Skip to main content

Sistem Kebajikan: Perbezaan Model Kebajikan Institusi dan Residual

Skop Perbandingan
Model Institusional
Model Residual
Fungsi model kebajikan
Model ini menyediakan keperluan dan kekurangan keperluan asasi kepada semua populasi dan bukannya hanya untuk golongan miskin atau golongan tertentu seperti orang kurang upaya, wanita atau kanak-kanak yg tertindas. Model ini mewakili nilai2 sosial seperti keadilan sosial, integrasi sosial dan persamaan sosial. Model ini juga berpegang kepada prinsip bahawa kebajikan sebagai hak sosial individu dan setiap warganegara berhak kepada sumber negara.
Sebagai contoh
Sweden merupakan sebuah negara yg mengamalkan model institusional. Kerajaan Sweden membiayai sepenuhnya kebanyakan perkhidmatan sosial seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan perumahan.
Model ini tidak memberi bantuan sepenuhnya kepada anggota masyarakat. Ia hanya akan membantu mencukupkan keperluan individu sahaja. Bantuan yg diberikan cukup sekadar membantu individu yg memohon bantuan mencukupkan sumber yg dimilikinya bagi memenuhi keperluan asasinya. Perkhidmatan sosial hanya akan diberikan kepada individu yg hanya memerlukannya.
Sebagai contoh
Sesebuah kerajaan hanya akan memberi bantuan kepada anggota masyarakat yg memerlukannya. Model ini tidak memberikan bantuan secara menyeluruh kerana beranggapan bahawa memberi impak negatif kepada masyarakat. Pemberian secara percuma ini akan melahirkan anggota masyarakat yg malas bekerja, tiada inisiatif untuk memajukan diri atau masyarakat yg malas untuk bekerja.
Hak individu terhadap perkhidmatan sosial awam



Negara yg mengamalkan model ini melihat semua rakyat mempunyai hak ke atas sumber-sumber sosial yg terdapat di negara. Model ini melihat akses kepada perkhidmatan sosial awam adalah sebagai hak sosial setiap individu atas dasar kemanusiaan. Sebagai manusia, semua org mempunyai hak untuk menerima dan menggunakan semua bentuk pertolongan sosial. Tidak ada orang yang akan dikecualikan hanya kerana miskin, kaya, tua, muda, sakit dan sihat. Masyarakat yg menerima bantuan perkhidmatan sosial juga tidak dikenakan sebarang stigma atau label negatif. Masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan sebarang bantuan perkhidmatan sosial.
Sebagai contoh
Malaysia menyampaikan segala perkhidmatan awamnya kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa dan kaum. Semua rakyat akan mendapat perkhidmatan yg sama seperti hak pendidikan, hak kesihatan dan lain2.                                             
Model ini juga lebih cenderung kepada hak politik dalam pengagihan perkhidmatan sosial. Perkhidmatan ini hanya akan disediakan untuk warganegara sahaja. Masyarakat yg menerima bantuan daripada kerajaan akan dikenakan stigma atau label negatif oleh orang lain.
Sebagai contoh
Hanya rakyat dalam negara tersebut yg akan diberi perkhidmatan sosial terutamanya golongan miskin.
Peranan kerajaan dalam pembiayaan dan penyediaan perkhidmatan sosial
Kerajaan merupakan saluran utama dalam memberi perkhidmatan sosial kepada rakyat. Kerajaanlah yg bertanggungjawab penuh dalam semua aspek hal-ehwal pembiayaan, pentadbiran, penyediaan, pengeluaran dan penyampaian kebajikan sosial. Kerajaan yang akan membiayai sepenuhnya pembangunan sektor-sektor sosial utama negara. Kerajaan mempunyai peranan yg utama dalam menyelesaikan segala masalah sosial yg berlaku dan kekurangan keperluan sosial yg mengancam kesejahteraan hidup anggota masyarakat dan kesejahteraan pembangunan negara.
Sebagai contoh
Perkhidmatan sosial seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan perumahan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Norway.
Peranan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan sosial dalam model ini hanyalah sebagai pelengkap. Mengikut model ini, pengagihan perkhidmatan sosial bukan menjadi tanggungjawab utama kerajaan. Sebaliknya, model ini mengutamakan dan menggalakkan penyediaan perkhidmatan secara peribadi oleh individu, kebajikan persendirian, jaya diri keluarga dan perkhidmatan sokongan oleh sektor sukarela.
Sebagai contoh
Kerajaan Hong Kong beranggapan bahawa kemiskinan, mengemis, kecacatan fizikal atau mental seseorang individu dan masalah rumah tangga adalah nasib yg ditentukan oleh tuhan serta balasan yg diterima individu kerana dosa lampaunya. Justeru, sudah menjadi tanggungjawab institusi keluarga untuk membantu dan menyelesaikan masalah masing-masing. Kerajaan hanya akan mengambil alih apabila sesebuah institusi itu gagal berfungsi.
Saluran utama penyampaian perkhidmatan sosial awam
Sektor awam merupakan saluran utama dalam memberi perkhidmatan sosial kepada anggota masyarakat. Walaubagaimanapun, sektor2 lain juga tidak boleh “lepas tangan”. Sektor persendirian dan sektor sukarela berfungsi sebagai “sektor sokongan” kepada sektor awam. Model ini memperlihatkan sektor bukan kerajaan merupakan pelengkap kepada penyediaan, pengeluaran dan penyampaian perkhidmatan sosial dalam negara.
Sebagai contoh
Pihak kerajaan Malaysia menyediakan segala perkhidmatan sosial secara percuma kepada rakyat seperti hak pendidikan, hak kesihatan dan lain-lain. Sektor kerajaan juga akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk menjayakan lagi penyampaian perkhidmatan sosial kepada rakyat. Badan bukan kerajaan hanyalah sebagai penyokong  kepada sektor awam.

Sektor ketiga merupakan saluran utama dalam menyampaikan perkhidmatan sosial khususnya sektor sukarela. Negara yg mengamalkan model ini bergantung kepada kerjasama organisasi sektor korporat dengan sektor ketiga dalam masyarakat iaitu kerjasama institusi tidak formal seperti institusi keluarga, agama, komuniti dan sektor sukarela dalam menyampaikan perkhidmatan sosial.
Sebagai contoh
Pihak kerajaan Amerika Syarikat tidak pernah menyediakan pendidikan kolej percuma untuk semua. Sektor sukarela yg akan menyediakan semua perkhidmatan sosial yg terdapat di negara.
Ciri dasar sosial
Negara yg mengamalkan model ini lazimnya bersifat komprehensif dan menyeluruh. Perkhidmatan kebajikan sosial disediakan secara menyeluruh dan skop yg luas untuk memastikan setiap masyarakat mendapat manfaat dan mampu untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Sebagai contoh
Malaysia menyediakan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat. Tidak ada seorang pun yang akan tercicir daripada pendidikan sama ada kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan lain-lain.
Dasar sosial yg diamalkan oleh negara model residual lazimnya disokong oleh serangkaian dasar sosial yg bersifat terhad. Bantuan hanya akan diberikan kepada individu atau golongan yg benar-benar memerlukannya.
Sebagai contoh
Neg yg mengamalkan model residual menyerahkan segala penyampaian perkhidmatan sosial kepada sektor-sektor lain khususnya kepada institusi keluaarga dan agama. Mereka beranggapan bahawa segala masalah sosial yg dihadapi oleh masyarakat merupakan tanggungjawab institusi keluarga dan agama. Institusi keluarga merupakan penyelesaian kpd masalah peribadi manakala institusi agama pula bertindak sebagai organisasi sosial penting kpd individu yg kurang bernasib baik seperti anak yatim piatu, org miskin dan org kurang upaya
Prinsip agihan perkhidmatan
Negara yg mengamalkan model ini juga lebih suka menyediakan perkhidmatan sosial berbentuk awam kepada semua anggota masyarakatnya serta mengamalkan prinsip universal. Prinsip universal lebih kepada mengagihkan perkhidmatan kepada semua anggota masyarakat.
Sebagai contoh
Kerajaan Malaysia lebih suka untuk mengagihkan perkhidmatan kebajikan sosialnya kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan etnik.
Model ini mengamalkan sistem selektif yg begitu rigid dalam menyampaikan perkihdmatan sosial. Sistem “sasaran” telah dijadikan sebagai prinsip utama dalam mengagihkan perkhidmatan sosial. Sistem sasaran ini memilih individu yg benar-benar layak menerima bantuan.
Sebagai contoh
Kerajaan yg mengamalkan model ini hanya akan mensasarkan orang miskin, benar-benar berkeperluan dan mereka yg tidak mempunyai alternatif yg lain. Pihak kerajaan Hong Kong hanya akan berperanan minimum dalam menyediakan bantuan seperti bantuan kewangan untuk golongan miskin, individu yg tidak mempunyai pekerjaan.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa