Definisi
·
Merupakan sistem nilai bersama yang dikongsi oleh
ahli-ahli sesebuah organisasi yang membezakannya daripada organisasi-organisasi
yang lain
·
Mempunyai nilai
dan kepercayaan yang dikongsi bersama dan mengawal bagaimana tingkah laku
manusia dalam organisasi tersebut
·
Nilai-nilai ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas ahli-ahli
yang berada dalam organisasi tersebut seperti dari segi pemakaian, perbuatan
dan juga cara melaksanakan pekerjaan mereka
·
Setiap organisasi mempunyai ciri-ciri yang unik dan
istimewa
·
Menyediakan garis panduan serta batas bagi tingkah laku
ahli-ahli organisasi
·
Terdapat 7 ciri-ciri yang merupakan asas budaya
organisasi
1. Inovasi dan mengambil risiko (Innovation and risk taking)
«
Syarikat-syarikat dengan budaya yang meletakkan nilai
yang tinggi kepada inovasi menggalakkan pekerja mereka untuk berinovasi dan
berani untuk mengambil risiko dan cabaran. Pekerja-pekerja juga digalakkan
untuk membuat pembaharuan dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Manakala bagi
syarikat-syarikat yang tidak meletakkan nilai yang tinggi kepada budaya inovasi
dan mengambil risiko pula akan mengharapkan pekerja mereka untuk menjalankan
tugas mereka dengan cara yang sama tanpa melakukan sebarang pembaharuan atau
mencari jalan untuk meningkatkan prestasi mereka
2. Memberi perhatian kepada terperinci (Attention to detail)
«
Syarikat yang memandang tinggi pada nilai ini akan
mengharapkan pekerja mereka untuk menjadi seorang yang tepat dalam melaksanakan
kerja mereka. Pekerja juga diharapkan agar memberi perhatian kepada pekerjaan
mereka dengan terperinci. Pekerja juga diharap agar menjadi seorang yang pandai
membuat analisis
3. Orientasi kepada hasil (Outcome orientation)
«
Syarikat yang mempunyai nilai yang tinggi pada orientasi
kepada hasil akan melihat kepada hasil atau keputusan yang dilakukan oleh
pekerja mereka. Mereka tidak akan melihat kepada proses atau teknik yang
digunakan oleh pekerja mereka dalam mencapai tujuan tersebut. Sebagai contoh,
bagi syarikat yang menjual barangan, mereka hanya akan memerintahkan pekerja
mereka untuk menjual barangan itu dengan cara yang apapun agar barangan
tersebut mendapat tempahan yang banyak serta mendapat hasil yang baik.
4. Orientasi orang (People orientation)
«
Syarikat-syarikat yang meletak nilai yang tinggi pada
budaya ini akan meletakkan kepentingan terhadap pekerja mereka. Mereka akan
berfikir bagaimana keputusan yang dibuat oleh mereka akan memberik kesan kepada
pekerja-pekerja mereka. Hal ini demikian kerana bagi mereka, ia adalah amat
penting menjaga maruah dan juga kehormatan pekerja mereka
5. Orientasi pasukan (Team orientation)
«
Syarikat-syarikat yang menjalankan kerja secara
berpasukan atau berkumpulan dan bukannya individu akan meletakkan nilai yang
tinggi ke atas ciri-ciri budaya organisasi ini. Syarikat-syarikat ini akan
menggalakkan pekerja mereka untuk berkerjasama dalam satu pasukan bagi
merealisasikan sebarang projek mereka. Mereka tidak menggalakkan pekerja mereka
untuk melaksanakan sebarang projek secara individu. Syarikat-syarikat yang
mengamalkan ciri-ciri budaya organisasi ini cenderung untuk mempunyai hubungan
yang baik antara rakan sekerja dan juga pengurus mereka
6. Agresif (Aggressiveness)
«
Ciri-ciri budaya organisasi ini akan menentukan sama ada
ahli kumpulan akan dijangkakan untuk menjadi agresif atau “easy going” apabila
mereka bertanding dengan syarikat yang sama dengan mereka di pasaran. Syarikat
yang mengamalkan nilai agresif ini akan meletakan nilai yang tinggi kepada daya
saing. Mereka mengharapkan pekerja mereka untuk menjadi seorang yang daya saing
dan mampu untuk menghasilkan sesuatu keputusan atau hasil yang diingini oleh
syarikat mereka
7. Kestabilan (Stability)
«
Kestabilan ini melihat sejauhmanakah organisasi
menekankan untuk mengekalkan status quo atau untuk berubah supaya dapat berkembang.
Ciri budaya organisasi kestabilan ini adalah diramalkan, berorientasikan
berkuasa dan birokrasi. Hal ini bertujuan untuk menyelaras serta melaraskan
usaha individu supaya mencapai tahap yang tertinggi dalam kecekapan. Apabila
persekitaran syarikat adalah stabil, budaya ini dapat membantu syarikat untuk
menjadi berkesan dengan menyediakan tahap yang stabil dan berterusan. Namun,
apabila persekitaran menjadi tidak stabil maka syarikat haruslah cepat berubah
supaya ia dapat berkembang menjadi maju
HOW EMPLOYEES LEARN CULTURE (BAGAIMANA PEKERJA
MEMPELAJARI BUDAYA)
1. Cerita (Stories)
«
Selalunya pekerja mempelajari tentang budaya di tempat
kerja adalah melalui cerita
«
Cerita ini adalah tentang pengasas organisasi tersebut,
objektif dan matlamat organisasi, halangan serta masalah ketikan ingin
menubuhkan organisasi, zaman kegemilangan, reaksi terhadap kesilapan-kesilapan
masa lalu
2. Upacara (Rituals)
«
Merupakan salah satu aktiviti yang diluahkan dan
memperkuatkan nilai-nilai di sesebuah organisasi iaitu matlamat yang macam mana
paling penting, orang mana yang paling penting dan lain-lain
«
Cth: “Gimme a W, Gimme an A, Gimme an L, Gimme a squiggle,
give an M,A,R,T!”
3. Simbol Material (Material Symbols)
«
Apa yang disampaikan kepada pekerja tentang siapa yang
penting, tahap keinginan pengurusan serta tingkah laku yang bersesuaian dengan
organisasi
«
Cth: susunan meja dan kerusi, bilik mesyuarat dan
lain-lain yang boleh dijadikan sebagai simbol budaya di sesebuah organisasi
4. Bahasa (Language)
«
Digunakan untuk membezakan budaya dengan organisasi yang
lain
«
Istilah yang unit boleh terdiri daripada alat-alatan,
pekerja, pembekal, pelanggan ataupun barangan yang berkaitan dengan organisasi
«
Cth: Syarikat Boeing, BOLD (Boeing online data), SLO
(service level objectives)
Kandungan dan
kekuatan sesuatu budaya dipengaruhi oleh persekitaran etika organisasi dan
tingkah laku beretika ahli dalam organisasi tersebut. Terangkan berserta contoh
yang sesuai mengenai peranan organisasi dalam membentuk budaya yang beretika
dalam kalangan pekerjanya.
1. Menjadi role model yang boleh dicontohi (Be a visible
role model)
«
Pengurus haruslah menjadi contoh atau role model yang baik
kepada pekerjanya
«
Hal ini demikian kerana pekerja akan melihat kepada
tingkah laku pengurusan atasan yang bersesuaian dan dapat diterima di tempat
kerja
«
Oleh itu, jika pihak atasan mengamalkan sikap atau
tingkah laku yang positif maka pekerjanya juga akan bertingkah laku sedemikian
«
Cth: Pengurus yang meletakkan amanah, jujut dan
bertanggungjawab sebagai salah satu piawai yang tinggu bagi dirinya. Maka
pekerja di bawahnya juga akan mengikuti langkahnya
«
Pemimpin juga haruslah bersikap terbuka terhadap kritikan,
kegagalan dan cadangan. Pengurus yang berkesan adalah pengurus yang dapat
menerima sebarang kritikan, kegagalan dan cadangan tersebut dengan baik
«
Menghargai tugas baik yang dilaksanakan oleh pekerja
2. Berkomunikasi berkaitan dengan jangkaan etika (Communicate
ethical expectations)
«
Etika yang kabur dan samar boleh dikurangkan dan
menyampaikan kod etika organisasi
«
Kod etika organisasi hendaklah menyatakan nilai-nilai
utama organisasi dan peraturan etika yang mesti diikuti oleh pekerja
«
Namun, kod etika akan tidak bernilai atau tidak dapat
berfungsi dengan baik jika pengurusan atasan gagal untuk menunjukkan model
tingkah laku yang beretika
«
Pengurus haruslah sentiasa berkomunikasi dengan pekerja
mereka tentang kod etika seperti bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja
mereka, jujur, amanah, berdisiplin
«
Pengurus haruslah melaksanakan kod etika yang telah
ditetapkan, hal ini demikian kerana pekerja akan mengikuti
«
Berkomunikasi dengan pekerja bawahan mereka berkenaan
dengan isu-isu berkaitan dengan etika dan integriti seperti kepentingan etika,
moral dan integriti, keperluan mempraktikkan nilai-nilai murni dan pematuhan
terhadap undang-undang dalam pelaksanaan tanggungjawab
3. Menyediakan latihan etika (Provide ethical training)
«
Sediakan seminar, bengkel latihan dan program latihan
etika yang sama dan bersesuaian
«
Gunakan sesi latihan untuk mengukuhkan piawaian kelakuan
organisasi
«
Cth: Untuk menjelaskan apa amalan yang dibenarkan atau
tidak dibenarkan
«
Untuk menangani dilema etika
«
Bekalkan majalah, jurnal, artikel dan sebagainya semasa
menyediakan program latihan (risalah)
«
Slogan-slogan atau cogan-cogan kata
4. Memberi ganjaran kepada sesiapa yang mematuhi kod etika
dan hukuman kepada yang tidak mematuhi kod etika (Visibly reward ethical acts
and punish unethical ones)
«
Pengurs haruslah membuat penilaian dari semasa ke semasa
bagaimana untuk mengukur orang-orang yang menentang atau melanggar kod etika
«
Penilaian termasuk cara-cara yang diambil untuk mencapai
matlmat dan juga matlamat itu sendiri
«
Orang yang bertindak secara beretika perlu diberi
ganjaran manakala yang melanggar etika pula perlu dihukum
«
Cth: Kenaikan pangkat atau gaji (ganjaran), penurunan
pangkat atau gaji (hukuman)
5. Menyediakan mekanisme perlindungan (Provide protective
mechanisms)
«
Organisasi perlu menyediakan mekanisme formal supaya
pekerja boleh membincangkan dilema etika dan melaporkan kelakuan yang tidak
beretika tanpa rasa takut teguran
«
Penciptaan kaunselor beretika atau pegawai yang beretika
Comments
Post a Comment