apa yang telah ditentukan oleh
mereka
3. Moratorium
Remaja yang berada di status ini meneroka secara aktif
dan mencuba pelbagai peranan dan identiti serta menguji dan mencuba pelbagai
komitmen. Mereka juga meneroka tentang kepercayaan dan nilai serta matlamat
yang berbeza. Mereka akan menguji dan mencuba pelbagai tingkah laku,
personaliti. Walaubagaimanapun, remaja yang berada di status ini belum
menentukan apa kepercayaan serta nilai yang paling penting bagi mereka. Mereka
juga belum menetukan prinsip-prinsip yang akan menjadi pegangan mereka
4. Pencapaian
Identiti (Identity Achievement)
Remaja yang berada di status ini mempunyai pilihan dan
komited terhadap pilihan mereka itu. Mereka telah menentukan matlamat, nilai
dan kepercayaan yang dikatakan amat penting kepada diri mereka. Individu yang
telah berjaya memperoleh identiti ini akan mempunyai kekuatan yang telah
fleksibel, ada “sense of humour”, mempunyai harga kendiri yang tinggi,
berdikari, mempunyai matlamat hidup yang realistik.
Comments
Post a Comment