TEORI STRUKTUR SOSIAL
V Teori ini mempercayai bahawa kadar jenayah adalah tinggi
dalam kalangan komuniti yang miskin dan berada dalam keadaan gangguan sosial
V Golongan yang berada di dalam keadaan sosio-ekonomi yang
buruk akan mudah terjebak dalam kegiatan jenayah
V Golongan yang mengalami gangguan dalam strukturnya
seperti struktur sosial yang tidak seimbang, pengagihan yang tidak sekata
antara nilai cara (means) dan matlamat (goals) serta ganjaran (rewards) akan
menyebabkan seseorang terjebak dalam perlakuan jenayah
Teori Anomie
V Diasaskan oleh Emile Durkheim pada tahun 1893 dan
dikembangkan oleh Robert Merton dan Walter Reckless
V Anomie bermaksud kurangnya standard etika @ sosial yang
biasa
V Dalam bukunya “Division of Labour”, Durkheim percaya
bahawa anomie merupakan keadaan di mana jangkaan tingkah laku adalah tidak
jelas dan sistem itu telah “break down”. Hal ini dikenali sebagai
“normlessness”
V Hal ini menyebabkan masyarakat tidak tahu apakah tingkah
laku yang perlu diikutinya. Maka, hal ini akan menyebabkan berlakunya gejala
anti-sosial @ tingkah laku devian berkembang
V Bermaksud situasi sosial yang kekurangan peraturan, ketiadaan
norma, “lawlessness” @ norma yang lemah yang boleh membawa kepada perlakuan
devian
V Mengikut Durkheim, situasi anomie yang berkembang dalam
masyarakat telah menyebabkan ia tidak dapat memberikan norma yang jelas kepada
masyarakat untuk menjadikannya sebagai panduan
V Peraturan dan norma yang ada adalah untuk mengawal
tingkah laku @ kelakuan masyarakat
V Apabila peraturan dan norma tidak dapat berfungsi dengan
baik, hal ini menyebabkan kawalan sosial ke atas masyarakat menjadi renggang
dan masyarakat menjadi tidak selamat
V Idea Durkheim telah diperkembangkan oleh Robert Merton.
Merton telah mencadangkan bahawa sesuatu jenayah berlaku adalah kerana
ketidaksamaan pencapaian dalam kalangan masyarakat
V Mereka yang berpendidikan rendah dan mempunyai sumber
ekonomi yang terhad telah dinafikan hak untuk mencapai kejayaan yang sah
V Anomie berlaku dalam golongan yang didiskriminasi
sehingga menyebabkan mereka mencari jalan penyelesaian yang lain seperti
perlakuan jenayah untuk memenuhi matlamat serta keperluan mereka
V Apabila seseorang itu gagal mencapai kehendak sosialnya,
ia akan mencari jalan alternatif untuk mencapai kehendak berkenaan, salah
satunya ialah jalan yang melanggar undang-undang
V Anomie berlaku apabila berlakunya perubahan masyarakat
mekanikal kepada masyarakat organik (tradisi kepada moden)
Adaptasi Sosial
1.
Penyesuaian (Conformity)
V Apabila seseorang @ kumpulan menerima matlamat budaya dan
cara-cara untuk mencapai mereka
V Tidak akan membawa kepada perlakuan devian kerana
masyarakat memilih untuk akur kepadanya
V Individu @ kumpulan menerima matlamat dan mematuhi
norma-norma yang telah ditetapkan
V Individu @ kumpulan akan menyesuaikan diri mereka dengan
norma-norma yang ditetapkan oleh masyarakat
V Cth: Bagi remaja yang ingin mendapatkan telefon bimbit
yang canggih, mereka akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapatkan
pekerjaan yang bagus serta mempunyai gaji yang tinggi. Seterusnya dengan gaji
tersebut, mereka akan dapat membeli telefon bimbit yang diimpi-impikan
V Mereka mematuhi peraturan dan undang-undang yang sah
dalam mendapatkan telefon bimbit tersebut
2.
Inovasi (Innovation)
V Individu @ kumpulan menerima @ mengikut matlamat yang
ditentukan oleh masyarakat tetapi dengan guna cara yang salah
V Mereka terima matlamat budaya yang ditentukan oleh masyarakat
tetapi menolak cara tradisional @ cara yang sah untuk mendapatkan sesuatu @
mencapai matlamat tersebut
V Individu akan menggunakan inovasi tersebut untuk mencapai
sesuatu @ matlamat dengan melalui jalan yang salah apabila mereka tidak mampu
untuk mencapainya melalui cara yang sah
V Individu akan mengambil jalan yang singkat (short cut)
untuk mencapai matlamat yang dikehendakinya
V Individu dapat menerima matlamat masyarakat tetapi
menolaknya jika mereka tidak dapat mencapai melalui cara yang sah
V Cth: Pegawai awam yang ingin mendapatkan kenaikan pangkat
akan mengambil jalan singkat dengan merasuah orang yang menemu bualnya supaya
ia dapat pangkat tersebut dengan mudah
V Cth: Bagi remaja yang ingin membeli telefon bimbit tetapi
mereka tidak mempunyai duit, maka mereka akan mencuri
3.
Ritualisme (Ritualism)
V Melihat individu @ kumpulan orang yang mengamalkan amalan
tradisional di mana mereka tidak kisah dengan kemewahan
V Malahan, mereka menerima kepuasan daripada amalan tradisi
mereka tersebut
V Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai risiko
yang rendah untuk melakukan kegiatan jenayah
V Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai matlamat
yang menjadi akar kepada punca perlakuan jenayah
V Cth: Bagi golongan yang selalu mengamalkan tradisi @
ritual lama iaitu menumpukan diri mereka dengan spiritual @ kerohanian
4.
Pengasingan (Retreatism)
V Seseorang individu @ kumpulan yang mengasingkan diri
daripada masyarakat
V Menolak kedua-dua matlamat dan cara yang sah untuk
mencapai sesuatu matlamat
V Mereka menolak apa yang ditetapkan oleh masyarakat sama
ada dari segi nilai, norma @ kepercayaan
V Mereka melakukan sesuatu mengikut pandangan dan pendirian
mereka tanpa cuba untuk mengubah masyarakat
V Cara untuk melarikan diri
V Cth: menjadi pemabuk, penagih dadah, kutu rayau, pesakit
mental
V Berlaku dalam kalangan orang-orang yang berfikir mungkin
mereka boleh mencapai matlamat/kejayaan tersebut tetapi kekurangan peluang @
motivasi untuk mencapainya dengan cara yang sah di mana mereka menarik diri
daripadanya
V Cth: Seorang pelajar yang tidak dapat mengikuti kursus
yang diambil di universiti telah bertindak mengambil dadah untuk mengurangkan
tekanan
5.
Pemberontakan (Rebellion)
V Apabila sesebuah masyarakat menolak nilai, budaya @ norma
yang diamalkan pada sekarang dan menggantikannya dengan nilai, norma serta
budaya yang baru
V Mereka menolak kedua-dua matlamat dan juga cara yang sah
untuk mencapai matlamat tersebut
V Para pemberontak berhasrat untuk mempromosikan perubahan
yang radikal terhadap struktur sosial yang wujud dan menggantikannya dengan
struktur sosial yang baru di mana mempunyai matlamat yang baru
V Cth: Pemberontakan berlaku mungkin kerana kebencian
terhadap kerajaan yang telah runtuh dan berlaku amalan rasuah yang berleluasa @
usaha untuk mencipta peluang yang baru kepada masyarakat
Comments
Post a Comment