Skip to main content

Sistem Kebajikan: Peraturan Kelayakan

Konsep Peraturan Kelayakan
Peraturan kelayakan merupakan syarat, ciri, keadaan atau situasi yg membolehkan atau mengesahkan pemberian atau penerimaan perkhidmatan sosial kepada seseorang individu, masyarakat atau komuniti tertentu. Peraturan kelayakan juga merujuk kepada cara atau bagaimana perkhidmatan atau bantuan sosial diagihkan kepada masyarakat berkeperluan atau kumpulan sasaran. Kelayakan individu, masyarakat atau komuniti menerima bantuan atau perkhidmatan sosial ditentukan oleh sekumpulan sosial, ekonomi atau fizikal tertentu.

Fungsi Peraturan Kelayakan
Peraturan kelayakan digunakan untuk menentukan sekurang-kurangnya 4 perkara berikut (Chambers 2000)
1.      Siapa yg layak menerima bantuan perkhidmatan sosial
2.      Berapa banyak atau kuantiti bantuan yg diterima/diberikan
3.      Tempoh masa bantuan tersebut diberikan
4.      Apakah syarat atau keadaan-keadaan yg melayakkan seseorang mendapat /menerima bantuan sosial
Peraturan kelayakan membolehkan agensi-agensi yang mentadbir urus sesebuah program, perkhidmatan atau bantuan sosial untuk memilih individu yang benar-benar berkelayakan sahaja untuk menerima bantuan. Peraturan kelayakan ini juga membantu pegawai yang bertugas untuk menentukan saiz dan bentuk bantuan yang berseseuaian supaya penerima berkelayakan mendapat bantuan yang sesuai dengan mereka. Selain itu, peraturan kelayakan juga menyediakan tempoh masa pemberian sesuatu bantuan. Peraturan kelayakan yang berkesan adalah peraturan yang menentukan tempoh pemberian bantuan iaitu rangka masa pemberian berkenaan perlu disalurkan dan dihentikan. Di samping itu, peraturan kelayakan ini juga memberi panduan kepada pegawai-pegawai untuk memilih penerima bantuan yang benar-benar berkelayakan saja untuk terima bantuan dengan melihat kepada keadaan sesetengah masyarakat.

Jenis-jenis Peraturan Kelayakan
1.      Tahap Pendapatan
·    Peraturan kelayakan berasaskan tahap pendapatan digunakan untuk mengesahkan individu memperoleh bantuan sosial. Keadaan ini lebih mudah dilihat kerana ia dapat dilihat dan diukur menerusi tahap ekonominya. Ketidakmampuan individu memenuhi keperluan asasinya lebih mudah dilihat menerusi jumlah dan nilai wang yg dimiliki atau menerusi pemilikan aset. Lazimnya, individu yg miskin merupakan individu yg tidak mempunyai wang yg cukup untuk membeli keperluan harian dan perkhidmatan asasi. Justeru, pelbagai indeks kemiskinan yg berasaskan tahap pendapatan dibina dan dijadikan sebagai panduan kepada kelayakan individu memohon dan menerima perkhidmatan atau bantuan sosial awam yg disediakan untuk org miskin. Antara contoh-contoh bantuan sosial awam yg menggunakan peraturan kelayakan ini ialah semua skim bantuan Am, Bantuan Penyaraan Orang Tua, Bantuan Elaun Pekerja Cacat dan Bantuan Orang Kurang Upaya, Skim Rancangan Makanan Tambahan, Skim Susu Percuma dan Skim Pinjaman Buku Teks sekolah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

2.      Sumbangan/Caruman Terdahulu
·   Peraturan kelayakan berasaskan sumbanga/caruman terdahulu selalunya berkait rapat dengan sumbangan yg pernah dibuat oleh individu semasa bekerja. Hanya individu yg ada membuat caruman mandatori sahaja layak menerima serangkaian manfaat sosial yg disediakan oleh organisasi perlindungan sosial berkenaan. Lazimnya merujuk kepada potongan mandatori sejumlah pendapatan yg dibuat secara bulanan oleh mandatori pekerja kepada organisasi perlindungan sosial yg dilantik oleh kerajaan. Sebagai contoh, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO), skim pencen awam. Skim Pencen Ilat hanya dikhaskan kepada pekerja yg mengalami kecacatan akibat kemalangan di tempat kerja dan telah@sedang membuat caruman. Skim kemudahan kesihatan hanya diterima oleh pekerja dan ahli keluarga dalam tanggungannya kerana pekerja tersebut telah dan sedang membuat caruman wajib ke dalam organisasi perlindungan sosial awam menerusi majikannya.

3.      Penglibatan dalam Pasaran Buruh/Pekerjaan
·   Caruman mandatori mempunyai kaitan rapat dengan penyertaan individu dalam pasaran buruh iaitu pekerjaan yg dilakukan. Hanya individu yg bekerja sahaja memperoleh upah/gaji. Caruman mandatori diambil daripada sebahagian kecil upah/gaji pekerja. Di samping itu, setiap jenis pekerjaan yg berbeza juga menyediakan serangkaian manfaat pekerjaan untuk pekerja dan anggota keluarga di bawah tanggungan pekerja. Kelayakan utama setiap manfaat pekerjaan ini ialah pekerja yg telah/sedang membuat caruman. Contohnya elaun sewa rumah, skim pembelian rumah dan skim bantuan pendidikan anak.

4.      Perjanjian Persendirian
·    Bagi mereka yg tidak pernah membuat caruman terdahulu, tidak bekerja atau bekerja sendiri lazimnya mempunyai tabungan sendiri dengan agensi perlindungan sosial persendirian. Ramai individu yg membeli insurans peribadi  untuk diri sendiri serta ahli keluarga. Syarikat-syarikat insurans menyediakan pelbagai pakej insurans kesihatan, pendidikan, kemalangan dan harta benda. Setiap pakej tersebut mempunyai serangkaian peraturan dan syarat khusus yg berkaitan dengan hal ehwal tuntutan apabila berlaku malapetaka atau apabila ingin digunakan untuk tujuan pendidikan atau pembelian aset. Syarat-syarat ini selalunya dipersetujui oleh individu yg membeli insurans dengan pihak yg menjual insurans. Individu yg ingin menuntut simpanan yg telah dibuat bergantung kepada syarat-syarat yg telah dipersetujui. Misalnya, semua insurans kemalangan telah menetapkan kematian yg disebabkan oleh bunuh diri atau disengajakan tidak layak membuat tuntutan.

5.      Peraturan dan Undang-undang Pentadbiran
·   Perkhidmatan sosial di kebanyakan negara ditadbir urus oleh sama ada sebauh organisasi khusus (Jabatan Kebajikan Masyarakat) atau serangkaian organisasi sosial yg saling kaitan (Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan). Setiap organisasi ini mempunyai serangkaian peraturan, prosedur kerja dan terma yg bertindak sebagai panduan dalam menguruskan pelanggan masing-masing khususnya yg berkaitan dengan jenis perkhidmatan dan bantuan sosial yg diselia serta panduan yg perlu diikuti dalam pemberian bantuan. Sebagai contoh, Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengikut prosedur dan peraturan yg telah ditetapkan oleh organisasi tersebut dalam memberikan bantuan /menjalankan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

6.      Penilaian dan Pertimbangan Profesional Para Pentadbir dan Pakar yg Mengendali Bantuan/ Manfaat
·  Setiap organisasi perkhidmatan sosial mempunyai sumber manusia sama ada bertahap profesional atau separa profesional bagi mengendalikan urus perkhidmatan masing-masing. Kakitangan ini bekerja mengikut prosedur dan peraturan perkhidmatan yg ditetapkan. Namun dalam sesetengah kes khusus, kakitangan perlu menggunakan pertimbanga dan budi bicaranya dalam memberikan perkhidmatan sosial atau bantuan. Keputusan yg dibuat oleh kakitangan ini berdasarkan pengalamannya serta kepakaran, bukannya bersifat peribadi atau emosional. Misalnya, seseorang pegawai kebajikan yg dilantik sebagai “pelindung” lazimnya akan menggunakan budi bicaranya untuk memberi bantuan kepada orang tua yg tiada tempat tinggal kerana mengikut pengalaman kerjanya jika org tua tersebut tidak diberikan tempat tinggal dia akan tidur di tepi jalan dan ini mungkin akan membahayakan nyawanya.

7.      Keputusan Badan Kehakiman


·  Prosedur kerja, peraturan kerja dan terma-terma pengendalian perkhidmatan mempunyai kaitan rapat dengan institusi kehakiman sesebuah negara. Ketidakpatuhan atau kegagalan sesebuah organisasi untuk mematuhi peraturan, prosedur dan terma akan dikenakan tindakan atau dihukum oleh mahkamah. Kadang-kala mahkamah boleh membuat keputusan semula bagi keputusan yg telah ditentukan oleh organisasi tersebut. Sebagai contoh, Mahkamah Kanak-kanak boleh mengeluarkan kenyataan untuk membawa seseorang kanak-kanak yang dianggap sebagai dalam keadaan bahaya untuk dipindahkan ke tempat yang selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa