SENARAIKAN
DAN TERANGKAN ASAS UNTUK PERTIMBANGAN MORAL KANAK-KANAK MENGIKUT SETIAP TIGA
TAHAP PEMBANGUNAN MORAL KOHLBERG.
(LIST AND
DESCRIBE THE BASIS FOR CHILDREN’S MORAL JUDGEMENTS ACCORDING TO EACH OF THREE
LEVELS OF MORAL DEVELOPMENT.)
TAHAP
PRECONVENTIONAL
Peringkat 1 Punishment-Obedience Orientation
| Di peringkat ini, kanak-kanak beranggapan bahawa mematuhi
peraturan dan undang-undang amat penting. Apa yang dikatakan oleh orang dewasa
adalah suatu arahan atau perintah yang perlu dipatuhi. Sebagai cth kanak-kanak
tidak akan berani mencuri kerana mengikut undang-undang atau peraturan yang
ditetapkan oleh orang dewasa mereka akan dihukum. Bagi kes Heizn, kanak-kanak
melihat perbuatan mencuri itu adalah salah kerana ia melanggar undang-undang
dan bagi mereka Heizn akan dihukum kerana dia melangagr undang-undang
Peringkat 2 Instrumental-Hedonism Orientation
| Di peringkat ini pula, kanak-kanak cenderung untuk
mengatakan bahawa tindakan ini adalah dari segi moral adalah tepat kerana
keperluan serius yang diperlukan oleh pelaku. Kanak-kanak akan menilai tindakan
seseorang itu sama ada bermoral ataupun tidak berdasarkan bagaimana ia memenuhi
keperluan pelaku tersebut. Kanak-kanak beranggapan bahawa seseorang itu
melakukan tindakan tersebut diharapkan ia akan mendapat balasan. Sebagai cth
seseorang yang mencuri wang daripada orang lain kerana dia memerlukan wang
tersebut untuk memberi makanan kepada anak-anaknya yang lapar. Cth kes Heizn,
kanak-kanak beranggapan bahawa Heizn akan curi kerana mungkin Heizn mempunyai
anak yang kecil dan dia memerlukan isterinya untuk menjaga anak-anaknya.
Terdapat juga kanak-kanak yang akan mengatakan yang ia adalah “fair exchange”
iaitu mereka mencuri kerana mengharapkan seseorang akan membalasnya. Cth kes
Heizn, dia sepatutnya mencuri dadah tersebut untuk isterinya dan mungkin
isterinya akan membalasnya
TAHAP
CONVENTIONAL
Peringkat 3 Good Girl-Good Boy Orientation
| Pada peringkat ini, kebiasaannya kanak-kanak telah
memasuki zaman remaka. Mereka percaya bahawa seseorang sepatutnya melakukan
tindakan berdasarkan jangkaan keluarga dan juga masyarakat dan bertingkah laku dalam cara yang baik. Tingkah
laku yang baik di sini bermaksud mempunyai niat yang baik dan perasaan
interpersonal seperti sayang, empati, kepercayaan dan prihatin terhadap orang
lain. Kanak-kanak di peringkat ini juga berpendapat bahawa seseorang yang
mengadili suatu tindakan berdasarkan peranan sosial dan jangkaan sosial di
hadapannya. Cth kes Heizn: Ya, Heizn sepatutnya mencuri dadah tersebut untuk
menyelamatkan isterinya kerana ia adalah peranan dia sebagai seorang suami yang
taat dan baik walaupun mungkin dia akan masuk penjara
Peringkat 4 Law and Order Orientation
| Pada peringkat ini, remaja akan lebih prihatin terhadap
apa yang akan dikatakan oleh masyarakat. Mereka berasa bahawa patuh kepada
undang-undang dan menjalankan peranan masing-masing dengan bertanggungjawab.
Mereka juga perlu menghormati pihak berkuasa. Jika seseorang melanggar
undang-undang hanya kerana ia merasakan tindakannya adalah betul atau mempunyai
sebab atau alasan yang kukuh, maka masyarakat akan berada dalam keadaan
huru-hara kerana setiap orang dapat bertindak mengikut apa yang dia rasa betul.
Kanak-kanak di peringkat ini akan melihat patuh kepada undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan amat perlu untuk menjaga keamanan dan
ketenteraman
TAHAP
POST-CONVENTIONAL
Peringkat 5 Social Contract Orientation
| Pada peringkat ini, orang akan melakukan apa yang mereka
rasa betul. Mereka juga lihat kepada pelbagai pendapat dan juga nilai yang
dipegang oleh orang sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan
tindakan moral tersebut. Mereka merasakan mereka perlu sesuatu hak seperti
nyawa sepatutnya dipertahankan dan mereka akan berusaha melakukan proses
demokrasi untuk mengubah undang-undang dan peraturan yang tidak adil untuk
memajukan masyarakat. Bagi mereka undang-undang adalah ciptaan manusia, maka
jika undang-undang tersebut tidak membawa kebaikan kepada masyarakat,
masyarakat boleh mengubah undang-undang tersebut untuk kepentingan mereka
Peringkat 6 Universal Principled Orientation
| Di peringkat ini, peringkat “ideal” ini beberapa orang
sahaja yang pernah mencapainya. Orang-orang di peringkat ini mematuhi beberapa
prinsip-prinsip universal seperti kesaksamaan semua rakyat, menghormati maruh
manusia, komitmen kepada keadilan yang melampaui norma dan peraturan tertentu.
Seseorang individu itu melabelkan sesuatu itu betul atau salah berasaskan
prinsip-prinsip universal. Prinsip tersebut dibuat berdasarkan rasa hormat
kepada semua individu di dunia. Semua hak individu di dunia termasuk agama dan
autoriti-autoriti moral dianggap sebagai moral
Comments
Post a Comment