Impression Management (IM) Techniques
Keakuran (Conformity)
|
Bersetuju dengan pendapat orang lain untuk mendapatkan
kelulusannya adalah salah satu bentuk ingratiation
Cth: “Saya amat bersetuju dengan cadangan tuan untuk
membaiki sistem di organisasi ini. Tidak ada cadangan yang lebih baik
daripada cadangan tuan.”
|
Favors
|
Melakukan sesuatu yang baik untuk seseorang supaya
mendapat kelulusannnya adalah satu bentuk ingratiation
Cth: “Saya belanja untuk kali ini. Anggaplah ia sebagai
terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk mendengar apa yang saya
sampaikan ini”
|
Alasan (Excuses)
|
Memberikan penjelasan berkaitan dengan peristiwa yang
berlaku bagi mengurangkan tahap keterukan situasi tersebut merupakan salah
satu bentuk pertahanan diri
Cth: “Kita gagal untuk menyiarkan iklan tersebut di
surat khabar tetapi iklan tersebut tidak mendapat maklum balas daripada orang
lain
|
Meminta Maaf (Apologies)
|
Mengakui ia merupakan tanggungjawab untuk sebuah acara
yang tidak diingini tetapi pada masa yang sama berusaha untuk meminta maaf
dan mendapatkan pengampunan merupakan salah satu strategi mempertahankan diri
Cth: “Saya minta maaf kerana membuat kesalahan semasa
menulis laporan tersebut. Tolong maafkan saya.”
|
Mempromosi Diri Sendiri (Self-Promotion)
|
Menonjolkan kualiti dan pencapaian diri sendiri serta
mengecilkan kekurangan yang terdapat pada diri sendiri merupakan salah satu
strategi memberi tumpuan kepada diri sendiri
Cth: “Saya dapat menghasilkan lebih banyak produk yang
kreatif daripada Ali dalam beberapa bulan ini. Oleh itu, saya merupakan pekerja
yang lebih baik daripada Ali.”
|
Pengukuhan (Enhancement)
|
Mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh kita adalah
lebih berharga daripada ahli lain yang terdapat dalam organisasi adalah
teknik berfokuskan kepada diri sendiri (self-focused)
Cth: “Berita tentang penceraian selebriti yang terkenal
di negara kita yang saya tulis telah mendapat sambutan yang hangat.”
|
Pujian (Flattery)
|
Memuji orang lain tentang kebaikan mereka untuk
memperlihatkan dirinya adalah peka dan disukai merupakan salah satu teknik
yang agresif
Cth: “Wah! Bos ni memang hebatlah. Saya pun tidak dapat
fikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Bos memang
terbaiklah!”
|
Memberi Contoh (Exemplification)
|
Melakukan lebih daripada apa yang kita lakukan untuk
menunjukkan bahawa betapa dedikasi dan rajinnya kita adalah teknik yang
agresif
Cth: Seorang pekerja menghantar e-mel kepada
penyelianya untuk menunjukkan bahawa betapa lama dia bekerja
|
Comments
Post a Comment