Skip to main content

Gender: Ejen Sosialisasi

Keluarga
Keluarga mempunyai tanggungjawab yang utama dalam pembentukan proses sosialisasi anak-anak. Hal ini demikian kerana ahli keluarga seperti ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Anak-anak mendapat pengetahuan, pengalaman, belajar bahasa dan memahami perhubungan dengan ibu bapa, adik-beradik dan orang lain dalam kehidupan mereka. Gender telah dibentuk apabila bayi dilahirkan. Ibu bapa selalunya mengklasifikasikan anak lelaki kuat, gagah, kukuh dan berjaya manakala anak perempuan pula lemah-lembut, malu dan halus. Hal ini menyebabkan seseorang ibu percaya bahawa anak lelaki dapat melakukan sesuatu perkara tanpa memerlukan pengawasan daripada ibu. Sebagai contoh, anak lelaki dibenarkan untuk keluar bersendirian untuk ke rumah kawan, guna gunting atau melintas jalan manakala anak perempuan pula hanya dibenarkan untuk melakukan perkara tersebut apabila mereka sudah dewasa. Kebanyakan pasangan mengharapkan bayi lelaki khususnya kandungan pertama. Hal ini demikian kerana kepercayaan, agama, adat dan norma masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat Cina mementingkan anak lelaki kerana tanpa anak lelaki nama keluarga akan pupus. Sejak kecil, budak lelaki akan diberikan permainan seperti kereta dan pistol sebagai alat untuk bermain. Mereka juga akan dipakaikan dengan baju berwarna biru dan berseluar. Budak perempuan pula akan diberikan permainan seperti alat memasak atau patung. Mereka akan dipakaikan dengan baju berwarna merah jambu. Hal ini menunjukkan bahawa gender seseorang telah dibentuk oleh ibu bapa sejak mereka kecil lagi. Bilik budak lelaki dan budak perempuan juga mempunyai perbezaan iaitu bilik budak lelaki akan dihias dengan warna biru manakala bilik budak perempuan pula akan dihias dengan warna merah jambu. Budak perempuan tidak digalakkan untuk bermain di luar rumah dan mereka akan bermain dengan patung mereka di dalam bilik. Budak lelaki pula boleh main bola atau permainan fizikal di luar rumah. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat layanan yang berbeza antara budak perempuan dan budak lelaki. Anak-anak selalunya akan meluangkan masa yang lebih bersama dengan ibu mereka daripada ayah. Hal ini demikian kerana ibu dikatakan berperanan sebagai penjaga, bercakap dengan anak-anak dan lebih dengan anak-anak berbanding dengan ayah. Ayah pula akan meluangkan masa bersama-sama dengan anak apabila mereka berumur 3 atau 4 tahun itupun dengan anak lelaki. Anak perempuan pula akan meluangkan masa banyak dengan ibu mereka dan mereka akan diajar bagaimana untuk memasak, membasuh dan lain-lain melalui ibu mereka. Anak lelaki pula akan menolong ayah untuk membasuh kereta atau memasang peralatan yang terdapat dalam rumah.

Rakan Sebaya dan Pilihan
 Anak-anak yang membesar akan diperkenalkan dengnan dunia luar. Hal ini menyebabkan mereka berkenalan dan berkomunikasi dengan orang lain selain daripada ahli keluarga sendiri seperti kawan-kawan yang terdapat di sekolah. Aktiviti dan permainan menjadi salah satu aspek yang membentuk peranan gender dalam diri anak-anak dan seterusnya menjadi aspek penting dalam sosialisasi. Sebagai contoh, Aini mengajak abangnya iaitu Ali untuk bermain permainan masak-memasak. Aini akan menjadi tukang masak manakala Ali pula akan menjadi pelanggan. Dalam erti lain, apabila Ali mengajak Aini untuk bermain permainan kejar-mengejar, Ali akan kesal atau merungut tentang keadaan Aini yang malu dan kekurangan kemahiran adiknya. Permainan bersama dengan rakan sebaya juga akan menyebabkan proses sosialisasi dalam diri anak-anak. Permainan budak lelaki bersifat lebih mencabar, kompleks, kompetitif dan pemainnya lebih ramai daripada permainan yang dimainkan oleh budak perempuan. Budak lelaki lebih suka untuk bercampur dengan sejenis mereka iaitu dengan budak lelaki yang lain dan sama seperti dengan budak perempuan.

Bahasa
Bahasa mencerminkan budaya dan juga dibentuk oleh budaya. Bahasa merupakan asas pemahaman kita tentang perana gender. Apabila kita belajar tentang bahasa, kita akan tahu bagaimana budaya mentakrifkan tentang kedua-dua sex. Bahasa English fokus kepada gender. Sebagai contoh, dalam Bahasa English selalunya terdapat perkataan “man” yang digunakan untuk membezakan lelaki daripada wanita seperti “mankind”, “manhood” dan “This is man’s work”. Hal ini menunjukkan dengan jelas bahawa tidak terdapat wanita dalam perkataan-perkataan ini tetapi wanita dijadikan sebagai sebahagian daripadanya. Dalam proses pembelajaran bahasa, budak-budak telah diajar tentang bagaimana seks dinilai secara berbeza. Bahasa yang digunakan bukan sahaja samar dan tidak jelas malah diskriminasi terhadap wanita. Bahasa adalah samar, tidak jelas, diskriminasi dan tidak tepat. Oleh itu untuk mengelakkan sexisme, penulis telah menggunakan perkataan seperti “he/she” atau “she/he” untuk menandakan bahawa kedua-dua seks telah dibincangkan. Dalam bahasa juga, lebih banyak perkataan “he” digunakan berbanding dengan perkataan “her”. Hal ini menyebabkan kebanyakan masyarakat menganggap bahawa pekerjaan seperti peguam, doktor, saintis dan lain-lain dilakukan oleh lelaki tetapi hakikatnya adalah terdapat wanita yang menceburi bidang ini juga. Tajuk dan terma pekerjaan juga ada kaitan dengan gender. Sebagai contoh, pekerjaan seperti pengerusi, pengarah, doktor, peguam, angkasawan dan lain-lain merupakan lelaki manakala setiausaha, cikgu dan jururawat pula ialah pekerjaan wanita. Di samping itu, wanita juga merupakan sebahagian daripada lelaki. Sebagai contoh, bagi wanita yang sudah berkahwin, nama mereka akan ditukar dan menggunakan nama suami mereka seperti Jane Smith menjadi Mrs Richard Jones selepas dia berkahwin. Penukaran nama ini menyebabkan wanita kehilangan identiti mereka. Perkataan “Miss” dan “Mrs” merupakan panggilan kepada wanita berdasarkan hubungan mereka demgan lelaki. “Ms” telah ditawarkan untuk menggantikan wanita yang sudah berkahwin atau belum berkahwin yang mahu diaku sebagai individu. English merupakan musuh kepada wanita. Perkataan dalam English selalunya menghina, memburukkan serta merendahkan wanita dalam konteks sexual. Sebagai contoh, perkataan “Madam” atau “Mistress”. Wanita dilihat sebagai seksual manakala lelaki pula adalah lebih unggul dan baik. Sebagai contoh, lelaki dewasa marah apabila mereka dipanggil sebagai “boys” yang menunjukkan kebudak-budakan manakala wanita dewasa pula boleh menggunakan perkataan “girls”. Wanita suka menggunakan tanda soal apabila bertanya soalan. Contohnya, “I enjoyed the concert, didn’t you?”, “Can i borrow your pencil for a while?”. Soalan-soalan ini menggambarkan bahawa wanita harus meminta keizinan sebelum menyatakan pendapat atau perasaan mereka. Selain itu, wanita juga lebih suka untuk menggunakan kata penguat dan kata adjektif seperti “Such a darling room!”. Penggunaan perkataan dalam kalangan wanita adalah lebih sopan daripada lelaki. Hal ini demikian kerana wanita dinasihati supaya menggunakan perkataan yang lebih sopan dan baik apabila berkata-kata. Contoh, lelaki menggunakan ayat seperti “Ambil buku itu” tetapi wanita pula menggunakan ayat seperti “Tolong ambil buku itu”. Hal ini demikian kerana wanita dikatakan tidak sepatutnya bercakap seperti seorang lelaki. Lelaki juga lebih banyak mencelah wanita daripada wanita mencelah lelaki. Hal ini dapat dilihat melalui satu keadaan di mana seseorang lelaki akan bercakap lebih banyak daripada seseorang wanita apabila kedua-dua mereka diberi peluang untuk bercakap.

Televisyen
Televisyen juga merupakan salah satu ejen yang membentuk peranan gender dalam diri anak-anak. Kesan sosialisasi akan menjadi lebih kukuh apabila imej-imej televisyen disalurkan melalui media massa seperti movie, majalah dan lain-lain lagi. Kanak-kanak selalunya meniru apa sahaja yang mereka melihat dalam televisyen. Hal ini menyebabkan mereka membentuk peranan gender dalam diri mereka tanpa mereka sedari. Sebagai contoh, cerita-cerita yang selalu ditayangkan di dalam televisyen memaparkan watak-watak yang membentuk peranan gender dalam diri mereka seperti budak lelaki selalunya didedahkan dengan watak kekuatan fizikal manakala budak perempuan pula didedahkan dengan watak penarikan fizikal. Televisyen merupakan stereotaip gender. Rancangan kartun pula menggambarkan peranan gender secara stereotaip seperti cerita “Cinderella”, “Sleeping Beauty” dan lain-lain. Watak wanita dalam sesebuah cerita di selalunya sangat sedikit berbanding dengan lelaki. Wanita selalunya mendapat watak yang tidak penting atau dikenali sebagai watak sampingan. Perwatakan wanita dalam cerita selalunya digambarkan seseorang yang berada di dalam rumah dan amat sedikit daripada mereka yang bekerja di luar. Perwatakan lelaki dalam cerita pula selalunya bekerja di luar rumah, bekerja dalam bidang profesional seprti saintis dan ahli fizik serta mempunyai pilihan yang luas dalam bidang pekerjaan. Wanita selalunya mementingkan kemahuan dan keperluan orang lain, rumah dan keluarga. Pembelaan diri juga amat penting bagi para wanita kerana mereka selalu didedahkan dengan bahaya, keganasan serta ugutan. Manakala, tujuan kehidupan lelaki pula dikaitkan dengan kekayaan, balas dendam dan perasaan benci. Bagi wanita yang menceburi dunia lelaki akan menerima pengakhiran yang tidak optimis. Televisyen juga memaparkan iklan tentang produk-produk yang mendorong kanak-kanak memujuk ibu bapa untuk membelikan mereka seperti permainan.

Sekolah

Pusat pendidikan sebagai tempat kanak-kanak mempelajari perana gender serta membentuk proses sosialisasi dalam diri mereka. Budak perempuaan kurang diberi perhatian oleh cikgunya berbanding dengan budak lelaki. Hal ini demikian kerana para guru berpendapat bahawa perempuan sepatutnya berada di dalam rumah sahaja atau ketidaknampakan. Budak lelaki mendapat perhatian yang lebih terutamanya daripada cikgu wanita di sekolahnya. Mereka boleh memilih mana-mana pekerjaan yang mereka suka melainkan jururawat atau setiausaha. Budak lelaki juga akan diberi anugerah kerana pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan atau pendidikan. Sekolah dilihat sebagai tempat untuk menyampaikan tentang peranan gender seseorang wanita atau lelaki kepada pelajar. Sekolah juga menyediakan teknikal, pengalaman atau melatih pelajar tentang nilai-nilai dan norma yang bersesuaian dengan budaya. Budak lelaki diajar tentang nilai pertarungan dan budak perempuan pula diajar tentang nilai mendidik. 

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa