Definisi
Personaliti
|
Jumlah cara
keseluruhan di mana seseorang individu bertindak balas dan berinteraksi dengan
orang lain
THE
BIG FIVE PERSONALITY MODEL
Personaliti
|
Huraian
|
Ekstroversi (Extraversion)
|
Ekstroversi seorang yang peramah, tegas, pemujuk dan aktif manakala
introversi pula seorang yang pendiam, pasif dan menyendiri
|
Kesetujuan (Agreeableness)
|
Seseorang yang tinggi dalam kesetujuan merupakan mereka yang seronok
didekati, baik hati, bersopan-santun, peramah, bersimpati dan mudah
bekerjasam manakala mereka yang rendah dalam kesetujuan pula suka mencari
salah orang lain, langsang, suka bertengkar dan bermusuhan
|
Berhemah dan berhati-hati (Conscientiousness)
|
Mereka ini merupakan seseorang yang suka berdikari, tersusun, boleh
dipercayai, bertanggungjawab, konsisten, bekerja keras dan tabah manakala
bertentangan dengan mereka yang suka bergantung, kucar-kacir, tidak boleh
dipercayai, tidak bertanggungjawab, tidak berhati-hati dan malas
|
Kestabilan emosi (Emotional Stability)
|
Mereka yang mempunyai emosi yang stabil ini tenang, relaks serta
mempunyai keyakinan diri yang tinggi daripada mereka yang tidak mempunyai
emosi stabil seperti resah, gelisah, kemurungan dan berasa tidak selamat
|
Terbuka kepada pengalaman (Openness to experience)
|
Mereka yang terbuka kepada pengalaman cenderung untuk mencari pengalaman
yang baru, kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Mereka yang tidak terbuka
kepada pengalaman pula cenderung menutup pemikiran dan praktikal dan minatnya
sempit
|
Definsi
Nilai (Values)
|
Nilai-nilai
telah ditakrifkan sebagai cita-cita atau kepercayaan yang seseorang memegang
|
Kepercayaan
yang tahan lama dan mempunyai nilai dan kepentingan dalam kehidupan kita
Jarak Kuasa (Power Distance)
|
Sifat kebudayaan kebangsaan yang menggambarkan sejauhmana masyarakat yang
menerima kuasa itu dalam institusi dan organisasi diedarkan secara tidak sama
rata. Jarak kuasa yang mendapat rating yang tinggi bermaksud wujud
ketidaksamaan dalam kekuasaan dan kekayaan di dalam sesebuah masyarakat
manakala yang sebaliknya pula menyatakan bahawa setiap orang membawa peluang
dan tekanan yang sama
|
Individualisme vs Kolektivisme (Individualism vs Collectivism
|
Individualisme bermaksud sejauhmana seseorang itu lebih suka bertindak
secara individu berbanding bekerja dalam pasukan. Kolektivisme pula bermaksud
seseorang suka bekerjasama dalam pasukan dan mengharapkan ahli lain untuk
menjaga mereka
|
Maskulin vs Feminin (Masculinity vs Femininity)
|
Melihat lelaki sebagai yang dominan dan mempunyai segala kuasa dan
kawalan terhadap orang lain. Maskulin yang mendapat rating yang tinggi
bermaksud lelaki mendominasi dan peranannya adalah dipandang tinggi. Feminin
pula bermaksud cuam ada perbezaan yang sedikit antara peranan lelaki dan
perempuan. Feminin yang mendapat rating yang tinggi bermaksud bahawa
perempuan dilayan secara adil di dalam masyarakat tersebut
|
Pengelakkan yang Tidak Pasti (Uncertainty Avoidance)
|
Sifat kebudayaan kebangsaan yang menggambarkan sejauhmana masyarakat yang
berasa terancam oleh keadaan tidak menentu dan tidak jelas dan cuba untuk
mengelakkan mereka. Dalam masyarakat yang mempunyai rating yang tinggi dalam
pengelakkan yang tidak pasti menunjukkan mereka berasa gelisah dan risau
terhadap ketidakpastiaan serta menggunakan undang-undang untuk mengawal
ketidakpastiaan. Budaya yang mendapat rating yang rendah pula menunjukkan
mereka lebih bersedia untuk mengambil risiko serta menerima perubahan
|
Orientasi Jangka Panjang vs Jangka Pendek (Long Term vs Short Term
Orientation)
|
Orientasi jangka panjang merupakan sifat kebangsaan yang menekankan masa
depan, berjimat cermat dan ketekunan manakala orientasi jangka pendek pula
merupakan sifat kebudayaan kebangsaan yang menekankan masa lalu dan kini,
menghormati tradisi dan memenuhi tanggungjawab sosial
|
Terdapat sejulat sifat yang boleh menggambarkan
personaliti seseorang di tempat kerja. Mengenali sifat ini amat penting kerana
secara relatif sifat ini adalah konsisten merentasi masa dan situasi dari segi
sikap dan tingkah laku. Bezakan antara narsissisme dan personaliti A dan
jelaskan bagaimana sifat ini dapat meramal tingkah laku di tempat kerja
berserta contoh yang sesuai.
Narsissisme
|
Personaliti A
|
| Kecenderungan untuk menjadi sombong, mempunyai rasa
hebat terhadap diri sendiri, mempunyai kekaguman yang berlebihan terhadap
diri sendiri dan rasa diri adalah sangat hebat
| Narsissisme ini selalunya merasakan diri mereka lebih
hebat daripada orang lain, iaitu mereka lebih berkelayakan menjadi pemimpin
berbanding dengan rakan sekerja yang lain
| Penyelia mereka selalunya mengganggap mereka ini lebih
teruk daripada orang lain
| Orang yang mempunyai personaliti ini akan memandang
rendah kepada orang lain, mereka perlu orang lain memberi perhatian dan kagum
dengan mereka
| Mereka selalunya akan memburuk-burukkan sesiapa yang
mengancam mereka
| Mereka juga sangat pentingkan diri mereka sendiri dan
percaya bahawa kewujudan orang lain adalah untuk kepentingan mereka
| Orang yang mempunyai personaliti ini pula mungkin akan
suka mengarahkan orang lain untuk membuat kerja bagi pihak mereka
| Mereka ini juga mungkin bercakap besar tetapi apabila
diberikan kerja mereka tidak dapat menyelesaikannnya
| Mereka juga tidak mungkin akan membantu orang lain yang
berada dalam kesusahan kerana orang dengan personaliti ini mementingkan diri
mereka sendiri
|
| Penglibatan yang agresif, perjuangan yang tidak
berhenti-henti untuk mencapai sesuatu dalam masa yang pendek dan jika perlu
mereka akan berlawanan dengan orang dan perkara-perkara lain yang menghalang
mereka
| Mereka dengan personaliti A ini selalunya akan berjalan
dan makan dengan kadar yang cepat, berasa sangat tidak sabar, akan berfikir
dua perkara pada satu masa, tidak boleh menghadapi dengan masa lapang dan
mereka adalah sangat taksub dengan nombor
| Orang yang dengan personaliti ini mungkin akan bekerja
dalam kadar yang cepat. Mereka akan siapakan kerja yang diberikan oleh
penyelia atau bos dalam masa yang sangat singkat
| Masa rehat mereka juga sangat pendek kerana mereka
makan dengan cepat dan mereka tidak tahu untuk buat apa apabila ada masa yang
lapang
| Mereka juga akan sentiasa mengira projek-projek atau
kerja-kerja yang telah diberikan kepada mereka kerana mereka sangat taksub
dengan nombor
| Orang dengan personaliti ini juga akan sentiasa
menyibukkan diri mereka dengan pelbagai pekerjaan
|
Values are an integral part of the personal philosophy of life by which we generally mean the system of values by which we live. The philosophy of life includes our aims, ideals, and manner of thinking and the principles by which we guide our behavior.
ReplyDelete