Skip to main content

Sistem Kebajikan: Proses Permintaan Kebajikan

Elemen
Ciri-ciri
Keperluan
Keperluan mempunyai pelbagai jenis sama ada dari segi permintaan yang berpotensi dan permintaan yang berkesan. Keperluan ini haruslah diteliti dengan betul-betul kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Sebagai contoh, keperluan mengikut Bradshaw iaitu terdiri daripada keperluan normatif, keperluan komparatif, keperluan yang dirasakan serta keperluan yang disuarakan atau digambarkan oleh orang tersebut. Keperluan normatif merupakan keperluan asas yang betul-betul diperlukan oleh seseorang dan keperluan ini ditentukan oleh profesion mengikut kriteria. Sebagai contoh, seseorang rasa dia memerlukan sebuah rumah dan sesebuah rumah mengikut profesion adalah mempunyai ruang makan, ruang tamu, bilik tidur, bilik air, tandas serta dapur yang bersesuaian dengan jumlah ahli keluarganya. Keperluan komparatif pula merupakan perbandingan antara keperluan. Misalnya, perbandingan antara rumah orang mewah dan rumah orang miskin. Rumah orang mewah mempunyai dapur basah, dapur kering, bilik tidur yang besar, kolam renang, lima buah bilik, 4 buah tandas dan lain-lain berbanding dengan rumh orang miskin hanya mempunyai ruang makan, bilik tidur yang secukupnya serta tandas. Keperluan yang dirasakan pula ialah keperluan yang dirasa oleh individu tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak yang cacat pendengaran merasakan dia memerlukan pertolongan yang lain daripada kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Keperluan yang disuarakan atau digambarkan oleh seseorang. Keperluan seperti ini merupakan keperluan yang mereka rasa masih tidak cukup dan harus dipenuhi. Contohya, Ali rasa yang dia masih memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan walaupun pada pandangan orang lain dia telah memiliki wang yang secukupnya. Keperluan haruslah merujuk kepada jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang, syarat-syarat untuk bertindak balas dengan beberapa jenis serta masalah dan tindak balas tersebut haruslah boleh didapati. Keperluan merupakan satu tuntutan untuk perkhidmatan. Walaubagaimanapun, permintaan terhadap perkhidmatan boleh wujud di mana tidak ada keperluan. Perkhidmatan harus melihat kepada keperluan berbanding dengan permintaan. Perlbagai cara dan kaedah untuk mengenal pasti keperluan seseorang haruslah digunakan supaya orang yang berkeperluan sahaja dapat menerima bantuan sosial.
Hak
Hak dibangunkan berdasarkan kepada peningkatan kebajikan di mana ia memenuhi kriteria untuk menyampaikan perkhidmatan bukan kepada keperluan. Hak adalah sebagai permintaan kepada perkhidmatan. Seseorang mempunyai hak untuk meminta bantuan atau perkhidmatan sosial yang diperlukan. Peraturan disebut sebagai peraturan yang boleh melindungi kebebasan atau mengenakan duti ke atas orang lain. Tuntutan ke atas perlindungan, rawatan atau manfaat ke atas seseorang individu boleh dibuat atas dasar undang-undang, kod amalan atau akuan. Hak terhadap sesuatu kebajikan boleh menjadi umum atau khusus. Sebagai contoh, seseorang penjenayah haruslah diberi hak untuk dibicarakan di mahkamah secara adil sebelum menjatuhkan hukuman ke atasnya. Hal ini disebut sebagai hak kebajikan seseorang dari segi manfaat sosial. Bagi seseorang pesakit, dia mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan perubatan daripada pihak hospital kerana ia merupakan haknya untuk mendapatkan rawatan tersebut.
Stick and carrot effects on claiming
Akses iaitu kejahilan tentang manfaat, kesukaran dan kerumitan proses menuntut, ketidakupayaan untuk menjelaskan aduan, kurang dapat berunding tentang sumber, tahap bertolak ansur serta kepayahan untuk mendapatkan kemudahan. Selain itu, pemohon bantuan juga harus meminta sesuatu yang bantuan atau perkhidmatan yang seseorang sudah ada. Pemohon bantuan juga akan sukar untuk berhenti apabila dia sudah mula menerima bantuan. Pemohon bantuan juga akan menerima penghinaan, stigma atau dilabel negatif kerana meminta atau menuntut perkhidmatan atau bantuan sosial. Pemohon bantuan juga harus mengimbangi antara kos dan manfaat. Sebagai contoh, seseorang ibu tunggal tidak tahu yang dia boleh meminta bantuan ibu tunggal kerana dia mempunyai pengetahuan yang cetek tentang bantuan tersebut. Selain itu, ibu tunggal tersebut juga menghadapi kesukaran dan kerumitan semasa proses menuntut bantuan kerana dia perlu mengisi borang dan beratur di pejabat. Ibu tunggal tersebut juga tidak mampu untuk membuat aduan serta dia juga kurang dapat berunding dengan pegawai kebajikan tenatng sumber yang akan didapatinya. Di samping itu, ibu tunggal ini juga perlu mempunyai tahap bertolak ansur yang tinggi serta dia payah untuk mendapatkan kemudahan. Ibu tunggal tersebut juga berasa sangat tidak selesa kerana apabila dia meminta bantuan, dia akan dilabel negatif oleh masyarakat sebagai perempuan yang miang, tidak malu atau perempuan jahat. Ibu tunggal tersebut juga akan mengalami kesusuhan untuk berhenti apabila dia mula meminta bantuan tersebut.
Pilihan
Pilihan merupakan salah satu mekanisme yang melaluinya adalah utiliti dan kebajikan yang diberikan adalah maksimun. Peluang untuk membuat pilihan dalam meminta bantuan atau perkhidmatan sosial adalah sangat terhad. Hal ini telah disuarakan sendiri oleh para pengguna atau pelanggan perkhidmatan sosial. Misalnya, seorang warga emas telah meminta bantuan orang tua daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Warga emas ini merasakan bantuan yang diberikan olehnya tidak mempunyai pilihan yang banyak. Bantuan yang diberi olehnya dari segi kewangan walhal warga emas selalunya berasa sangat sunyi dan memerlukan kasih sayang dan prihatin daripada masyarakat bukannya wang atau emas. Wang atau emas bukan merupakan pilihan utama warga emas kerana mereka tidak memerlukan material atau kebendaan tetapi memerlukan kasih sayang dan prihatin masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa