1. Penampilan
Ketakakuran
gender dapat dilihat melalui penampilan para wanita dan juga lelaki.
Ketakakuran gender dapat dilihat apabila lelaki berpakaian seperti seorang
wanita manakala wanita berpakaian seperti seorang lelaki. Lelaki yang tidak
mengaku gendernya akan memakai pakaian wanita seperti pakai baju berwarna merah
jambu, berkasut tumit tinggi, memakai skirt dan “dress” dan lain-lain supaya
kelihatan lebih feminin. Bagi wanita pula, mereka akan memakai pakaian seperti
seorang lelaki seperti berseluar, baju T-shirt dan pakai kasut kasut.
Penampilan wanita dan lelaki juga dapat dilihat melalui solekan iaitu lelaki
yang bersifat feminin akan suka bersolek seperti gincu, pewarna kuku, rantai,
gelang, anting-anting dan lain-lain. Seseorang wanita atau lelaki yang tidak
akur gendernya juga dapat dilihat melalui rambutnya iaitu wanita berambut
pendek seperti lelaki manakala lelaki berambut panjang.
2. Gaya Hidup
Gaya
hidup bagi seseorang wanita atau lelaki yang tidak akur kepada gendernya akan
amat berbeza dengan orang yang biasa. Sebagai contoh, seseorang lelaki yang
berkelakuan seperti seorang wanita akan bersifat lemah lembut, bersopan serta
tidak akan menggunakan perkataan-perkataan yang kasar. Sebaliknya wanita yang
berkelakuan seperti seorang lelaki pula akan menggunakan bahasa-bahasa atau
isyarat-isyarat yang kasar, kurang sopan atau tidak sedap didengar.
Lelaki-lelaki ini akan hidup seperti seorang wanita iaitu pakai pakaian wanita,
memasak, membasuh baju, menjaga anak-anak dan kerja-kerja domestik lain yang
dilakukan oleh wanita. Wanita pula akan berpakaian seperti seorang lelaki,
bekerja di luar rumah, mencari nafkah untuk keluarga dan lain-lain. Seseorang
wanita yang berkelakuan seperti seorang lelaki akan lebih suka untuk bergaul
dengan lelaki-lelaki lain dan sekitar mereka juga akan dikelilingi oleh kaum
lelaki. Mereka juga berkemungkinan untuk jatuh hati dengan sama jenis. Bagi
lelaki yang berkelakuan seperti seorang wanita pula, mereka lebih suka untuk
bergaul dengan wanita, lebih memahami wanita dan mereka akan dikelilingi oleh
para wanita. Mereka juga berkemungkinan untuk suka pada sama jenis.
3. Pekerjaan
Pekerjaan
juga merupakan salah satu contoh ketidakakuran gender. Mengikut pandangan
masyarakat, seseorang wanita harus memilih pekerjaan yang bersifat feminin
seperti setiausaha, jururawat, cikgu dan lain-lain manakala lelaki pula
sepatutnya bekerja sebagai seorang doktor, polis, askar dan lain-lain pekerjaan
yang bersifat maskulin. Mereka yg tidak akur kepada gender sendiri akan memilih
pekerjaan yang bersifat bertentangan dengan gender mereka. Bagi seseorang
wanita yang bersifat sebagai seorang lelaki, mereka akan memilih pekerjaan yang
bersifat maskulin seperti menjadi arkitek, jurutera, doktor, polis dan
lain-lain. Lelaki yang bersifat feminin pula akan cenderung untuk menceburi
bidang guru, kerani, setiausaha, jururawat dan lain-lain pekerjaan yang
bersifat feminin. Kesannya, golongan-golongan ini akan dilihat sebagai pelik
kerana mereka memilih pekerjaan yang bertentangan dengan gender mereka. Mereka
juga akan dianggap sebagai “gila” oleh sesetengah masyarakat kerana memilih
pekerjaan yang bertentangan dengan persepsi masyarakat.
4. Hobi
Hobi
juga merupakan salah satu aspek ketakaakuran gender. Sejak dari kecil, budak
lelaki dan budak perempuan telah disosialisasikan oleh ibu bapa mereka. Budak
lelaki dibenarkan untuk bermain permainan seperti pistol dan robot serta
menolong ayah. Budak perempuan pula dibenarkan untuk bermain dengan anak patung
atau permainan masak-memasak serta menolong ibu mereka di dapur atau menjaga
adik-adik mereka yang masih kecil. Hal ini telah menyebabkan hobi mereka ini
telah ditetapkan semenjak mereka kecil lagi. Bagi wanita atau lelaki yang tidak
akur dengan gender mereka, mereka akan melakukan hobi yang bertentangan dengan
gender mereka. Bagi wanita yang berkelakuan seperti seorang lelaki, mereka akan
suka sukan yang lasak seperti main bola sepak atau sepak takraw, bertukang,
mengecat atau membaiki lampu-lampu yang rosak di rumah. Lelaki yang feminin
pula akan suka memasak, mengemas rumah, menjaga anak, menanam pokok-pokok bunga
atau menjahit.
5. Pemikiran
Pemikiran
kaum wanita dan lelaki telah dibentuk sejak mereka kecil lagi. Sebagai contoh,
seseorang budak perempuan sudah disosialisasikan oleh ibu mereka supaya menjadi
seperti ibu mereka apabila budak perempuan itu sudah besar. Budak perempuan
tersebut telah diajar bagaimana untuk memasak, membasuh dan menjaga adik-adik
mereka yang masih kecil. Budak perempuan itu juga tidak digalakkan untuk
belajar kerana mereka telah diberitahu bahawa pelajaran itu tidak penting bagi
mereka. Mereka juga diajar bagaiman untuk berjalan, bercakap atau bertindak di
depan semua orang terutamanya orang yang lebih tua. Oleh itu, wanita yang
mempunyai pemikiran seperti seorang lelaki iaitu berfikiran rasional, bersikap
tenang dan lain-lain akan menganggap wanita-wanita lain membosankan atau sangat
rimas. Bagi wanita berpelajarn tinggi pula akan ditakuti oleh lelaki-lelaki
lain kerana mereka dianggap lebih bijak dan cerdik daripada lelaki tersebut.
Pemikiran wanita yang berpelajaran juga berlainan dengan wanita yang tidak
berpelajaran. Lelaki lebih suka akan wanita yang dianggap lebih bodoh daripada
mereka. Lelaki yang lebih feminin pula akan bersifat lebih penyayang, lebih
lembut, akan lebih beremosi, lebih suka meluahkan perasaan dan lain-lain.
KESAN KETAKAKURAN GENDER
1.
Dibuli
dan Didera
Golongan
yang tidak akur kepada gendernya akan dibuli atau didera oleh masyarakat. Hal
ini demikian kerana masyarakat menganggap bahawa kewujudan golongan sebegini
adalah ancaman bagi mereka dan mereka tidak mungkin akan membiarkan golongan
sebegini berleluasa. Sebagai contoh, seorang lelaki yang berpakaian wanita akan
dibuli, diejek dan didera kerana golongan ini dlihat sebagai golongan yang amat
keji dan geli. Masyarakat tidak dapat menerima golongan ini kerana mereka tidak
akur kepada gender mereka sendiri dan bertentangan dengan norma-norma
masyarakat. Golongan ini juga mungkin akan didera secara fizikal atau seksual.
Misalnya, terdapat golonagn Mak Nyah yang mengatakan bahawa mereka dipukul atau
ditendang apbila masyarakat melihat golongan ini pakai pakaian yang
bertentangan dengan gender masing-masing. Selain daripada didera secara
fizikal, golongan ini juga didera secara seksual. Terdapat beberapa yang
mengatakan bahawa mereka dijadikan sebagai sasaran untuk melakukan seks.
Sesetengah akan dipukul atau diugut jika mereka tidak ingin melakukan seks
dengan orang berkenaan. Hal ini menyebabkan mereka berasa sangat takut dan akan
menjerit meminta tolong apabila mereka diserang. Masyarakat yang melihat
golongan ini dibuli dan didera membiarkan mereka sahaja kerana masyarakat
berpendapat bahawa mereka layak untuk menerimanya.
2. Hilang Keyakinan Diri
Masyarakat
memandang rendah kepada golongan ini. Hal ini menyebabkan golongan yang tidak
akur kepada gender mereka sendiri akan hilang keyakinan diri mereka. Mereka
akan pandang rendah kepada diri sendiri dan mereka juga mungkin akan mula
berfikir adakah apa yang mereka lakukan selama ini betul. Mereka akan terima
tamparan yang lebih hebat apabila keluarga sendiri tidak dapat menerima mereka
seadanya. Misalnya, terdapat seorang Mak Nyah yang menceritakan pengalaman dia
dihalau oleh keluarga sendiri kerana ahli keluarganya tidak dapat menerima dia
seadanya. Apbila ahli keluarga sendiri tidak dapat menerimanya, hal ini akan
menyebabkan keyakinan dirinya semakin rendah. Golongan ini mungkin akan bermula
berfikir untuk bunuh diri atau melakukan perkara yang bodoh kerana mereka telah
mula hilang keyakinan sendiri. Golongan ini mungkin akan berasa marah, sedih
dan kecewa dengan masyarakat kerana maasyarakat tidak dapat menerima mereka
seadanya.
3. Hilang Punca Pendapatan
Masyarakat
yang melihat golongan yang tidak akur kepada gender sendiri akan berasa bahawa
golongan ini sangat menjijikkan. Hal ini menyebabkan golongan ini mungkin tidak
dapat mencari pekerjaan atau sesetengah daripada mereka yang mungkin akan
hilang kerja yang sedia ada. Sebagai contoh, terdapat seorang Mak Nyah yang
mengatakan bahawa dia tidak dapat bekerja secara halal kerana tidak ada orang
ingin mengambilnya bekerja. Apabila terdesak, golongan ini akan mula mencari
punca pendapatan dengan cara lain atau cara yang kotor. Ada sesetengah mereka
yang terpaksa menjual diri hanya kerana ingin mencari pendapatan supaya dapat
menyara hidup diri sendiri. Golongan yang hilang punca pendapatan ini juga
mungkin akan mengalami kesusuhan untuk hidup kerana mereka tidak mempunyai wang
yang cukup untuk menyara hidup mereka.
Comments
Post a Comment