Faktor-faktor
yang Mempengaruhi Proses Penyampaian Perkhidmatan Sosial
1)
Liputan dan Komprehensif
Barang,
benda atau sumber yang terhad telah menyebabkan liputan menjadi sangat terhad
dan kecil. Hal ini menyebabkan ramai yang tidak menerima bantuan yang
sepatutnya. Sebagai contoh, bantuan kewangan tidak dapat diberikan kepada
rakyat di luar bandar kerana sumber yang terhad. Selain itu, liputan yang tidak
luas juga menyebabkan penduduk tidak tahu untuk memohon bantuan yang ada.
Misalnya, penduduk di luar bandar tidak mendapat maklumat tentang bantuan
tersebut. Warga emas di luar bandar susah untuk memohon bantuan orang tua
kerana mereka tidak tahu wujudnya bantuan tersebut ataupun bantuan tersebut
amat terhad dan menyebabkan permohonan mereka ditolak.
2)
Keutamaan Sosial
Bantuan
tersebut diberikan kepada orang yang berpengaruh serta mempunyai kedudukan dalam
bidang politik. Orang yang mempunyai status yang baik serta mulia akan
diberikan keutamaan dalam pemberian bantuan. Contoh, orang yang mempunyai
kedudukan yang mulia dan tinggi dalam masyarakat seperti Datuk, Dato atau Datin
dan lain-lain akan diberikan keutamaan dalam memberi bantuan walaupun mereka
tidak memerlukannya. Oleh itu, pegawai kebajikan harus dilatih supaya dapat
membezakan antara keperluan dan keinginan supaya hanya golongan yang
benar-benar berkelayakan sahaja dapat menerima bantuan tersebut. Pegawai
kebajikan seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab serta bertindak adil kepada
semua orang.
3)
Kecekapan dan Keberkesanan
Sumber
yang diagihkan kepada pemohon haruslah cekap dan berkesan supaya penerima dapat
menikmati bantuan tersebut. Sistem penagihan yang tidak cekap serta tidak
berkesan akan menyebabkan pemohon tidak dapat menikmati sumber tersebut.
Sebagai contoh, bagi pemohon yang memohon bantuan, segala pengisian
borang-borang seharusnya dihapuskan supaya pemohon dapat membuat permohonan dengan
lebih cepat. Selain itu, pegawai di pejabat juga seharusnya lebih efisien dan
cekap dalam mengendalikan pekerjaan mereka. Mereka tidak sepatutnya melakukan
pekerjaan dengan sambil lewa.
4)
Ekuiti
Setiap
orang seharusnya dilayan secara saksama dan adil. Sumber yang diagihkan
seharusnya sama jumlah dan pemohon sepatutnya menerima jumlah yang sama.
Contoh, negara Sweden mengagihkan semua perkhidmatan sosialnya secara adil dan
saksama kepada rakyatnya tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
5)
Keadilan Sosial
Semua
orang mempunyai hak ke atas bantuan tersebut. Tidak ada seorang pun yang akan
dikecualikan daripada memohon bantuan tersebut. Namun keutamaan akan diberikan
kepada pemohon yang benar-benar berkelayakan. Hal ini demikian kerana kita
haruslah berlaku adil kepada orang yang lebih memerlukan daripada kita.
Comments
Post a Comment