Kognitif bermaksud berfikir
Tingkah laku ditentukan oleh proses mental seperti
persepsi, ingatan, kebijaksanaan dan proses berfikir
Memberikan perhatian yang lebih kepada pengalaman
subjektif dan pentafsiran
Kurang memberikan perhatian kepada situasi objektif
Menekankan kepentingan manusia berfikir
Teori Perkembangan Kognitif
Dipelopori oleh Jean Piaget
Andaian: Perkembangan kognitif berlaku dalam turutan yang
tetap
Perkembangan kognitif berkembang secara berterusan dari
tahap yang mudah kepada tahap yang lebih kompleks
Struktur kognitif dibentuk, dikembangkan dan diubahsuai
hasil interaksi individu dengan persekitarannya
TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
1. Tahap Deria
Motor (Sensorimotor Stage)
Lahir hingga 2 tahun
Bagi membentuk pemahaman mengenai dunia sekelilingnya
melalui koordinasi pengalaman kederiaan dengan tindakan fizikal
Mereka berkembang daripada tindakan refleksi naluri
semasa lahir kepada permulaan pemikiran simbolik sehingga tamat tahap tersebut
Mengalami dunia melalui deria dan pergerakan seperti
menghisap jari atau mencapai permainan, mendengar dan merasa
2. Tahap
Pra-Operasi (Preoperational Stage)
Berlaku semasa kanak-kanak berumur 2-7 tahun
Mula berupaya menggunakan perkataan dan imej-imej bagi menerangkan
tentang dunia sekeliling
Wujud peningkatan pemikiran simbolik dan ianya melebihi
perkaitan antara maklumat kederiaan dan tindakan fizikal
Prinsip ketekulan adalah lemah
Logik mereka adalah tidak terurus atau belum berkembang
lagi
Cth: Kanak-kanak akan cenderung berpendapat bahawa air
yang dituang ke dalam gelas yang tinggi dan sempit adalah lebih banyak
berbanding dengan air di dalam gelas yang pendek dan lebar
Tahap ini memperlihatkan bahawa konsep masih belum
dioperasikan kerana realitinya jumlah air yang dituangkan ke dalam kedua-dua
jenis gelas adalah sama banyak
3. Tahap
Operasi Konkrit (Concrete-Operational Stage)
7-11 tahun
Kanak-kanak berupaya berfikir secara logik mengenai
peristiwa-peristiwa konkrit dan boleh mengkategorikan objek-objek kepada
set-set yang berbeza
4. Tahap
Operasi Formal (Formal-Operational Stage)
11 tahun ke atas iaitu umur remaja dan ke atas
Berupaya mengguna serta memahami logik dan konsep-konsep
abstrak
Pemahaman logik semakin meningkat
Individu tersebut menjadi seorang yang sedar tentang
kemungkinan-kemungkinan yang ada
Comments
Post a Comment