Keperluan Manusia
Keperluan manusia bermaksud keadaan-keadaan yg perlu ada atau perlu dimiliki oleh setiap manusia untuk menjamin kesejahteraan hidupnya. Keperluan manusia juga termasuk keperluan-keperluan dari segi mental dan fizikal. Manusia memerlukan barangan material atau keadaan-keadaan fizikal tertentu untuk memastikan mereka dapat menjalankan fungsi dan peranan fizikal, mental dan seksual mereka dengan berkesan. Keperluan manusia juga merupakan kepentingan asas yg diperlukan oleh setiap manusia supaya mereka dapat meneruskan hidup mereka serta menjamin kesejahteraan hidup. Keperluan manusia ini merupakan prasyarat untuk lanjutan kepada kesejahteraan hidup manusia. Jika keperluan manusia tidak dipenuhi atau ketiadaan barang-barang material tersebut akan menyebabkan hidup manusia tidak sejahtera atau sekiranya keadaan sangat kritikal akan menyebabkan seseorang manusia itu mudarat dan binasa.
Keperluan Manusia mengikut Maslow
Kategori Keperluan
|
Kumpulan dan Contoh
|
Keperluan Asasi
Barangan, keadaan atau perkhidmatan yg diperlukan oleh manusia utk menjamin kesejahteraan hidup mereka
Manusia tidak akan dapat berfungsi dgn baik apabila kekurangan keperluan ini
Memastikan peranan dan fungsi biologi dan fisiologi dpt berfungsi dengan baik dan berkesan
Keperluan defisienan
|
1. Keperluan fizikal dan sosiologi
Makanan, minuman dan rehat yg secukupnya
Kesihatan yg baik
Keperluan seksual yg sihat, mencukupi dan memuaskan
2. Keperluan keselamatan dan perlindungan
Tempat tinggal yg selamat
Tempat perlindungan yg selamat utk membesarkan keluarga
Perlindungan dari ancaman bahaya
Negara yg stabil ekonomi dan politik
Jaminan kewangan yg stabil dan kukuh
|
Keperluan Perkembangan Diri
|
1. Keperluan ingin dipunyai dan dimiliki
Keperluan utk diterima sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat
Disayangi dan meyayangi
Dihargai dan menghargai
Mempunyai kawan dan pasangan hidup
Dicintai dan mencintai
Dikenali oleh org lain dan mengenali org lain
Keinginan mempunyai hubungan mesra dgn org lain
2. Keperluan kendiri
Menghormati diri sendiri
Mempunyai keyakinan diri
Mempunyai status dan prestij
Kecekapan
Pencapaian baik dalam hidup
Mempunyai reputasi yg baik
|
Keperluan kesempurnaan diri
|
1. Keperluan memenuhi keinginan diri
Keperluan memajukan diri sendiri
Mencapai cita2 yg tinggi
Mencapai tahap kreativiti yg baik
Menggunakan segala potensi diri yg dimiliki seoptimum mungkin
2. Keperluan ilmu pengetahuan dan pemahaman yg baik
Memahami sesuatu perkara dengan lebih baik dan dalam
Keinginan utk mengetahui sesuatu pengetahuan yg baru
Mengeksplorasi, mengenal pasti dan mencari penyelesaian kepada perkara baru
Mempunyai hubungan yg lebih bermakna dengan perkara lain dlm hidup
Cabaran intelektual
Menganalisis maklumat dgn lebih berkesan
3. Keperluan estetika
|
Taksonomi Keperluan Manusia Bradshaw
Keperluan Normatif
|
*Keperluan yg ditetapkan oleh sekumpulan ukuran sosial yg seragam
*Ukuran yg seragam ini ditentukan oleh org yg profesional atau pakar sesebuah perkhidmatan.
*Individu yg menepati ukuran tersebut dilihat sebagai individu yg berkelayakan untuk mendapatkan perkhidmatan sosial yg disediakan manakala individu yg tidak menepati ukuran tersebut tidak layak mendapat perkhidmatan sosial
*Sebagai contoh
Kita ambil keperluan individu dari segi keperluan asasi iaitu petempatan
Manusia memerlukan petempatan yang selamat atau tempat berteduh yang dapat melindungi diri sendiri dan juga keluarga
Kerajaan telah mengambil pelbagai insentif untuk membuat satu perumahan yang selesa dan selamat bagi memenuhi keperluan masyarakat
Organisasi atau institusi serta profesional atau pakar perkhidmatan telah diberi kepercayaan untuk menyediakan petempatan tersebut
Di Malaysia, kawasan perumahan atau pembinaan petempatan telah dikendalikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
|
Keperluan komparatif @ relatif
|
*Keperluan ini akan wujud apabila org yg telah akses kepada keperluan tersebut membandingkan keperluan yg sedia ada dengan keperluan org lain
*Sebagai contoh
Individu yang tinggal dalam rumah yang kecil dan padat merasakan mereka memerlukan rumah yang lebih besar dengan mengambil kira aktiviti sosial keluarganya
Perbandingan antara rumah orang kaya dan rumah orang miskin. Orang miskin merasakan mereka memerlukan sebuah rumah yang besar dan selesa kerana mereka merasakan bahawa mereka dapat hidup dengan sejahtera jika rumah tersebut dibina berdasarkan bilangan ahli keluarga dan juga aktiviti sosial keluarga mereka
|
Keperluan yg dirasakan
|
*Keperluan individu, masyarakat atau komuniti percaya bahawa mereka memerlukannya
*Keperluan yg dikenal pasti dan dinyatakan oleh individu sendiri
*Sebagai contoh
Kerajaan memberi org miskin atau yg mengalami kecacatan fizikal bantuan makanan atau kewangan kerana kerajaan merasakan bahawa kumpulan ini memerlukan bantuan tersebut. Sebaliknya, ramai org miskin atau org istimewa merasakan mereka memerlukan bantuan atau sokongan untuk meningkatkan nilai kendiri mereka. Sekiranya nilai kendiri mereka baik, mereka boleh menggunakan aset tersebut untuk memenuhi keperluan asasi mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak cacat penglihatan dengan kanak-kanak lambat belajar memerlukan keperluan yang berbeza-beza
|
Keperluan yg digambarkan oleh individu
|
*Perubahan keperluan yg dirasakan kepada permintaan
*Sebagai contoh
|
Comments
Post a Comment