| NASW
(National Association of Social Work, 1973)
« Kerja sosial merupakan aktiviti profesional untuk
menolong individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan
keupayaan mereka bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membentuk
“societal” yang baik bagi mencapai matlamat masing – masing
| IFSW
(International Federation of Social Workers, 2000)
« Kerja sosial sebagai satu profesion yang menggalakkan
perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam konteks perhubungan serta
memperkasa individu dalam mengecapi kesejahteraan hidup
|
Kerja sosial adalah satu profesion meliputi perkhidmatan
memberi tumpuan kepada menangani masalah, meningkatkan kefungsian sosial,
meningkatkan kapasiti serta menggalakkan pencapaian taraf kehidupan berkualiti
untuk individu, keluarga, kumpulan dan komuniti
may i know if "cikgu" is one of social worker right or not ? i'm a little bit confius about pekerja sosial
ReplyDeleteYup... Teacher also
DeleteYa. Cikgu pun merupakan pekerja sosial.
DeleteBoleh saya tahu perbezaan antara kerja sosial dan kauseling? Kerana bagi saya keduanya adalah satu perbuatan yg hampir sama..
ReplyDeleteYa. Kerja sosial dan kaunseling hampir sama tetapi ada perbezaannya. Seperti maksud yang telah saya berikan di atas, itulah maksud kerja sosial. Bagi orang yang menjadi pekerja sosial, bidangnya adalah lebih luas daripada orang yang menjadi kaunselor. Pekerja sosial mempunyai rantaian yang lebih luas daripada kaunselor apabila mereka perlu menyelesaikan sesuatu kes. Selain itu, kaunselor memberi tumpuan kepada mencapai kesihatan mental dan pencapaian hidup klien mereka tetapi pekerja sosial pula membantu klien mereka untuk berfungsi secara baik terhadap persekitaran mereka sekaligus memberi kesan kepada perubahan sosial klien mereka. Kaunseling lebih kepada memberi khidmat kaunseling ataupun terapi manakala kerja sosial pula memberikan perkhidmatan sosial dan menghubungkan klien dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Ini apa yang saya faham tentang kerja sosial dan kaunseling la ya.
Delete