Kesaksamaan
Hak
Kesaksamaan hak bermaksud bahawa wanita
diberi layanan dan peluang yang sama dengan lelaki. Dalam erti lain, hak yang
dipunyai oleh lelaki dijadikan piawaian. Sebagai contoh, wanita juga harus
diberi peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam pengurusan sama seperti
lelaki diberi peluang untuk menjawat jawatan tersebut. Kesaksamaan hak juga
bukan sahaja melihat kepada layanan yang sama tetapi juga harus melihat kepada
mendapat hasil yang sama. Sebagai contoh, kemudahan-kemudahan untuk golongan
kurang upaya haruslah disediakan supaya mereka dapat mengakses
kemudahan-kemudahan tersebut dengan selesa. Contohnya, di pusat membeli-belah
haruslah mewujudkan lif, tandas, tempat meletak kenderaan untuk golongan kurang
upaya supaya dapat menghasilkan keputusan yang sama iaitu merek dapat bergerak
secara bebas seperti kita semua.
Model
Kesaksamaan Formal
Model
kesaksamaan formal berdasarkan persamaan layanan antara wanita dan lelaki.
Model kesaksamaan formal menekankan kepada kesaksamaan yang mutlak. Bagi model
ini, wanita adalah sama dengan lelaki. Maksudnya, wanita haruslah dilayan
dengan cara yang sama dengan lelaki. Undang-undang harusl diaplikasikan secara
gender neutral. Model kesaksamaan formal ini menentang pengenalan mengenai
sebarang perbezaan gender. Model ini juga menentang penyingkiran perbezaan yang
telah digunakan untuk menghalang wanita daripada mencapai hak kesaksamaan. Hal
ini demikian kerana mereka fikir layanan yang berbeza atau istimewa akan terus
mendiskriminasikan wanita.
Model
Kesaksamaan Substantif
Model
kesaksamaan substantif ini mengambil kira perbezaan antara wanita dan lelaki
serta menekankan hasil yang sama. Model ini beranggapan bahwa kewujudan
perbezaan gender dan peranan penting yang dialami dalam kehidupan. Model ini
tidak membezakan sumber perbezaan iaitu perbezaan secara semula jadi atau
dikonstruk secara sosial. Model ini menghendaki menerima perbezaan yang
mewakili realiti pengalaman kehidupan wanita dan lelaki. Perbezaan gender
antara wanita dan lelaki tidak boleh dijadikan asas untuk menafikan kemudahan
dan keisimewaan sama seperti lelaki. Model ini juga menekankan perbezaan gender
tidak boleh diabaikan atau dikaburkan. Model ini juga mengkritik piawaian dalam
undang-undang yang bersifat gender neutral. Hal ini demikian kerana model ini
melihatkan bahawa wanita tidak dilayan secara adil tetapi wanita harus dilayan
secara sama dengan lelaki. Oleh itu, model kesaksamaan substantif ini tidak
menekankan layanan yang sama tetapi mementingkan hasil yang sama.
Comments
Post a Comment