Skip to main content

Sistem Kebajikan: Ujian Kelayakan

UJIAN KELAYAKAN

Ujian Tahap Pendapatan
Tahap pendapatan individu merupakan kriteria utama dalam mengagih dan memberi bantuan atau perkhidmatan sosial kepada orang miskin di kebanyakan negara. Ujian tahap pendapatan mengikut perspektif kebajikan sosial ialah proses menilai atau menaksir tahap pendapatan pemohon bantuan bagi menentukan sama ada pemohon tersebut layak ke tidak menerima bantuan. Bantuan ini hanya diberikan kepada individu yang mempunyai sumber pendapatan atau aset tetapi pendapatan atau aset tersebut berada di bawah tahap kemiskinan yang ditentukan oleh masyarakat atau pemerintah. Pemberian bantuan sosial ini selalunya dilakukan secara individu dengan berasaskan kepada kriteria keperluan ekonominya. Bagi bantuan khusus seperti bantuan kanak-kanak pula, tahap keupayaan ekonominya akan melihat kepada tahap pendapatan keluarga iaitu pendapatan ibu bapa atau penjaga. Mengikut ujian ini, kelayakan individu untuk mendapatkan bantuan adalah bergantung kepada 2 komponen utama iaitu pendapatan individu iaitu gaji atau upah bulan individu atau keluarga serta aset tetap yang dimiliki oleh individu atau keluarga. Kelayakan individu berdasarkan ujian tahap pendapatan juga dapat dilihat melalui keupayaan individu atau keluarga untuk membeli barangan keperluan atau perkhidmatan. Pendapatan pula diukur berdasarkan keperluan individu, aset yang dimiliki oleh individu serta pendapatan yang diterima oleh individu. Ujian kelayakan berasaskan pendapatan melihat pendapatan serta aset yang dimiliki oleh seseorang akan dinilai untuk melihat sama ada jumlah tersebut melebihi piawaian kemiskinan yang telah ditetapkan. Jika pendapatan dan aset yang dimiliki oleh individu tersebut melebihi garis kemiskinan, maka individu tersebut tidak layak untuk menerima bantuan.

1.      Tahap Kemiskinan
Ukuran tahap kemiskinan merupakan cara sesebuah masyarakat mendefinisi dan mengukur kemiskinan. Di Malaysia, kemiskinan dikonsepkan dan ditakrifkan sebagai kemiskinan pendapatan iaitu kekurangan pendapatan yang diperlukan untuk membeli barang keperluan asasi yang paling minimum. Kemiskinan diukur dengan cara membandingkan tahap pendapatan setiap isi rumah dengan tahap pendapatan minimum yang dijayakan diperlukan untuk menyara hidup. Ukuran piawaian berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) telah diwujudkan untuk membezakan antara isi rumah yang miskin dan isi rumah yang tidak miskin. PGK ialah tahap pendapatan secukupnya yang diperlukan untuk memastikan isi rumah mencapai tahap yang boleh diterima oleh masyarakat sebagai sejahtera dalam konteks makanan dan item bukan makanan. PGK ini dibentuk dengan mengambil kira keperluan-keperluan minimum makanan dan item bukan makanan secukup hidup yang diperlukan oleh individu atau sesebuah keluarga. PGK seterusnya menjadi kayu pengukur kepada kemiskinan di Malaysia iaitu kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif dan termiskin. Kemiskinan mutlak merupakan terma pendapatan yang diperlukan oleh individu untuk membeli keperluan seharian dari segi item makanan dan bukan makanan dalam kadar seminimum mungkin. Keperluan minimum makanan individu atau sesebuah isi rumah dikira berlandaskan kalori minimum dan tahap pengambilan protein yang diperlukan bagi purata keluarga Malaysia yang terdiri daripada 5 orang iaitu 2 dewasa dan 3 orang anak. Komponen bukan makanan seperti pakaian dan kasut, minyak kereta, sewa dan lain-lain pula dikira sebagai barangan, keperluan atau perkhidmatan yang dilihat penting bagi mengekalkan satu tahap sara hidup yang minimum. Sebagai contoh, mengikut PGK 2007 bagi komponen makanan bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM 430 sebulan, RM 540 bagi Sabah dan RM 520 bagi Sarawak. Selain itu, kemiskinan relatif pula diukur menggunakan ketaksamaan atau nisbah perbezaan tahap pendapatan mengikut kumpulan etnik di bandar dan luar bandar. Ukuran kemiskinan relatif  ini kemudiannya menetapkan pendapatan RM1200 sebagai kriteria kelayakan untuk mendapatkan bantuan sosial awam. Konsep termiskin diperkenalkan adalah untuk memberi bantuan dan tumpuan khas kepada kumpulan masyarakat yang paling miskin. Sebagai contoh, golongan miskin ialah keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 350 sebulan dan golongan termiskin pula ialah mereka yang berpendapatan kurang daripada RM 175 sebulan.

2.      Tahap Perbelanjaan Isi Rumah
Kemiskinan juga dapat dinilai dan diukur menerusi corak perbelanjaan bulanan sesebuah isi rumah. Corak perbelanjaan ini diukur dengan menggunakan pendekatan penggunaan. Dalam Rancangan Malaysia yang Kelima, kerajaan telah meneliti semula komponen-komponen makanan dan bukan makanan yang terdapat dalam Pendapatan Garis Kemiskinan. Komponen makanan dan bukan makanan yang sedia ada dilihat tidak atau gagal mewakili tahap pendapatan sebenar purata rakyat Malaysia. Pendapatan individu atau isi rumah mula diukru dengan mengambil kira nilai-nilai perbelanjaan sesebuah isi rumah. Sebagai contoh, perbelanjaan bulanan isi rumah, pemilikan rumah dan penerimaan subsidi dan atau perkhidmatan awam percuma. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, indeks purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan bagi Malaysia adalah RM415 sebualan dengan PGK mengikut lokasi geografi seperti berikut RM398 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM503 sebulan bagi Sabah dan RM482 sebulan bagi Sarawak. Piawaian PGK ini menjadi ukuran kelayakan bagi bantuan sosial awam mengikut lokasi geografi di Malaysia.

3.      Indeks Harga Pengguna
Indeks Harga Pengguna atau harga barangan runcit semasa telah menjadi ukuran piawaian utama bagi pendekatan ini. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), dengan mengambil kira perbezaan harga barangan pengguna dan kos hidup antara kawasan geografi, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Malaysia ialah RM510 sebulan bagi isi rumah 4.6 orang di Semanjung Malaysia, RM685 sebulan bagi isi rumah 4.9 di Sabah dan RM584 sebulan bagi saiz isi rumah 4.8 di Sarawak. Bagi golonagn termiskin pula, pendekatan perbelanjaan penggunaan isi rumah ini telah mendefinisikan semula “termiskin” sebagai keluarga atau isi rumah yang berpendapatan RM255 sebulan bagi isi rumah 4.6 orang di Semenangjung Malaysia, RM342.50 sebulan bagi isi rumah 4.9 orang di Sabah dan RM292 sebulan bagi saiz isi rumah 4.8 orang di Sarawak. Paiwai PGK ini menjadi tahap pendapatan yang melayakkan individu kepada bantuan sosial yang tersedia untuk golongan miskin.

Dianogsis Perbezaan Keperluan
Ujian kelayakan ini selalunya diguna pakai dalam permohonan bantuan atau manfaat sosial awam yang berasaskan kontrak persendirian, pampasan dan caruman terdahulu pekerjaan. Prinsip utama ujian kelayakan ini adalah keperluan spesifik yang diakibatkan oleh kecacatan fizikal, mental atau biologi yang dialami oleh individu. Ia mempunyai kaitan rapat dengan ketidakupayaan fizikal dan mental. Suatu mekanisme penilaian profesional yang mampu menilai secara teknikal ciri-ciri kecacatan yang dialami oleh pemohon berperanan penting dalam menentukan sama ada inidvidu tersebut layak atau tidak layak menerima bantuan sosial yang dipohon olehnya. Contoh bantuan yang menggunakan ujian kelayakan ini adalah semua bentuk bantuan OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, program pendidikan khas untuk kanak-kanak yang mengalami kecectan fizikal dan mental seperti pendidikan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, kanak-kanak autisme serta kanak-kanak sindrom down oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bantuan rawatan perubatan di rumah untuk orang berusia yang sakit terlantar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan skim rawatan layanan sentiasa di rumah di bawah PERKESO. Kelayakan pemohon bantuan mengikut ujian ini adalah berdasarkan penilaian para profesional terhadap kes-kes permohonan. Setiap kes dilayan secara bersendirian kerana setiap kes lazimnya melibatkan keperluan yang berbeza serta melibatkan perkhidmatan atau bantuan yang khusus untuk keperluan tersebut. Sebagai contoh, bantuan yang diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran akan diberi bantuan dari segi pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia manakala kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan pula akan diberi bantuan dari segi pendengaran dan penglihatan untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian mereka. Bantuan yang diberikan berdasarkan kepada dua keadaan iaitu yang pertama, bantuan diberikan secara individu. Kedua pula, bantuan diberikan berdasarkan kepada laporan penilaian teknikal kriteria perbezaan keperluan yang disyorkan oleh pakar atau profesional.

Ujian Keperluan Terbitan
Keperluan terbitan merujuk kepada keperluan yang terbit daripada sesuatu keadaan atau situasi ataupun keperluan yang terhasil kerana kegagalan sistem sosial bertindak balas dengan perubahan yang berlaku. Situasi atau keadaan yang menyebabkan satu keperluan baru timbul boleh bersifat sama ada biologi, sosial, ekonomi atau politik. Dari segi biologi, ciri semula jadi reproduktif seseorang wanita untuk mengandung dan melahirkan anak telah menyebabkan wanita memerluakan keperluan yang khusus. Sebagai contoh, wanita yang hamil seharusnya mendapat perkhidmatan kesihatan ibu mengandungkan bagi memastikan dirinya sendiri sihat di samping dapat melahirkan anak yang sihat. Selain itu, bagi wanita yang juga sebagai seoraang ibu dan pekerja, ini menimbulkan keperluan baru dalam kalangan kaum wanita ini iaitu keperluan menjalankan peranan sebagai seorang ibu, isteri dan pekerja yang produktif. Oleh itu, organisasi kerja haruslah menyediakan perkhidmatan yang dapat bertindak balas dengan keperluan yang baru terbit daripada perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku ini. Misalnya, sesebuah syarikat boleh menyediakan tempat penjagaan anak-anak supaya pekerja wanita dapat menjaga anak-anak mereka di samping mereka dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka kerana mereka tidak payah risau tentang keadaaan anak-anak mereka. Majikan sesebuah syarikat atau kedai juga boleh menyediakan khidmat cuti bersalin kepada pekerja wanitanya yang hamil serta elaun keluarga atau cuti ibu membesarkan anak sehingga ke suatu tempoh umur yang khusus. Kata kunci bagai ujian kelayakan ini adalah “keperluan” yang dijadikan sebagai piawaian normatif. Ujian ini selalunya ditentukan mengikut status organik individu. Kelayakan penerimaan bantuan ditentukan oleh status sosial dan politik seperti kerakyatan, umur, gender, agama dan etnik yang dipegang oleh individu atau sesuatu kumpulan sosial. Sebagai contoh, di sesebuah pusat membeli belah haruslah diwujudkan pelbagai tempat seperti surau yang berbeza seperti surau untuk lelaki atau wanita, tandas juga harus disediakan mengikut gender, tempat kemudahan untuk ibu-ibu menukar lampin bayi-bayi mereka dan lain-lain. Pemberian bantuan sosial awam secara keperluan terbitan ini dibuat secara bersyarat iaitu berdasarkan keanggotaan individu dalam sekumpulan individu yang mempunyai keperluan sepunya dan keperluan tersebut gagal dipenuhi oleh bantuan atau perkhidmatan sosial sedia ada.


Ujian Tahap Kerugian yang Dialami atau Pampasan Ganti Rugi

Ujian ini berdasarkan kepada keanggotaan individu dalam sekumpulan individu yang telah membuat caruman atau sumbangan sosial atau ekonomi ataupun keanggotaan individu dalam sekumpulan individu secara tidak adil mengalami kemudaratan atau kecelakaan akibat daripada kelalaian atau tindakan sosial sekumpulan anggota masyarakat.Ujian ini digunakan dalam peraturan kelayakan yang berdasarkan caruman terdahulu, perjanjian peribadi dan keputusan mahkamah. Sebagai contoh, skim PERKESO dan KWSP yang terdapat di Malaysia yang merupakan skim atau manfaat pekerjaan. Skim caruman PERKESO bagi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan apabila gaji melebihi RM 2900 syer majikan adalah sebanyak RM 51.65 manakala bagi syer pekerja pula ialah sebanyak RM 14.75 dan jumlah caruman adalah sebanyak RM 66.40. Bagi skim caruman perkeso yang kedua pula ialah Skim Bencana Pekerjaan yang dikenakan ke atas majikan sahaja iaitu adalah sebanyak RM 36.90. Selain daripada skim PERKESO dan KWSP, terdapat juga skim persaraan, bayaran pampasan kerajaan Jepun kepada comfort ladies iaitu wanita-wanita yang pernah ditangkap dan dipaksan menjadi buruh seks kepada tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Mengikut ujian kelayakan ini, kelayakan indiividu menerima bantuan atau manfaat sosial awam ditentukan oleh status organik yang dipegangnya. Dua keadaan yang mendasari tadbir urus ujian kelayakan ini adalah pertama iaitu peruntukan bantuan atau manfaat sosial dibuat secara berkumpulan dan kedua pula ialah peruntukan berdasarkan kriteria normatif ekuiti atau persamaan hak.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa