Skip to main content

Dasar Sosial: Strategi Kebajikan (Strategi Pelaburan Sosial)

Strategi Pelaburan Sosial (Social Investment Strategies)
@ Membangunkan modal insan di sesebuah negara
@ Memfokuskan kepada pelbagai usaha membangunkan kualiti pendidikan, pengetahuan, latihan dan kemahiran
@ Modal insan ialah
a)   Jumlah pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat untuk melanjutkan matlamatnya
b)  Merupakan koleksi sumber-sumber pengetahuan, bakat, kemahiran, kebolehan, pengalaman, perisikan, latihan, penghakiman dan kebijaksanaan yang dimiliki secara individu dan secara kolektif oleh individu dalam populasi. Sumber-sumber ini adalah jumlah kapasiti rakyat yang merupakan satu bentuk kekayaan yang boleh diarahkan untuk mencapai matlamat negara @ lain-lain

Konsep Modal Insan
@ Aset-aset sosial seperti sumber manusia, budaya, nilai, norma, agama, penyertaan awam, komuniti dan kumpulan sosial tertentu yang terdapat dalam sesebuah negara untuk menjana keuntungan ekonomi, politik dan sosial kepada negara tersebut
@ Jaringan sosial dan sistem sokongan sosial yang amat diperlukan oleh individu bagi mewujudkan hubungan interaksi yang berkesan dan bermakna dengan individu-individu
@ Kata kunci penting dalam modal insan adalah jaringan kerja dan nila/norma timbal balas yang bersifat dua hala yang proaktif

Kepentingan Pelaburan Sosial
1.    Meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup individu, kumpulan sosial, komuniti, masyarakat dan rakyat secara menyeluruh
2.   Pencapaian yang baik dalam pendidikan dan ilmu pengetahuan (kadar pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan, penurunan dalam kadar keciciran pelajar)
3.    Penurunan dalam kadar jenayah kekerasan atau bersifat negatif
4.   Peningkatan dalam tahap kesihatan
5.   Memberi sumbangan yang baik dalam bentuk pembayaran cukai
6.   Mempunyai kadar toleransi yang tinggi, mengamalkan sistem ekonomi yang lebih adil kepada semua rakyat, mengamalkan persamaan hak yang lebih adil, mempunyai semangat sivik dan nilai moral yang tinggi

Intervensi-intervensi Strategi Pelaburan Sosial
1.  Meningkatkan Pelaburan dalam Modal Insan
ö Program “manusia, manusia dan manusia”
ö Kesejahteraan sosial individu hanya boleh dicapai jika individu mempunyai semangat dan usaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka
ö Program jaga diri bagi kemahiran sosial di mana memberi tumpuan kepada usaha diri sendiri
ö Pelaburan ekonomi dan sosial berskala besar (budaya keusahawanan) dan berskala kecil (membantu individu, keluarga yang berpendapatan rendah @ peniaga-peniaga/pekebun-pekebun/petani-petani kecil supaya dapat menjalankan perniagaan mereka dengan lebih efektif)
ö Intervensi kemahiran sosial (membina keyakinan diri, semangat diri serta melatih mereka dengan kemahiran-kemahiran sosial)
2.  Menggalakkan Pelaburan dalam Program-Program Pembentukan Modal Insan
ö Strategi pembangunan komuniti membolehkan komuniti mengawal dan mentadbir urus sumber-sumber setempat untuk digunakan bagi memajukan komuniti mereka sendiri
ö Cth: Program berbentuk mobilisasi sosial, program berbentuk pemerkasaan sosial, program berbentuk penyertaan sosial
ö Sektor pendidikan
ö Bidang-bidang kesihatan dan makanan, kebajikan kanak-kanak, kemahiran-kemahiran serta perkhidmatan-perkhidmatan sosial untuk kumpulan berkeperluan khas dan berusia, pendidikan kesihatan ibu mengandung, perancangan dan pengurusan keluarga, pendidikan kanak-kanak
ö Mampu menamam ideologi @ nilai sosial tertentu untuk mengatasi masalah sosial yang wujud
ö Meningkatkan volume dan intensiti perhubungan sosial yang bersifat kerjasama dalam komuniti
3.  Memperkasa Aset Individu dan Aset Komuniti
ö Pelaburan dalam pembangunan infrastruktur (jalan raya, pengangkutan, jabatan, sekolah, sistem bekalan air awam, klinik, hospital)
ö Menggalakkan Penglibatan dan Penyertaan Aktif Individu dan Komuniti dalam Ekonomi Pekerjaan yang Produktif
a)   Latihan pekerjaan, pendidikan pekerjaan, penempatan kerja, program-program mikrokredit
b)  Polisi pekerjaan yang fleksibel dan terbuka kepada individu berkeperluan khas
c)   Program pembangunan microenterprise
d)  Program menyediakan peluang pekerjaan, menyediakan penempatan dan latihan kerja, perkhidmatan sokongan, program menanam pengetahuan kemahiran yang diperlukan
ö Mengalihkan dan Menghapuskan Segala Halangan Individu/Komuniti untuk Menyertai Aktiviti Ekonomi
a)   Kekurangan kemahiran, kebolehan untuk mencari pekerjaan, limitasi akses terhadap maklumat dan jaringan sosial, had mobilisasi untuk mencari pekerjaan
b)  Harus sensitif kepada keperluan peranan jantina berbeza (Cth: Ibu yang mempunyai anak)
c)   Diskriminasi ras-etnik, jantina, keagamaan, bangsa, umur, kenegaraan, kecacatan
d)  Melabur dalam program-program sosial yang berkaitan dengan anti-diskriminasi dan tindakan affrimative yang mampu membasmi halangan terhadap pekerjaan dan menggalakkan penyertaan serta penglibatan individu dalam aktiviti ekonomi
e)   Cth: Program-program penjagaan anak di tempat kerja, polisi sekuriti sosial yang lebih komprehensif (keperluan penjagaan keluarga para pekerja), program tempat kerja yang lebih selesa (pekerja wanita yang berkeluarga)
4.  Membentuk Persekitaran Sosial yang Kondusif untuk Pembangunan
ö Program sosial yang mampu mencegah dan mengurangkan masalah jenayah dan masalah sosial dalam negara
ö Program yang mampu mengekalkan keharmonian setiap kaum
ö Program yang mampu meningkatkan integrasi dan solidariti kaum
ö Program yang menjamin keselamatan, kestabilan dan ketenteraman politik negara




Comments