Skip to main content

Sistem Kebajikan: Perbezaan Cabang Ideologi Kebajikan Kiri dan Ideologi Kebajikan Kanan


Dimensi
Aliran Kiri
Aliran Kanan
Nilai sosial yg dipegang
Nilai sosial yg dipegang oleh negara yg mempunyai ideologi beraliran kiri lebih mementingkan integrasi sosial dan persamaan hak. Dengan kata lain, semua org mempuyai hak dan akses yg sama ke atas semua perkhidmatan sosial awam yg terdapat dalam negara. Semua rakyat tidak kira golongan tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya akan mendapat akses kepada perkhidmatan sosial yg disediakan oleh kerajaan. Ideologi aliran kiri ingin menghapuskan perbezaan sosial iaitu ketaksamaan kelas dan ketaksamaan berasaskan gender. Aliran kiri juga berusaha untuk membasmi ketaksamaan sosial yg mengancam kemajuan ekonomi dan kestabilan politik negara. Pihak kerajaan akan memberi perkhidmatan sosial seperti hak pendidikan, hak kedihatan serta hak perumahan kepada semua org tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan ketaksamaan tahap pendapatan dan kadar kemiskinan amat rendah di kebanyakan negara yg mengamalkan ideologi kebajikan ini. Ideologi ini juga amat mementingkan kolektivisme iaitu perkhidmatan sosial yg terdapat di negara akan dinikmati oleh seluruh rakyat.
Negara yg mengamalkan ideologi kebajikan aliran kanan lebih mementingkan hak kebebasan individu, individualisme, ketaksamaan dan individualistik. Hal ini demikian kerana mereka tidak percaya kepada usaha-usaha kolektif. Negara yg mengamalkan ideologi ini mengandaikan manusia mempunyai sikap mementingkan diri sendiri atau individualistik. Mereka hanya akan bertindak mengikut kepentingan diri sendiri. Mereka beranggapan bahawa setiap manusia haruslah bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri dan mereka perlu diberi kebebasan sepenuhnya dalam mencapai cita-citanya.
Sikap terhadap perubahan sosial
Negara yg mengamalkan ideologi aliran kiri bersifat radikal. Mereka amat menyokong sebarang usaha ke arah perubahan sosial. Sebagai contoh, pendekatan feminisme radikal menentang sistem patriarki yg berasaskan kepada kuasa dan status kaum lelaki. Kaum wanita telah ditindas oleh lelaki kerana wujudnya sistem patriarki ini. Wanita telah dieksploitasi oleh kaum lelaki dari segi tenaga kerja, seksualiti, biologi wanita serta mod pengeluaran ekonomi yg lebih berpihak kepada lelaki. Sebagai contoh, wanita telah dikawal dari segi biologi iaitu mereka dikawal terhadap penggunaan alat pencegahan hamil dan menafikan hak biologi wanita untuk menentukan bilangan anak yg ingin dimiliki. Golongan feminis amat bersetuju dengan pembubaran sistem patriarki ini agar kaum wanita tidak terus ditindas serta dieksploitasi oleh kaum lelaki dan mereka diberi peluang untuk mendapat hak pendidikan dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi.
Negara yg mengamalkan ideologi ini lebih bersifat konservatif. Mereka tidak suka atau tidak menyokong sebarang perubahan. Mereka lebih menyokong kepada pengekalan dan pemeliharaan status quo. Mereka lebih suka kepada keadaan sosial yg sedia ada. Negara yg mengamalkan ideologi ini juga percaya bahawa ia perlu memelihara segala bentuk amalan atau tradisi yg lama seperti pemerintahan raja berkuasa mutlak dan pemerintahan yg bersifat autoriti penuh. Mereka juga percaya bahawa sebarang masalah sosial yg dihadapi oleh masyarakat haruslah diselesaikan oleh 2 institusi yg utama iaitu institusi keluarga dan agama.
Pendekatan untuk keadilan sosial
Negara yg mempunyai ideologi beraliran kiri menyokong usaha-usaha ke arah persamaan hak. Mereka berpendapat bahawa semua orang dalam negara tersebut mempunyai hak terhadap semua perkhidmatan sosial dalam negara tersebut. Mereka juga berpendapat bahawa sumber dalam negara haruslah diagihkan secara sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Golongan ibu tunggal dan golongan tua berpendapatan rendah di negara Sweden tidak perlu bergantung sepenuhnya terhadap sistem bantuan sosial awamnya kerana negara tersebut mempunyai sistem pencen dan sistem manfaat pekerjaan yg baik.
Negara yg mengamalkan ideologi kebajikan kanan ingin mengekalkan ketaksamaan sosial yg wujud dalam masyarakat kerana mereka berpendapat ketaksamaan adalah ideal untuk mewujudkan sebuah masyarakat yg sejahtera. Mereka beranggapan bahawa org yg menerima bantuan perkhidmatan sosial daripada kerajaan tidak mempunyai insentif untuk memajukan diri mereka serta mereka hanya akan bergantung kepada kerajaan sepanjang hayat. Negara yg mengamalkan ideologi ini juga beranggapan bahawa ketaksamaan amatlah ideal untuk mewujudkan suasana yg harmoni kerana tidak akan ada pihak akan mencemburui pihak lain.
Pandangan terhadap peranan dan tanggungjawab kerajaan
Kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya dalam membiayai dan menyediakan serangkaian perkhidmatan sosial kepada rakyat secara penyediaan awam. Negara ini beranggapan bahawa pihak kerajaan haruslah menyediakan segala hal-ehwal kebajikan iaitu bermula daripada pembiayaan kewangan, penyediaan, pengeluaran dan penyampaian perkhidmatan sosial. Pihak kerajaan bertindak sebagai pencelah dalam menyelesaikan masalah sosial yg dihadapi oleh masyarakat. Antara intervensi yg diambil oleh kerajaan adalah memanjangkan cuti berbayar apabila pekerja sakit, cuti bersalin, menyediakan perkhidmatan penjagaan anak dan sebagainya.
Negara yg mengamalkan ideologi kebajikan aliran kanan mengagihkan sumber-sumber dalam negara mengikut hak-hak khusus. Sebagai contoh, bantuan sosial awam hanya diberikan kepada golongan-golongan yg benar-benar memerlukannya seperti org kurang upaya, org miskin dan anak yatim piatu. Bantuan sosial awam yg diberikan juga tidak boleh melebihi daripada had keperluan asasi manusia. Kerajaan tidak bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan sosial. Apabila seseorang individu memerlukan bantuan, dia haruslah meminta daripada keluarganya, komuniti atau badan sukarela. Kerajaan hanya akan membantu apabila institusi-institusi ini gagal menjalankan fungsinya. Pihak kerajaan hanyalah sebagai pelengkap dalam penyampaian  perkhidmatan sosial.  Ia juga tidak menggalakkan usaha negara berkaitan dengan penyediaan institusi kebajikan sosial awam.
Pandangan terhadap tabii manusia
Negara yg mengamalkan ideologi beraliran kiri menganggap bahawa setiap orang mempunyai keperimanusiaan dalam diri mereka. Ia percaya bahawa setiap manusia tidak mementingkan dirinya sendiri. Setiap manusia memandang berat kepada kepentingan dan kebajikan anggotanya serta mempunyai kerjasama yg baik. Sebagai contoh, Sweden menyediakan keperluan sosial kepada semua rakyatnya tanpa mengira status. Setiap rakyat akan dapat menikmati perkhidmatan sosial tanpa mengira tua atau muda, miskin atau kaya.
Negara yg mengamalkan ideologi kebajikan beraliran kanan pula percaya bahawa setiap manusia mempunyai sifat individualistik. Manusia hanya mementingkan diri sendiri.Oleh sebab itu, manusia tidak boleh bekerjasama untuk mewujudkan kesejahteraan hidup. Masyarakat yg menerima bantuan daripada kerajaan akan dianggap sebagai individu yg malas berusaha dan memajukan diri di mata org lain. Masyarakat yg mendapat bantuan daripada pihak kerajaan akan dicemburui oleh anggota masyarakat lain.
Pandangan mengenai negara kebajikan
Negara yg mengamalkan ideologi kebajikan aliran kiri menyokong kewujudan sebuah negara kebajikan. Mereka beranggapan bahawa sesebuah negara haruslah mewujudkan sistem negara kebajikan supaya dapat menjamin kesejahteraan rakyat. Mereka percaya bahawa sesebuah negara kebajikan dapat menjamin keperluan rakyatnya dipenuhi. Apabila keperluan rakyat dapat dipenuhi, ekonomi dan politik negara juga akan dapat dijamin berkembang dengan pesat. Negara yg berideologi kebajikan kiri menyokong kewujudan model kebajikan institusional.
Negara yg mengamalkan ideologi kebajikan kanan pula menentang dengan kewujudan amalan sebuah negara kebajikan. Mereka berpendapat bahawa negara kebajikan hanya akan membawa impak negatif kepada negara. Negara kebajikan akan melahirkan rakyat yg malas berusaha dan memajukan dirinya sendiri. Oleh itu, mereka amat menentang dengan idea mewujudkan negara kebajikan. Sekiranya perlu sebuah negara kebajikan, ia menyokong model kebajikan residual.


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa