Skip to main content

Organizational Behavior: Conflict and Negotiation

DEFINISI KONFLIK
]  Satu proses bermula apabila satu pihak merasakan bahawa pihak lain telah terjejas atau akan memberi kesan negatif kepada sesuatu yang diambil berat oleh pihak pertama

Perundingan adalah satu proses yang berlangsung antara dua atau lebih kumpulan mengenai cara memperuntukkan sumber terhad. Perundingan tawar-menawar dan perundingan integratif adalah dua bentuk perundingan yang boleh dibezakan berdasarkan kepada 6 ciri-ciri. Bezakan dua bentuk pendekatan perundingan ini berdasarkan kepada 6 ciri-ciri tersebut dan bagaimana ia memberi kesan kepada organisasi.

Definisi
]  Satu proses di mana 2 atau lebih pihak bertukar-tukar barangan atau perkhidmatan dan cuba untuk bersetuju mengenai kadar pertukaran
]  Satu proses yang berlaku apabila 2 atau lebih pihak membuat keputusan bagaimana untuk memperuntukkan sumber yang terhad
]  Perundingan tawar-menawar merupakan rundingan yang bertujuan untuk membahagikan jumlah tetap sumber; satu situasi “win-lose”
]  Perundingan integratif  merupakan rundingan yang bertujuan untuk satu atau lebih penempatan yang boleh mewujudkan satu penyelesaian yang “win-win”

ISI
CIRI-CIRI
PERUNDINGAN TAWAR MENAWAR
PERUNDINGAN INTEGRATIF
Goal (Matlamat)
Mendapatkan sebanyak mungkin sumber yang ada
Mengembangkan atau meluaskan sumber tersebut supaya semua pihak dapat menikmatinya
Motivation (Motivasi)
Win-lose
Saya menang-anda kalah
Saya sahaja yang untung
Win-win
Saya menang-anda menang
Kedua-dua pihak untung
Focus (Fokus)
Kedudukan (Saya tidak dapat memberi lebih banyak daripada yang ini)
Hanya saya sahaja akan menerima keuntungan atau kepentingan
Kepentingan (Dapatkah anda jelaskan mengapa isu ini begitu penting bagi anda)
Ia adalah untuk kepentingan semua pihak
Interests (Kepentingan)
Berlawanan
Selaras/selari
Information Sharing (Perkongsian maklumat)
Rendah (Perkongsian maklumat hanya akan merugikan kita)
Tinggi (Perkongsian maklumat akan menyebabkan setiap pihak untuk mencari-cari maklumat tersebut untuk memuaskan kepentingan kedua-dua pihak
Duration of Relationship
Pendek
Panjang

KESAN KEPADA ORGANISASI
Perundingan tawar-menawar akan menyebabkan organisasi menghadapi masalah apabila organisasi ingin menjalankan sesuatu projek. Hal ini demikian kerana perundingan tawar-menawar akan menyebabkan ahli berusaha untuk mendapatkan maklumat dan maklumat tersebut hanya akan menjadi bahan kepada orang tersebut. Mereka tidak dapat bekerjsama dengan baik antara satu sama lain kerana mereka mengamalkan sikap win-lose iaitu hanya seorang sahaja yang akan mendapat keuntungan. Tempoh perhubungan juga adalah sangat pendek dan ahlinya tidak sempat untuk menjalinkan hubungan yang baik. Bagi organisasi yang mengamalkan perundingan integratif pula, organisasi tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana sumber yang didapatinya akan dikongsi dengan ahli-ahli yang lain. Sumber yang didapatinya akan diberikan kepada ahli-ahli lain supaya mereka dapat menikmatinya. Ahlinya akan dapat bekerjasama dengan sangat baik kerana mereka mengamalkan sikap win-win iaitu kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan. Tempoh perhubungannya adalah panjang dan ahlinya dapat mewujudkan hubungan yang baik.


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa