TEORI PSIKODINAMIK
| Menekankan motif,
emosi, dan gerak kuasa dalaman yang lain
| Mengandaikan
bahawa personaliti terbentuk akibat daripada konflik psikologikal yang tidak
dapat diselesaikan khususnya pada zaman kanak-kanak
| Menerangkan
bagaimana faktor bawah sedar memainkan peranan penting dalam membentuk
personaliti
TEORI
PSIKOANALISIS/PSIKODINAMIK SIGMUND FREUD
Tahap Kesedaran
1. Sedar
Ø Mengandungi semua
bahan yang berada dalam keadaan sedar pada masa ini
Ø Apa sahaja yang
seseorang sedari pada masa-masa tertentu iaitu berkaitan dengan pemikiran,
perasaan, sensasi atau ingatan
Ø Cth: Apa yang kita
rasakan, fikirkan dan ingatkan pada sekarang
Ø Cth: Kita berasa
sangat sejuk dan lapar pada sekarang
2. Prasedar
Ø Mengandungi
sesuatu yang tidak berada di paras sedar pada masa itu tetapi ia mudah
diperolehi
Ø Kebanyakan idea
dan pemikiran kita boleh diperolehi apabila kita menumpukan perhatian kepadanya
atau cuba membawanya ke tahap sedar
Ø Mengandungi
ingatan-ingatan yang tidak disedari pada sekarang tetapi boleh ingat kembali
Ø Cth: Sekarang kita
tidak boleh ingat apa yang kita makan semalam, tetapi kita boleh ingat semula
dan kita menyedarinya
Ø Ia termasuk juga
perasaan, pengalaman, dan persepsi yang tersimpan dalam ingatan
3. Bawah Sedar (Tidak Sedar)
Ø Faktor pendorong
asas kepada tingkah laku manusia
Ø Mengandungi
kesemua aspek personaliti yang kita tidak sedari
Ø Tersimpan
ingatan-ingatan yang pada ketika dahulu disedari tetapi oleh kerana tidak
menyelesakan atau membawa kepada kebimbangan maka ia ditekan atau disisihkan
daripada tahap sedar
Ø Mengandungi semua
naluri (seksual dan langsangan), kemahuan, dan keinginan yang tidak dibenarkan
masuk ke tahap kesedaran
Ø Freud berpendapat
masalah kecelaruan dan gangguan psikologi adalah berpunca daripada impuls ini
dan ingatan-ingatan yang ditekan
Ø Cth: Ali diejak
dan diketawakan oleh kawannya kerana terberak dalam seluar. Oleh kerana ini
merupakan ingatan yang tidak menyenangkan dan tidak menyelesakan maka Ali
memaksa dirinya melupakan peristiwa tersebut walaupun peristiwa itu amat sukar
untuk dilupakan
NALURI
1. Naluri Hidup (Eros atau Libido)
E Seksual, lapar,
dahaga
E Untuk membantu
manusia terus kekal hidup
E Bukanlah hanya
semata-mata berasaskan kepada tenaga seks
E Mengandungi
usaha-usaha ke arah mengembang, membina dan mendorong manusia ke arah kreativiti
E Menjadi sumber
tenaga atau penggerak (motivasi) yang mendorong manusia ke arah keseronokan dan
mengelakkan kesakitan
E Beroperasi
menghasilkan tenaga yang dipanggil sebagai libido
E Libido
¯ Adalah sama dengan
tenaga fizikal tetapi menyediakan tenaga yang diperlukan untuk berfikir dan
bertingkah laku
¯ Tenaga psikik yang
menggerakkan keseluruhan personaliti
E Sekiranya naluri
hidup tidak dapat dipuaskan atau berlaku konflik, libido akan bertambah dan
menghasilkan tekanan yang seterusnya membawa kepada tingkah laku abnormal
2. Naluri Mati (Thanatos)
E Juga dikenali
sebagai naluri penghancur
E Dorongan-dorongan
agresif
E Freud mengandaikan
manusia mempunyai hasrat atau kehendak untuk mati
E Manusia akan cuba
untuk menyakitkan diri sendiri ataupun orang lain, membunuh diri atau orang
lain
E Namun, beliau juga
mengandaikan bahawa manusia adalah langsang kerana hasrat untuk mati adalah
disekat oleh naluri untuk
STRUKTUR
PERSONALITI/MINDA
1. Id
T Sistem asal
personaliti individu yang diwarisi sejak dari lahir
T Tempat di mana naluri
asas seseorang terbentuk, biologikal, bahagian manusia yang tidak sedar
T Dorongan
biologikal dan tenaga naluri manusia yang memotivasikan manusia untuk berbuat
apa sahaja yang dikehendakinya
T Cth: Makan, minum,
seks, kegembiraan
T Ia diwarisi,
primitif, tidak boleh disedari, terletak di bawah sedar
T Terdapat naluri hidup (eros) dan juga naluri
mati (thanatos)
T Tidak dapat
membuat penilaian, tidak pentingkan logik, nilai, moral dan etika
T Tujuannya hanyalah
untuk mendapatkan kepuasan dan mengelakkan kesakitan
T Berlandaskan
prinsip keseronokan (pleasure principle)
T Dapat disamakan
dengan sifat kehaiwanan
T Cuma dalam
pemikiran atau khayalan
T Untuk mengurangkan
ketegangan atau mengelakkan kesakitan, id akan menggunakan pemikiran proses
asas di mana ia akan membentuk imej objek yang diingini
T Cth: Apabila kita
dalam keadaan lapar, kita akan membayangkan pelbagai jenis makanan yang enak
dan sedap dalam pemikiran kita
2. Ego
T Bahagian
personaliti yang rasional, logikal dan realistik
T Berbeza daripada
Id kerana pentingkan logik dan realiti
T Struktur
personaliti yang mencari jalan bagaimana untuk memuaskan kehendak id
T Tidak terbentuk
semasa kelahiran
T Hanya akan
terbentuk pada tahun pertama kehidupan individu di mana kanak-kanak mendapati
tidak semua keinginannya dapat dipenuhi dengan segera
T Bertindak mengawal
personaliti manusia dari segi fikiran dan tingkah laku supaya bersesuaian
dengan keadaan persekitaran
T Menjadi pengantara
antara naluri dan persekitaran
T Bagi memenuhi
kehendak id, ego yang menjalankan fungsi realistik akan melihat
halangan-halangan di dalam persekitaran dalam konsep dunia yang nyata
T Dalam strategi
menyelesaikan masalah yang wujud, ego akan guna proses pemikiran sekunder
dengan cara tertentu
T Cth: Apabila id
mengatakan bahawa kita lapar, maka kita akan membayangkan makanan yang enak dan
sedap dalam pemikiran. Ego akan membuat keputusan secara realiti agar kita
bertindak memasak atau membeli makanan untuk menghilangkan rasa lapar tersebut.
3. Superego
T Dikenali sebagai
aras pra-sedar
T Berfungsi
berlandaskan prinsip moral, keagamaan atau prinsip ideal
T Gabungan antara
moral, nilai dan norma masyarakat
T Mengawal apa yang
dikehendaki oleh id
T Mempengaruhi ego
dalam memenuhi kehendaki id melalui cara yang bersesuaian dengan nilai, cara,
kepercayaan dan adat sesebuah masyarakat
T Lahir dan
terbentuk oleh kemahuan masyarakat dan budaya
T Menjadi hakim dan
pemasti dalam personaliti individu
T Kod moral untuk
membezakan antara baik dengan tidak baik atau salah dengan betul
T Bahagian fikiran
bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan dan keburukan
sesuatu
T Membuatkan kita
berasa bersalah sekiranya kita melakukan kesalahan
T Hati Nurani: Kesemua tingkah laku yang menyebabkan kanak-kanak
dihukum dan kesannya mereka akan berasa sangat menyesal dan bersalah
T Ideal Ego: Mengandungi tingkah laku di mana kanak-kanak akan
diberi pujian dan ganjaran dan mereka akan berasa sangat bangga serta mendapat
kepuasan
T Cth: Apabila kita
lapar, kita akan mula mencari makanan. Apabila kita tidak mempunyai duit untuk
membeli makanan, kita mungkin akan mencuri. Namun superego yang terlampau
banyak akan mempengaruhi id dan ego dengan mengatakan bahawa mencuri itu adalah
perbuatan yang tidak baik. Maka, kita akan buat keputusan untuk tidak mencuri
MEKANISME BELA
DIRI
1. Represi
] Merupakan tindakan
secara tidak sukarela menghapuskan ingatan yang tidak menyenangkan daripada
kesedaran
] Impuls ditekan dan
tersimpan di tahap bawah sedar
] Dikenali sebagai
lupaan bermotivasi iaitu seseorang itu terdorong untuk melupakan
peristiwa-peristiwa yang tidak menyenangkan dalam hidupnya
] Bertindak tanpa
kita sedari
] Cth: Seseorang
melupakan peristiwa ngeri yang pernah dialami semasa kecil
] Cth: Seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima
hakikat apabila seorang pegawai bawahannya membuat teguran terbuka terhadap
kelemahan atau kekurangannya. Maka si bos ini akan berterusan membenci orang
bawahannya itu. Dan, kebenciannya itu sesekali akan dinyatakan melalui aktiviti
cakap-cakap atau marah-marah atau kaedah lain yang dapat dia lakukan.
2. Projeksi
] Tindakan
menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri
] Ia tidak bermakna
seseorang menafikan kesilapannya
] Dengan
mencadangkan ramai orang telah membuat kesalahan, boleh melegakan perasaan
sendiri
] Cuba menuduh orang
lain melakukan kesilapan kerana ingin menyembunyikan kesalahannya
] Cth: Pelajar yang
gagal dalam peperiksaan kursus Pengantar Psikologi akan menyalahkan
pensyarahnya kerana mengeluarkan soalan tentang topik yang tidak dikuliahkan
] Cth: Pelajar yang
meniru semasa peperiksaan akan berasa lega apabila ia menyatakan bahawa
pelajar-pelajar lain juga meniru
] Cth: Seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah
lalu dimarahi oleh gurunya. Apabila pulang ke rumah, dia melepaskan
kemarahannya kepada adik-adiknya.
3. Penafian
] Keengganan
seseorang untuk mempercayai maklumat yang mencetuskan kebimbangannya
] Enggan menerima
secara sedar adanya situasi yang membahayakan atau mengancam
] Menolak realiti
atau kenyataan
] Cth: Abu yang
menghidap penyakit kanser akan mengatakan bahawa dia berada dalam keadaan yang
sihat atau mengatakan laporan daripada doktor mempunyai kesilapan
4. Rasionalisasi
] Menggunakan
maklumat atau fakta untuk menerangkan sesuatu perbuatan
] Percubaan
seseorang untuk membuktikan bahawa tindakannya adalah rasional dan beralasan
] Tindakan yang
menyediakan sebab-sebab yang logik dan rasional dan bukannya sebab-sebab yang
sebenar untuk tindakan yang dilakukan
] Cth:
Pelajar-pelajar mengatakan bahawa mereka gagal dalam peperiksaan Kursus
Psikologi kerana mereka tidak dapat membeli buku teks
] Cth: Si suami berkata dia tidak suka kerjanya jadi
dia berhenti kerja walhal dia dipecat oleh majikannya kerana prestasi buruk.
5. Regresi/Rosot Kembali
] Merupakan tindakan
seseorang kembali bertingkah laku seperti tingkah laku dalam peringkat
perkembangan sebelumnya
] Menuruni tangga
kematangan psikologi ke tahap yang lebih rendah daripada sekarang
] Cth: Seseorang
isteri yang bergaduh atau dikritik oleh suaminya akan menangis dan pulang ke
rumah orang tuanya
6. Pembentukan Reaksi
] Merupakan tindakan
seseorang melebih-lebihkan idea dan emosi yang berlawanan dengan impuls dan
keinginan yang mengganggu
] Seseorang individu
akan menonjolkan impuls yang tidak mungkin daoat diterimanya dalam satu bentuk
ke dalam bentuk yang sebaliknya
] Cth: Seorang ibu
yang sentiasa berasa dirinya diganggu dengan kelahiran anak barunya, tidak akan
menunjukkan kemarahan terhadap bayi itu tetapi sebaliknya akan menunjukkan
kasih sayang yang amat sangat
] Cth: Dahulu,
Hashim merupakan seorang yang sangat garang kepada anak-anaknya tetapi sekarang
dia bekerja di rumah anak-anak yatim
7. Pindahgantian (Lempar Salah)
] Tindakan seseorang
menghalakan tingkah laku kepada objek lain yang lemah menggantikan objek asal
yang mengancam
] Cara yang
digunakan oleh individu untuk memuaskan sesuatu motif yang tidak dapat
dipuaskan dengan cara asal tetapi dipuaskan dengan cara lain
] Cth: Setelah
dipukul oleh ayah, Ali akan memukul adiknya
] Cth: Seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah
lalu dimarahi oleh gurunya. Apabila pulang ke rumah, dia melepaskan
kemarahannya kepada adik-adiknya.
8. Sublimasi
] Mekanisme yang paling
baik dan positif
] Tindakan seseorang
menyalurkan impuls seperti seksual dan langsang kepada tingkah laku yang
diterima oleh masyarakat
] Cth: Seseorang
yang mempunyai nafsu seksual yang tinggi menumpukan minatnya kepada lukisan
] Cth: Agresif -
sukan atau permainan lasak
] Seseorang yang tiada atau sukar mempunyai
pasangan, mungkin menyalurkan perasaan sunyinya dengan mengubah pantun,puisi
atau berkaraoke.
Peringkat-Peringkat
Perkembangan Personaliti Psikoseksual
« Freud percaya
bahawa personaliti kita terbentuk sepanjang kita melalui satu siri peringkat
perkembangan daripada bayi sehingga ke dewasa
« Peristiwa-peristiwa
yang berlaku ketika individu melalui peringkat-peringkat tersebut adalah
kritikal dalam pembentukan personaliti
« Hukuman atau
ganjaran yang berlebihan daripada ibu bapa atau peristiwa mengejutkan yang
dialami semasa peringkat perkembangan awal boleh menyebabkan personaliti
terlekat di peringkat berkenaan
« Lekatan
perkembangan personaliti ini boleh meninggalkan kesan sepanjang hayat ke atas personaliti
Peringkat Mulut
(Lahir hingga 1 Tahun)
Semasa di
peringkat ini, mulut merupakan sumber kenikmatan bayi
Bayi memperoleh
nikmat daripada menghisap dan menelan
Apabila ada gigi,
bayi akan mula untuk menggigit dan mengunyah
Sekiranya terdapat
masalah di peringkat ini seperti dihalang atau dimarah semasa ia menggunakan
mulutnya, maka akan menjadi lekatan
Personaliti Reseptif Oral: Bayi menelan
terlalu banyak dan ia akan terus mendapat kenikmatan melalui mulut dengan cara
makan terlalu banyak dan merokok. Menjadi manusia yang mudah ditipu dan
menerima sahaja apa yang orang lain katakan
Personaliti Agresif Oral: Kenikmatan bayi
dikecewakan. Misalnya, ibu yang mengikuti jadual pemberian makanan yang begitu
ketat. Hal ini menyebabkan mereka mencari kenikmatan melalui mulut secara
agresif. Cth, bergaduh dengan orang lain, menengking, memaki, suka mengumpat
Peringkat Dubur (1
Tahun hingga 3 Tahun)
Kanak-kanak
menerima kenikmatan melalui pembuangan dan penahanan najis
Personaliti yang
berkaitan seperti penahanan, kebersihan, kekotoran, autonomi, kekuatan dan
merendah diri
Konflik akan
berlaku apabila latihan tandas bermula kerana pada masa inilah ibu bapa akan
cuba untuk menangguhkan kepuasan yang diperolehi oleh anak sehingga anak sampai
ke tandas dan anak memperolehi pujian kerana dapat menahan kepuasan
Hukuman yang
berlebihan terhadap kegagalan dalam latihan tandas akan menyebabkan kanak-kanak
tersebut mengalami lekatan personaliti
Retentif Dubur: Lekatan personaliti adalah seperti lokek, keras kepala,
degil dan kompulsif
Ekspulsif Dubur: Lekatan personaliti adalah seperti kejam, pendesak,
tidak kemas, agresif, mengganas, pengotor dan tidak tersusun
Peringkat Falik (3
Tahun hingga 6 Tahun)
Kanak-kanak
menyedari bahawa mereka boleh memperolehi kenikmatan daripada penyentuhan
alat-alat kelamin
Mereka menyedari
perbezaan biologikal antara lelaki dan perempuan
Mula akan tertarik
secara seksual terhadap ibu bapa yang berlainan jantina dengan mereka
Tarikan seksual
ini akan membawa kepada konflik bawah sedar yang hebat iaitu kompleks oedipus
dan kompleks elektra
Kompleks Oedipus: Kanak-kanak
lelaki secara bawah sedar menumpukan keinginan seksual terhadap ibunya dan
membentuk sifat permusuhan terhadap bapanya
Kompleks Elektra: Kanak-kanak
perempuan secara bawah sedar tertarik secara seksual terhadap bapanya.
Kanak-kanak perempuan berasa iri hati terhadap zakar bapanya
Peringkat Pendaman
(6 Tahun hingga Akil Baligh)
Minat seksual
kanak-kanak adalah tidak aktif
Tenaga seksual
dipendamkan dan dialihkan kepada kerja-kerja sekolah, aktiviti main, hobi dan
sukan
Kanak-kanak mesti
membentuk kemahiran dalam bidang-bidang tersebut untuk berjaya melalui
peringkat perkembangan ini
Kanak-kanak lebih
berminat dengan kawan-kawan yang sama jantina dengan mereka
Peringkat Kejantinaan
(Daripada Akil Baligh dan Seterusnya)
Memperolehi
kenikmatan seksual melalui alat kelamin
Lebih tertumpu kepada jantina yang berlainan, dalam bentuk cinta
heteroseksual dan memperolehi keseksualan sepenuhnya
Comments
Post a Comment