Skip to main content

Sistem Kebajikan: Jenis-Jenis Kebajikan Sosial

KEBAJIKAN SOSIAL AWAM
Emile Durkheim mengatakan bahawa terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan masyarakat industri perlu bergantung kepada perkhidmatan sosial yang sedia ada dalam masyarakat. Sebab-sebab ini boleh dikelompokkan iaitu pergantungan semula jadi iaitu pergantungan yang berpunca daripada kecacatan atau ketidakupayaan fizikal dan psikologi serta ketentuan budaya dan norma sosial. Satu sistem kebajikan sosial awam perlu diwujudkan untuk bertindak balas masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang wujud daripada pergantungan semula jadi. Tanpa kebajikan sosial ini, masyarakat yang mengalami kekurangan dari segi keperluannya tidak mempunyai sistem sokongan atau bantuan untuk membantunya menyelesaikan masalahnya. Hal ini akan menyebabkan kehidupan mereka tidak dapat mencapai kesejahteraan kerana keperluan mereka seperti keperluan asas tidak dapat dipenuhi. Oleh itu, kebajikan sosial awam haruslah diwujudkan untuk menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Kebajikan sosial awam merupakan bantuan atau perkhidmatan sosial yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat. Kebajikan sosial awam ini seharusnya disampaikan secara universal kepada masyarakat tidak kira muda atau tua, miskin atau kaya kerana setiap daripada mereka pasti akan melalui kitaran hidup tertentu yang mempunyai keperluan semula jadi. Kebajikan sosial awam dirujuk sebagai perkhidmatan sosial yang disediakan, dibiayai dan disampaikan oleh sektor awam seperti kerajaan pusat, kerajaan tempatan. Sebagai contoh, perkhidmatan sosial yang disediakan oleh sektor awam ialah skim pinjaman buku teks secara percuma, rancangan makanan tambahan, yuran sekolah percuma, baucer buku dan lain-lain. Malaysia juga telah menyediakan pelbagai perkhidmatan sosial kepada rakyatnya seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Baucer Buku 1 Malaysia, skim bantuan orang tua, skim bantuan kanak-kanak dan lain-lain. Pembiayaan perkhidmatan sosial awam dibuat oleh dana-dana awam seperti hasil cukai negara dan geran pembiayaan awam daripada kerajaan pusat.

KEBAJIKAN FISKAL
Kebajikan fiskal merupakan perkhidmatan sosial yang menggunakan sistem percukaian untuk mengagihkan, menyampaikan dan membiayai segala bantuan sosial yang diberikan kepada masyarakat. Manfaat boleh dilihat menerusi bayaran pindahan yang diperoleh daripada proses membayar cukai segolongan individu kepada segolongan individu yang menerima bayaran tersebut. Kebanyakan negara di dunia ini menggunakan cukai sebagai membiayai atau mengagihkan bantuan kepada orang ramai. Cukai dilihat sebagai suatu item yang penting kepada negara untuk menyampaikan bantuan sosial kepada orang ramai. Sistem percukaian boleh dilihat sebagai kepekaan masyarakat terhadap kebajikan dan tanggungjawab sosial. Sistem percukaian juga boleh dilihat sebagai alat keprihatinan masyarakat terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya, orang tua terdampar, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain. Secara tidak langsung, kerajaan juga telah berkongsi tanggungjawab untuk menjaga anggota keluarga dengan setiap pembayar cukai. Sebagai contoh, bayaran cukai boleh digunakan untuk mengurangkan bebanan masyarakat kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim piatu, ibu tunggal dan lain-lain serta meningkatkan lagi kualiti dan kesejahteraan hidup mereka. Pembayaran cukai ini tidak boleh lagi dilihat sebagai mengambil kekayaan sumber seseorang individu untuk diberikan kepada seseorang individu yang kurang bernasib baik. Antara contoh perkhidmatan yang disampaikan menerusi sistem ini ialah subsidi, insentif dan skim-skim pengurangan serta pengecualian cukai. Kebajikan fiskal mempunyai impak agihan semula yang lebih menyeluruh. Hal ini demikian kerana ia meliputi aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha membahagikan semula sumber negara kepada anggota tertentu dalam masyarakat. Kebajikan fiskal selalunya dibiayai melalui pungutan percukaian, pungutan bayaran yang dipungut daripada orang perseorangan yang membayar perkhidmatan persendirian yang dibeli dan lain-lain bayaran perkhidmatan yang dikenakan ke atas penggunaan perkhidmatan tertentu.

KEBAJIKAN PEKERJAAN
Kebajikan pekerjaan merupakan semua bentuk manfaat dan perkhidmatan sosial yang disediakan untuk pekerja oleh majikan sebagai tambahan kepada gaj asas mereka. Kebajikan pekerjaan juga dapat didefinisikan sebagai manfaat dan perkhidmatan untuk pekerja yang disediakan oleh majikan sebagai gaji tambahan kepada gaji asas yang mereka terima. Kebajikan ini juga merujuk kepada bentuk-bentuk manfaat pekerjaan yang disediakan oleh kesatuan-kesatuan sekerja dan pertubuhan-pertubuhan profesional pekerjaan. Kebajikan pekerjaan yang bakal diterima oleh individu bergantung kepada jenis pekerjaan yang dilakukan oleh individu, tempat bekerja, kapasiti kesatuan buruh yang disertai oleh individu, komitmen majikan dalam menyediakan serangkaian perkhidmatan dan manfaat sosial kepada pekerja, mobilisasi buruh sama ada dari dalam negara atau luar negara serta pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh, bantuan kewangan seperti pencen, bayaran sakit dan elaun, penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, program yang diwujudkan bagi mempertingkatkan produktiviti pekerja, baucer makan tengah hari untuk pekerja dan perkhidmatan rekreasi seperti perbelanjaan untuk bercuti. Kebanyakan program, perkhidmatan atau manfaat sosial pekerjaan disediakan secara komprehensif dan meliputi keseluruhan aspek kehidupan individu dan keluarganya. Lazimnya, ia mengandungi 3 komponen. Pertama, skim-skim perlindungan kerja oleh majikan. Kedua, manfaat berkaitan dengan kerja yang ditawarkan oleh kesatuan sekerja. Ketiga, manfaat berkaitan pekerjaan yang ditawarkan oleh pertubuhan profesional pekerjaan. Skim-skim perlindungan kerja yang disediakan oleh majikan termasuk bantuan kewangan kepada individu yang tidak mampu bekerja lagi, pembiayaan penjagaan kesihatan, penjagaan peribadi, pembiayaan yuran-yuran pendidikan anak-anak pekerja. Manfaat yang ditawarkan oleh kesatuan sekerja pula dalam bentuk menjaga kepentingan dan hak individu sebagai pekerja supaya kebajikan mereka terpelihara dan tidak didiskriminasi. Manfaat berkaitan dengan pekerjaan yang ditawarkan oleh kesatuan profesional pula merujuk kepada organisasi perlindungan sosial yang dilantik oleh kerajaan secara rasmi untuk menguruskan skim-skim insurans sosial untuk pekerja. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Skim-skim perlindungan yang diberikan oleh majikan kepada pekerja dilihat sebagai usaha untuk penambahbaikan keadaan pekerja dan pekerjaan dalam masyarakat industri. Ia melambangkan usaha hubungan industri yang baik iaitu majikan yang berhati perut, berperikemanusiaan dan baik. Kebajikan pekerjaan juga merupakan startegi untuk menjaga dan meningkatkan kesetiaan pekerja kepada majikan. Penghargaan majikan kepada pekerja ditunjukkan menerusi pemberian manfaat kewangan dan manfaat perkhidmatan sosial.

KEBAJIKAN PERUNDANGAN
Kebajikan perundangan merujuk kepada perkhidmatan kebajikan yang diagihkan semula menerusi sistem mahkamah atau sistem perundangan negara. Ini dilakukan menerusi langkah-langkah legislatif menerusi penggubalan undang-undang dan peraturan khusus berkaitan dengan sesebuah perkhidmatan. Kebajikan perundangan juga meragkumi arahan yang dikeluarkan oleh sistem perundangan dan keadilan yang terdapat dalam sesebuah negara terhadap pemberian perkhidmatan-perkhidmatan sosial tertentu kepada golongan sosial tertentu. Beberapa perkhidmatan yang telah diwujudkan atas arahan daripada pihak mahkamah. Sebagai contoh, kerajaan menggubal dan melaksanakan undang-undang atau peraturan yang meminta firma dan industri menyediakan perkhidmatan khusus untuk masyarakat. Contohnya, mahkamah telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan perkhidmatan khusus kepada masyarakat terutamanya kepada golongan yang kurang upaya. Contohnya di pusat membeli-belah, tandas awam, tempat meletak kenderaan serta aksesibiliti untuk masuk ke bangunan pusat membeli-belah dan lain-lain juga telah diwujudkan agar golongan kurang upaya dapat menggunakan kemudahan ini. Selain itu, kebajikan perundangan juga termasuk Akta Kanak-kanak 2001, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, Akta Taman Asuhan Kanak-kanak(Akta 308) dan lain-lain. Sebagai contoh, Akta Taman Asuhan Kanak-kanak(Akta 308) diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia di bawah 4 tahun semasa ibu bapa mereka bekerja. Akta ini juga memastikan hak kanak-kanak dilindungi seperti keselamatan, kebersihan dan perkembangan. Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk meluluskan atau tidak meluluskan mana-mana peruntukan kewangan, bantuan perkhidmatan sosial.

KEBAJIKAN SEKTOR PERSENDIRIAN
Kebajikan ini merujuk kepada penyediaan perkhidmatan dan manfaat sosial oleh sektor persendirian atau swasta. Sektor persendirian lazimnya terdiri daripada industri, agensi atau syarikat perniagaan yang berasaskan keuntungan. Syarikat persendirian ini dimiliki oleh individu perseorangan atau sekumpulan individu menerusi sistem pemilikan perkongsian bahagian. Justeru, semua aktiviti dan urusan kewangan sektor persendirian dijana sendiri oleh individu persendirian itu. Dalam konteks ini, pengeluar sektor persendirian “menjual” manfaat dan perkhidmatan kebajikan sosial mengikut prinsip perniagaan atau komersial kepada pelanggan yang berlandaskan keuntungan. Sektor persendirian memainkan peranan pasaran dalam sistem kebajikan serta mengaplikasi model perniagaan dalam penyediaan dan penyampaian perkhidmatan sosial untuk pengguna kebajikan. Kebajikan persendirian bermakna bantuan atau perkhidmatan sosial yang disediakan oleh sektor-sektor, agensi-agensi atau organisasi-organisasi yang berasaskan keuntungan. Kebajikan persendirian merangkumi pelbagai produk pasaran yang berbeza dari segi saiz, kualiti dan harga yang dikawal oleh pelbagai peraturan dan syarat. Kebajikan persendirian menyebabkan perkhidmatan atau bantuan sosial menjadi produk pasaran yang bersifat komersial dan pengeluaran perkhidmatan ini didominasi oleh para peniaga, syarikat perniagaan dan korporat besar dan kecil. Pembiayaan perkhidmatan persendirian ini lazimnya ditanggung sepenuhnya oleh dana-dana persendirian. Perkhidmatan sosial persendirian seperti hospital swasta dan sekolah persendirian mengenakan yuran perkhidmatan yang tinggi kepada pengguna. Kebiasaannya, individu lebih cenderung untuk membeli perkhimatan sosial persendirian apabila gaji mereka meningkat atau baik. Namun apabila kerajaan gagal menyediakan perkhidmatan sosial awam, mahu atau tidak mahu individu terpaksa membeli perkhidmatan sosial persendirian yang ada tanpa mengambil kira tahap pendapatan mereka. Hubungan antara sistem kebajikan sosial awam dan sistem kebajikan persendirian bersifat simbiotik iaitu saling menyokong dan saling memerlukan antara satu sama lain. Malangnya, kebajikan persendirian selalunya dicemuh kerana dua perkara. Pertama, kebajikan persendirian tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Sebagai contoh,. Kedua, kegagalan perkhidmatan kebajikan persendirian menyediakan perkhidmatan berkualiti. Sebagai contoh, kebajikan persendirian lebih berminat untuk mengaut keuntungan dan ini menyebabkan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka kurang berkualiti. Mereka akan cuba untuk menawarkan ubat rawatan serta harga rawatan yang mahal kepada pesakit. Mereka juga tidak akan menjual perkhidmatan yang boleh meletakkannya dalam risiko kerugian. Sebagai contoh, perkhidmatan insurans persendirian tidak akan menjual perkhidmatan mereka kepada risiko yang kritikal seperti penyakit orang tua dan insurans kehamilan atau insurans pengganguran. Hal ini demikian kerana kos yang perlu disediakan untuk rawatan berisiko kritikal lebih tinggi berbanding dengan keuntungan yang diperoleh.

KEBAJIKAN SEKTOR KETIGA
Sektor ketiga merupakan sektor perkhidmatan komuniti yang menjadi pembekal utama kepada sektor penjagaan sosial sama ada penjagaan sosial formal atau tidak formal. Sektor ketiga merupakan pelengkap kepada pengeluar kebajikan dakam sistem kebajikan moden di kebanyakan negara industri. Kepentingan sektor ketiga selalunya dilabel sebagai sektor yang produktif dan memerlukan ramai sumber manusia dalam komuniti bagi menjaga kesejahteraan anggota masyarakat. Sektor ketiga juga lazimnya dikaitkan dengan sukarela, tidak menguntungkan, bebas daripada terikat dengan undang-undang serta mendapat manfaat daripada pelbagai kegiatan sukarela. Sektor ketiga sering kali dikaitkan dengan sektor-sektor yang terdapat dalam komuniti seperti sektor sukarela dan sektor tidak formal. Sektor-sektor ini berperanan sebagai pelengkap kepada sistem kebajikan sosial awam yang terdapat dalam sesebuah negara. Kebajikan sektor sukarela selalunya merupakan organisasi yang beroperasi atas dasar kolektif dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan sosial kepada masyarakat. Sektor ini tidak mementingkan keuntungan. Sektor ini juga bergantung sepenuhnya atau sebahagian kepada bantuan sumber yang diberikan secara sukarela oleh orang perseorangan atau sumbangan daripada syarikat persendirian dan sektor awam. Sebagai contoh, perkhidmatan sektor sukarela ini adalah seperti IM4U, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, Mercy Malaysia dan lain-lain yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan sosial secara sukarela kepada masyarakat yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Kebajikan sektor tidak formal pula merupakan perkhidmatan sosial, sokongan sosial dan bantuan sosial yang disediakan oleh anggota keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai kepada anggota komuniti yang berkeperluan. Kepentingan sektor tidak formal dalam dunia kebajikan sosial dapat dilihat melalui keperluan penjagaan individu yang berpenyakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa bagi tempoh masa yang panjang. Kebajikan sektor tidak formal ini tidak berasaskan kepada keuntungan dan ia melibatkan masyarakat yang mempunyai pertalian sama ada dari segi perkahwinan, kekeluargaan atau persahabatan untuk menjaga individu yang memerlukan penjagaan yang rapi dalam tempoh masa yang panjang. Sebagai contoh, anak-anak mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka yang sakit dan penjagaan ini adalah secara percuma serta memerlukan penjagaan yang prihatin dan penuh kasih sayang. Selain itu, bagi mangsa rogol memerlukan penjagaan yang penuh prihatin dan kasih sayang daripada keluarga mereka kerana mereka mudah mengalami tekanan perasaan atau kemurungan. Oleh itu, sokongan moral daripada sama ada keluarga atau sahabat amat diperlukan supaya mereka dapat bangkit semula.

KEBAJIKAN INDIVIDU

Kebajikan persendirian selalunya dibiayai secara peribadi oleh orang perseorangan, sesebuah keluarga ternama dan kaya atau oleh pertubuhan tertentu. Kebajikan individu ini merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan sosial dan bantuan kewangan daripada kerja amal, derma, sedekah dan wasiat. 

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa