Skip to main content

Dasar Sosial: Strategi Kebajikan (Strategi Cara Ketiga)

Strategi Cara Ketiga (Third Way Strategies)
@ Satu falsafah politik yang memberi penekanan kepada peranan tradisional negara kebajikan khususnya dengan maklum balas terhadap perubahan sosial dan ekonomi kesan daripada proses globalisasi
@ Satu percubaan untuk mengatasi kedua-dua gaya lama demokrasi sosial dan neo-liberalisme tentang hubungan dan kerjasama antara pasaran dan negeri dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat
@ Memberi penekanan kepada peranan sektor ketiga (sukarela, swasta, badan amal, diri) dan sektor tidak formal (keluarga, masyarakat) dalam menyediakan kebajikan sosial
@ Satu pendekatan yang pragmatik untuk kebajikan
@ Satu propaganda politik untuk beralih dan/@ berkongsi beban, fungsi, peranan dan tanggungjawab kerajaan dan pasaran dalam menyediakan kebajikan sosial kepada sektor ketiga dan sektor tidak formal
@ Prinsip baru mengenai tadbir urus kebajikan sosial @ bagaimana perkhidmatan sosial perlu ditadbir

Rasional Cara Ketiga
1.    Kekangan Wang/Fiskal
2.   Usaha Mendayaupayakan Pengguna Perkhidmatan
3.   Falsafah dan Wawasan Pembentukan Masyarakat Prihatin dan Penyayang
4.   Resolusi bagi Berhadapan dengan Impak Globalisasi
5.   Mekanisme Keadilan Sosial dan Etika Moral
6.   Mengukuhkan Autoriti dengan Demokrasi
7.   Mewujudkan Masyarakat Sivil yang Baik

Prinsip Cara Ketiga
1.  Keadilan Sosial
[ Semua individu dalam sesebuah negara haruslah diberi peluang yang sama untuk memajukan kehidupan masing-masing
[ Diberi hak minimum terhadap keperluan asasi manusia
[ Kerajaan bekerjasama dengan pasaran ekonomi dan komuniti haruslah memastikan bahawa setiap individu dilindungi daripada pelbagai jenis malapetaka
[ Cth: Skim Workfare dan Skim Perumahan Awam
2.  Budaya Moral
[ Komuniti sebagai sumber utama penyediaan dan pembekalan budaya moral
[ Memastikan setiap anggotanya dapat menjalankan fungsi, peranan, jangkaan dan tanggungjawab sosial masing-masing mengikut peraturan, nilai dan etika yang dipersetujui oleh masyarakat
[ Memandu individu ke arah perlakuan yang sesuai dan diterim oleh masyarakat
[ Cth: Ahli komuniti menyalurkan kepada anggota komuniti bahawa perlakuan jenayah seperti mendera anak, menghisap dadah merupakan perlakuan yang tidak baik dan salah
[ Mampu menanamkan tingkah laku yang baik kepada masyarakat
[ Dilihat sebagai peraturan tidak formal
[ Individu dikatakan lebih “segan/malu” untuk melanggar peraturan tidak formal berbanding dengan peraturan formal
[ Haruslah bersesuaian dan konsisten dengan perubahan sosial, nilai dam keperluan masyarakat
3.  Sebuah Masyarakat yang Baik (Kebajikan Sivil)
[ Masyarakat diumpamakan sebuah meja yang disokong oleh 3 kaki
[ Kaki pertama kerajaan, kaki kedua pasar ekonomi dan kaki ketiga komuniti yang terdiri daripada anggota keluarga, jiran, sahabat handai
[ Komuniti merupakan penyedia, pembekal dan pemberi perkhidmatan sosial yang utama dan bermakna
[ Komuniti membantu kerajaan dan pasar ekonomi menyelesaikan pelbagai masalah dan defisit keperluan masyarakat
[ Cth: Kehidupan warga berusia akan lebih bermakna sekiranya ahli keluarga, anak-anak, jiran tetangga dan sahabat handai menyokong dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih normal berbanding dengan tinggal di institusi penjagaan awam
[ Setiap ahli komuniti mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain
[ Programnya adalah semangat kerjasama komuniti seperti rukun tetanggan dan rondaan anti-jenayah yang berasaskan kejiranan, persatuan penduduk dan kumpulan pemasaran-pembelian makanan tempatan
4.  Kerjasama antara Negara, Pasaran Ekonomi dan Komuniti
[ Peranan, fungsi dan tanggungjawab sosial kerajaan, pasaran ekonomi dan komuniti tidak boleh dipisahkan
[ Ketiga-tiganya bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain
[ Saling mengawal dan menyekat antara satu sama lain agar tidak lari daripada matlamat nasional
[ Kerjasama produktif antara sektor kerajaan, pasaran ekonomi dan komuniti

Example of Programs for the Third Way Strategies
1.  Program “Community Policing”
[ Membantu komuniti berhadapan dan mengatasi pelbagai masalah sosial
[ Melibatkan kerjasama yang proaktif antara setiap anggota komuniti dan agensi-agensi formal (polis, kesihatan, pendidikan)
[ Pendekatan kontemporari pihak polis membanteras jenayah
[ Pihak polis memerlukan kerjasama daripada anggota komuniti untuk menjaga keselamatan komuniti masing-masing
[ Cth: Penubuhan kumpulan peronda, rondaan pejalan kaki, amalan rukun tetangga
[ Intervensi pencegahan jenayah dalam komuniti (Skim Pemerhati Kejiranan dan Patrol Anti-Jenayah)
[ Cth: Malaysia (Program Rondaan Komuniti-Rondaan malam menerusi Program Rukun Tetangga)
[ Intervensi pemulihan jenayah (Program Pemulihan Keadilan)
[ Para perancang bandar/wilayah juga menggunakan teknik program ini untuk membangunkan semula kawasan yang ditinggal oleh golongan berpendapatan rendah
[ Program-program sosial untuk mendayaupayakan aset sosial komuniti menerusi institusi keluarga dan pendidikan (Pendekatan “Dari Bawah Ke Atas”)
2.  Program Bantuan Bersama (Mutual-Helps Programs)
[ Diamalkan oleh ahli keluarga, rakan taulan, jiran tetangga, rakan sekerja dan ahli-ahli pertubuhan sukarela
[ Diasaskan atas semangat perpaduan sosial untuk mengupaya dan melindungi individu yang kurang/tidak upaya agar mampu mengembangkan @ membangunkan kapasiti diri secara berkesan
[ Cth: Kerjasama ibu bapa di dalam perkhidmatan penjagaan anak, program-program workfare, program-program ekonomi berasaskan kepada komuniti
[ Cth: Kumpulan-kumpulan Pembelian Makanan Tempatan, pertubuhan-pertubuhan simpanan wang bersama (mutual saving asociations), Kesatuan Kredit (Unions Credits), Program “Bangsa Bekerja”
3.  Program Jaga Diri (Self-Help Programs)
[ Penggunaan sumber-sumber dan kepakaran dalaman yang dimiliki oleh ahli komuniti dalam membantu diri sendiri dan ahli-ahli komuniti lain dalam menyelesaikan masalah mereka
[ Menyediakan perkhidmatan yang lebih spesifik kepada keperluan individu
[ Cth: Kumpulan jaya diri banyak membantu individu yang menghadapi kanser, AIDS, HIV, ketagihan arak, ketagihan dadah, ketagihan rokok dan obesiti
[ Cth: Program sokongan sosial rakan sebaya yang berasaskan jaya diri (peer led self help)
4.  Program Sukarela (Volunteering Programs)
[ Aktviti-aktiviti dan program-program organisasi sukarela dalam mendayaupayakan pelbagai program pembangunan komuniti
[ Mendayaupayakan individu dan kumpulan sosial yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan defisit keperluan spesifik




Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa