Skip to main content

Gender: Mitos Berkaitan dengan Rogol


1.      Hanya Beberapa Jenis Wanita Sahaja yang Dirogol
Kebanyakan wanita tidak mengambil serius tentang kemungkinan mereka akan menjadi mangsa rogol. Kes rogol ini hanya akan berlaku ke atas wanita lain dan dilihat sebagai jenayah mengerikan bagi sesetengah wanita sahaja. Mereka percaya hanya wanita yang berpakaian seksi, cantik dan muda serta sentiasa bergaul dengan lelaki sahaja yang akan menjadi sasaran perogol. Dalam realiti, mangsa rogol tidak mengira umur, jantina dan ia akan terjadi kepada sesiapa sahaja sama ada dalam lingkungan kanak-kanak sehingga orang tua. Rupa seseorang tidak akan menjadi pertimbangan seseorang dirogol. Perogol akan menyerang mana-mana sahaja wanita yang kelihatan lemah dan berpeluang untuk dirogol. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak berumur 9 tahun dirogol dan dibunuh semasa dalam perjalanannya pergi membeli sarapan pagi.

2.      Rogol Dilakukan Oleh Orang yang Tidak Dikenali
Terdapat kepercayaan bahawa rogol dilakukan oleh orang yang tidak dikenali yang muncul dari belakang secara tiba-tiba atau bersembunyi di sebalik semak-samun untuk menunggu mangsanya. Wanita yang bercakap dan mengikut orang yang tidak dikenali berkemungkinan akan menjadi mangsa rogol. Wanita yang minum dan menerima tumpangan daripada orang yang tidak dikenali meletakkan diri mereka dalam keadaan bahaya yang akan menyebabkan perogolan berlaku. Realitinya, statistik daripada pihak polis telah menunjukkan bahawa 80% kes rogol di mana mangsa rogol mengenali perogol. Terdapat hanya kadar yang rendah sahaja kes rogol dilakukan oleh orang yang tidak dikenali. Perogol mungkin terdiri daripada ahli keluarga, jiran, rakan sebaya atau teman mangsa. Sebagai contoh, terdapat kes di mana ayah kandung merogol anak kandungnya sendiri atau abang merogol adiknya kandungnya sendiri.

3.      Rogol Hanya Berlaku di Tempat yang Sunyi dan Gelap
Kebanyakan wanita beranggapan bahawa rogol hanya berlaku di tempat yang sunyi, gelap dan berbahaya. Oleh itu, hanya wanita yang berjalanan secara bersendirian di tempat sunyi dan gelap seperti jalan yang sunyi dan lorong belakang hanya akan dirogol. Secara realitinya, memang terdapat kes rogol di mana berlaku di tempat yang sunyi dan gelap namun statistik menunjukkan 69% kes rogol berlaku di rumah atau bangunan seperti sekolah, masjid dan lain-lain. Misalnya, 26 kes rogol dilaporkan pada tahun 1987 berlaku di tempat yang dianggap selamat seperti sekolah, masjid atau dalam kereta api.

4.     Perogol adalah Orang yang Mempunyai Masalah Mental atau Penjenayah
Terdapat ramai orang yang percaya bahawa perogol merupakan orang yang sakit atau mempunyai masalah mental. Mereka merogol adalah kerana mereka sakit atau seksual kecewa. Perogol sering dikaitkan dengan lelaki kaki seks, lelaki yang sakit mental serta penjenayah seperti perompak, pencuri dan lain-lain. Ramai orang beranggapan bahawa lelaki normal tidak mungkin akan merogol. Secara realitinya, terdapat kes rogol di mana dilakukan oleh lelaki yang normal. Sebagai contoh, terdapat lelaki yang memakai pakaian yang kemas, memakai kasut dan lain-lain melakukan perogolan. Lelaki-lelaki ini beranggapan bahawa mereka mempuyai hak ke atas badan wanita tersebut yang menggalakkan mereka melakukan perogolan tersebut.

5.      Lelaki Tidak Boleh Mengawal Nafsu sebab itu Mereka Merogol
Ramai orang beranggapan bahawa lelaki tidak boleh mengawal nafsu mereka sehingga mereka merogol. Kebanyakan mereka mempunyai nafsu yang meletup-letup apabila melihat wanita yang berpakaian seksi, muda dan cantik. Hal ini menyebabkan lelaki merogol wanita dan wanita sering dipersalahkan kerana mereka berpakaian seksi untuk mengundang lelaki tersebut. Hakikatnya, kes rogol sering dilakukan melalui perancangan. Sebagai contoh, perogol meletakkan ubat ke dalam minuman atau makanan ataupun perogol telah melihat segala tindak laku mangsa seperti tempat tinggal mangsa, pukul berapa mangsa keluar dari rumah dan sebagainya sebelum melakukan perogolan.

6.      Rogol adalah Perlakuan Seksual
Rogol dianggap sebagai perlakuan seksual kerana lelaki dianggap mempunyai nafsu yang tinggi dan wanita pula merupakan tempat untuk mereka melepaskan nafsu mereka. Hal ini terjadi kerana wujudnya sistem patriarki di mana lelaki mempercayai bahawa mereka mempunyai hak ke atas wanita dan juga badan mereka. Mereka boleh melakukan apa-apa sahaja ke atas badan wanita. Sebagai contoh, bagi lelaki yang sudah berkahwin ia menjadi tanggungjawab isteri untuk menjaga kepuasan nafsu suami mereka. Bagi lelaki yang belum berkahwin pula, mereka boleh mencari wanita-wanita lain seperti pelacur untuk memuaskan nafsu mereka. Rogol dilhat sebagai suatu tindakan seksual bukannya keganasan. Lelaki yang merogol dilihat sebagai maskulin. Hakikatnya, rogol itu merupakan salah satu perbuatan mengganas dan boleh menyebabkan maut jika tidak dihalang. Sebagai contoh, terdapat mangsa rogol yang telah dibunuh oleh perogol yang tidak berhati perut dan ada juga yang diseksa secara meletakkan benda-benda di bahagian bawah.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa