ANDA MEMBERI
SYARAHAN KEPADA SEKUMPULAN PELAJAR KOLEJ. TENTUKAN TIGA JENIS AUTONOMI DAN
TERANGKAN SETIAP SATU DENGAN CONTOH.
(YOU ARE
GIVING A GUEST LECTURE TO A BUNCH OF COLLEGE STUDENTS. DEFINE THREE TYPES OF
AUTONOMY AND DESCRIBE AN EXAMPLE OF EACH.)
DEFINISI
AUTONOMI
& Individu mampu untuk membuat keputusan sendiri,
bertingkah laku berdasarkan kehendak dirinya
TIGA JENIS
AUTONOMI
1. Autonomi
Emosi (Emotional Autonomy)
Remaja memperoleh “emotional independence” dalam hubungan
dengan orang lain terutamanya ibu bapa. Semasa anak-anak memasuki zaman remaja,
mereka akan menjadi kurang bergantung
emosi kepada ibu bapa mereka. Mereka mungkin akan mencari rakan sebaya
untuk mendapatkan bantuan. Terdapat remaja yang mempunyai konflik dengan
keluarga yang menyebabkan mereka terpaksa memisahkan diri mereka dengan ibu
bapa. Terdapat juga remaja yang mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa
dan mereka selalu berkongsi emosi serta bergantung kepada ibu bapa mereka.
Remaja juga cenderung melihat ibu bapa mereka bukannya mengetahui semua perkara
2. Autonomi
Tingkah Laku (Behavioral Autonomy)
Remaja boleh membuat keputusan sendiri berkaitan dengan
tingkah laku mereka dan mengikut tingkah laku tersebut. Berlaku perubahan dalam
kebolehan membuat keputusan kerana remaja boleh melihat sesuatu perkara dalam
pelbagai perspektif dan juga membuat andaian serta pendapat daripada ibu bapa
atau orang dewasa berkaitan dengan isu-isu pendidikan dan pekerjaan. Rakan
sebaya selalunya akan mempengaruhi remaja dalam muzik dan pakaian. Remaja juga
akan menjadi lebih berdikari. Mereka dapat membuat keputusan sendiri berkaitan
dengan apa yang perlu dia buat, pakai dan makan
3. Autonomi
Kognitif (Cognotive Autonomy)
Remaja memperolehi kepercayaan dan nilai yang tersendiri.
Mereka juga dapat membuat hipotesis berkaitan dengan tingkah laku seseorang dan
juga berkaitan dengan apa yang benar serta apa yang salah. Kepercayaan remaja
akan menjadi lebih abstrak, berprinsip dan lebih mendalam. Remaja juga
mempunyai pegangan moralnya yang tersendiri bahawa apa yang dia percaya betul
atau salah. Remaja juga mempunyai pemikiran politiknya yang tersendiri. Mereka
cenderung melihat politik itu dari pelbagai perspektif dan abstrak. Remaja juga
mempunyai pegangan agama yang tersendiri. Mereka juga akan menyoalkan agama
yang mereka anuti tersebut
Comments
Post a Comment