Skip to main content

Gender: Konsep-Konsep

Gender
Gender merupakan persepsi, perlakuan dan tindak tanduk individu masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi yang berbeza peranan, tanggungjawab, pengagihan kuasa, sumber-sumber dan hak-hak di antara lelaki dan perempuan. Gender terbentuk melalui konstruk sosial, ekonomi, politik dan budaya. Gender adalah berbeza-beza dan ia boleh berubah mengikut masa. Selain itu, gender boleh merentasi budaya. Gender juga merupakan pelbagai peranan dibina secara sosial dan hubungan, personaliti, tingkah laku, nilai, kuasa relatif dan pengaruh masyarakat. Gender juga dikaitkan peluang-peluang berkaitan dengan menjadi lelaki atau perempuan pada masa tertentu. Gender itu merupakan persepsi seseorang tentang sifat-sifat tentang lelaki dan perempuan.  Gender juga mempunyai kaitan dengan maskulin dan feminin.

Contoh
Sejak kecil lagi, lelaki dan perempuan diajarkan untuk menjadi seseorang yang mengikut persepsi dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat. Budak lelaki akan memilih untuk bermain permainan yg bersifat pengembaraan atau perlumbaan kereta manakala budak perempuan pula akan bermain anak patung ataupun permainan masak-memasak. Budak perempuan juga akan diajar bagaimana untuk memasak, mecuci dan menjaga anak manakala budak lelaki pula diajar untuk mengangkat barangan yang berat. Budak lelaki diajar dari sejak kecil lagi agar tidak mudah beremosi dan menangis manakala budak perempuan diajar supaya berlemah-lembut, bersopan-santun dan berbudi pekerti serta harus beremosi.

Jantina/Seks
Jantina adalah ditentukan pada kelahiran iaitu untuk mengenal pasti sebagai bayi perempuan (kromosom 2X) atau bayi lelaki (1X 1Y). Jantina adalah ciri-ciri biologikal dan fisiologi iaitu rupa paras, bentuk badan, kromosom dan hormon serta tidak boleh diubah kecuali melakukan pembedahan. Jantina juga boleh dikaitkan dengan ciri-ciri genetik, anatomi, kromosom, hormon dan perbezaan fizikal antara lelaki dan perempuan. Jantina bukan semata-mata pembolehubah dikotomi. Jantina juga dapat dibezakan melalui sistem reproduksi dan struktur pembiakan. Lelaki menghasilkan sperma manakala perempuan menghasilkan telur dan juga melahirkan anak. Jantina juga dikaitkan dengan sifat-sifat dan perasaan dalaman seseorang sebagai seorang lelaki, perempuan atau kedua-duanya. Jantina juga dikaitkan dengan hormon perempuan dan juga lelaki iaitu androgen dan estrogen.

Maskulin dan Feminin
Maskulin dan feminin mempunyai kaitan dengan seksualiti. Maskulin membawa maksud ciri-ciri kelelakian manakala feminin pula berkaitan dengan ciri-ciri kewanitaan. Maskulin hanya khas untuk lelaki manakala feminin pula khas untuk wanita. Maskulin mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kelelakian seperti bijak, berwawasan, rasional, tidak mudah beremosi, gagah, kuat,berdikari dan lain-lain. Feminin pula berkaitan dengan sifa-sifat kewanitaan seperti lemah-lembut, berbudi pekerti, lemah, bersopan-santun, sensitif, beremosi dan lain-lain. Konsep maskulin dan feminin ini telah diserapkan ke dalam diri setiap manusia apabila mereka dilahirkan. Sebagai contoh, budak lelaki telah diajar bahawa mereka tidak boleh mudah beremosi atau menangis. Budak lelaki yg menangis akan dilihat sebagai tidak maskulin. Selain itu, budak lelaki akan menolong ayahnya untuk membuat kerja yg berat dan mereka akan belajar bagaimana untuk berdikari. Budak perempuan pula akan menolong ibu mereka memasak atau menjaga adik. Budak perempuan juga akan diajar bersifat lemah-lembut dan beremosi. Mereka tidak dibenarkan untuk berkelakuan  seperti lelaki kerana ia akan bercanggah dengan sifat feminin.

Contoh
Lelaki haruslah memilih pekerjaan yang bersifat maskulin seperti doktor, engineer, peguam, mekanik dan lain-lain. Wanita pula digalakkan untuk memilih pekerjaan seperti guru tadika, jururawat atau suri rumah yang dianggap sebagai feminin. Wanita juga digalakkan untuk menangis dan beremosi manakala lelaki pula tidak digalakkan untuk menangis atau beremosi.

Patriarki
Patriarki merupakan struktur yang mendominasikan kaum lelaki. Kaum lelaki yg akan mendominasi dan mengeksploitasi wanita. Patriarki juga bermaksud bapa sebagai ketua keluarga atau pemimpin iaitu mempunyai kuasa dan autoriti dalam rumah tangga. Bapa dipercayai mempunyai kuasa ke atas isteri, anak-anak perempuan yg belum dewasa dan juga harta benda. Patriarki juga merupakan satu sistem yg mendominasi dan mengeksploitasi wanita. Selain itu, patriarki juga merupakan satu sistem sosial amalan-amalan di mana lelaki mendominasi wanita dan menindas serta mengeksploitasi wanita. Patriarki juga dikaitkan dengan pengeksploitasian suami ke atas tenaga kerja wanita, hubungan dalam tenaga kerja berupah, hubungan dengan negara, keganasan lelaki, seksualiti dan budaya. Patriarki juga memperlihatkan lelaki dipandang tinggi daripada wanita. Dalam satu kajian di mana orang-oramg dewasa telah didedahkan kepada bayi yg tidak diketahui jantinanya namun mereka beranggapan bahawa bayi tersebut merupakan bayi lelaki. Bentuk-bentuk patriarki juga dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita seperti rumah tangga, pekerjaan dan lain-lain. Sebagai contoh, suami akan menjadi ketua keluarga dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah manakala isteri pula akan menjaga anak dan memasak serta menyokong suaminya. Patriarki private adalah berasakan rumah tangga sebagai tapak pemindahan wanita. Patriarki publik pula adalah berasaskan pekerjaan dan negara sebagai tapak pemindahan wanita.

Matriarki
Perkataan matriarki berasal daripada bahasa Yunani iaitu matri bereti ibu manakala arki bermaksud memerintah. Matriarki merupakan satu bentuk masyarakat yg mementingkan susur galur keturunan di sebelah ibu. Matriarki juga membawa maksud bahawa sistem ini mendominasi kaum wanita. Selain itu, matriarki juga merupakan suatu masyarakat di mana wanita menjadi pemimpin atau ketua keluarga. Ia juga merupakan sebuah kerajaan di mana wanita menjadi pemimpin negara atau ketua kerajaan. Matriarki juga memberatkan sebelah anak perempuan. Harta akan diwariskan kepada anak perempuan. Kuasa dan peranan dalam sesebuah sistem sosial atau kerajaan dipegang oleh kaum wanita atau wanita memegang pusat dan peranan kuasa. Matriarki juga memperlihatkan di mana wanita memegang peranan utama dalam sistem politik, ekonomi, harta dan pemerintahan ke atas kaum lelaki. Sebagai contoh, masyarakat Musuo mengamalkan sistem matriarki. Dalam masyarakat Musuo, wanita mengetuai isi keluarga dan membuat keputusan dalam keluarga seperti harta, pekerjaan dan pendapatan. Masyarakat Musuo juga mengamalkan “perkahwinan berjalan” iaitu suami dan isteri masih tinggal bersama dengan ibu bapa mereka.

Matrilineal
Perkataan matrilineal berasal daripada bahasa Latin iaitu matri membawa maksud ibu manakala perkataan lineal bererti garis. Matrilineal merupakan suatu sistem masyarakat di mana keturunan melalui ibu. Matrilineal juga membawa maksud bahawa harta akan diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan. Selain itu, matrilineal juga merupakan satu garisan keturunan daripada wanita untuk keturunan di mana individu dalam semua generasi mengikut garis ibunya. Dalam sistem matrilineal, individu dianggap tergolong dalam kumpulan keturunan yg sama dengan ibunya. Matrilineal juga bermaksud anak perempuan akan membawa nama ibunya sebagai nama keluarga. Dalam sistem matrilineal, bapa akan menjaga anak saudaranya. Mereka tidak akan menjaga anak kandung bahkan mereka akan menjaga anak saudaranya seperti anak kandung sendiri. Sebagai contoh, masyarakat Minangkabau amat mementingkan susur galur keturunan di sebelah ibu. Nama puak atau keluarga amat penting dalam perkahwinan dan budaya-budaya lain yg berkaitan dengan mereka. Seseorang yg mempunyai nama keluarga sama tidak dibenarkan berkahwin kerana mereka dianggap sebagai satu puak yg sama.

Matrilocal
Matrilocal merupakan salah satu sistem  di mana lelaki akan tinggal bersama dengan keluarga isterinya selepas berkahwin. Status wanita dipandang lebih tinggi tetapi ia bukanlah matriarki. “Perkahwinan melawat” dipraktikan dalam sistem matrilocal di mana pasangan berkahwin iaitu suami dan isteri akan tinggal berasingan dalam keluarga masing-masing. Mereka masih dibenarkan untuk berjumpa pada masa lapang. Perkahwinan tersebut dibangkitkan daripada sistem matrilineal iaitu daripada keturunan sebelah ibu. Bapa tidak mempunyai perana yg signifikan kerana anak-anak tidak dibesarkan oleh bapa mereka kecuali anak-anak saudara. Sebagai contoh, puak Kung San, Afrika Selatan mengamalkan perkahwinan yg dipanggil sebagai tempoh perkhidmatan pengantin. Tempoh perkhidmatan pengantin ini akan tamat apabila mereka mempunyai 3 org anak atau telah tinggal bersama-sama selama lebih 10 tahun. Apabila tempoh perkhidmatan pengantin itu telah tamat, mereka dibenarkan untuk meninggal dengan mana-mana puak yg mereka suka.
  
Budaya lawan Alam
Budaya merupakan sesuatu yang dicipta atau dikonstruk. Alam pula dikaitkan dengan sesuatu yang semula jadi. Wanita dikait rapat dengan alam manakala lelaki pula dikaitkan dengan budaya. Wanita dikait rapat dengan alam kerana fungsi badan serta biologikalnya. Wanita boleh melahirkan anak, menjaga anak serta membesarkan anak sama seperti dengan alam. Wanita juga berperanan sebagai isteri dan ibu yang bertindak menjaga serta memelihara suami serta anak. Sebagai contoh, isteri yang akan menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak. Lelaki pula dikaitkan dengan budaya kerana mereka tidak boleh melahirkan anak. Hal ini menyebabkan lelaki terpaksa mencari seseuatu supaya mereka dapat kekal dan diingati. Lelaki telah mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru seperti meja, kerusi dan benda-benda ini dapat digunakan. Lelaki juga dikait rapat dengan budaya kerana mereka mencipta sesuatu benda seperti budaya yang dapat kekal. Hal ini juga menyebabkan para wanita tidak dapat melibatkan diri dalam bidang politik atau ekonomi kerana ia dianggap budaya dan para wanita tidak sesuai melibatkan diri dalam bidang-bidang yang bersifat budaya ini.

Gender Sebagai Satu Unit Analisis
Semua perancangan termasuk penyelidikan amat penting menggunakan gender sebagai unit analisis. Gender sebagai unit analisis amatlah penting kerana wanita dan lelaki mempunyai peranan, pengalaman, keperluan dan kepentingan yang berbeza. Selain itu, gender sebagai unit analisis ini juga penting supaya analisis gender dapat dibahagikan secara adil. Sebagai contoh, semasa pengutipan dana untuk pembangunan, adakah wanita dan lelaki disuruh untuk bayar dalam kadar yang sama? Apabila teknologi baru diperkenalkan, adakah teknologi tersebut diajar kepada kedua-dua wanita dan lelaki? Adakah kempen AIDS dan HIV disasarkan kepada kumpulan yang betul. Adakah mesej tersebut yang disampaikan bertepatan dengan kempen tersebut. Oleh itu, gender sebagai satu unit analisis amatlah penting supaya kepentingan anatara wanita dan lelaki dapat dijaga.

Keganasan Gender
Keganasan gender dilakukan adalah untuk mengekalkan sesuatu identiti gender tertentu, pembahagian gender atau rejim gender. Kelakuan ganas juga berdasarkan gender seseorang. Secara amnya, keganasan gender selalunya dilakukan oleh lelaki. Bentuk keganasan berbeza berdasarkan gender. Wanita lebih cenderung diganasi secara seksual berbanding dengan lelaki. Keganasan gender boleh membawa kesan kepada wanita dan lelaki sama ada secara fizikal, mental dan ekonomi. Sebagai contoh, lelaki yang bersifat lemah lembut atau dianggap sebagai gay akan dibenci oleh masyarakat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya keganasan gender kerana mereka dianggap sebagai ancaman kepada identiti gender. Mereka mungkin akan dipukul, dihina dan dikutuk oleh masyarakat.

Model Kesaksamaan Formal
Model kesaksamaan formal berdasarkan persamaan layanan antara wanita dan lelaki. Model kesaksamaan formal menekankan kepada kesaksamaan yang mutlak. Bagi model ini, wanita adalah sama dengan lelaki. Maksudnya, wanita haruslah dilayan dengan cara yang sama dengan lelaki. Undang-undang harusl diaplikasikan secara gender neutral. Model kesaksamaan formal ini menentang pengenalan mengenai sebarang perbezaan gender. Model ini juga menentang penyingkiran perbezaan yang telah digunakan untuk menghalang wanita daripada mencapai hak kesaksamaan. Hal ini demikian kerana mereka fikir layanan yang berbeza atau istimewa akan terus mendiskriminasikan wanita.

Model Kesaksamaan Substantif
Model kesaksamaan substantif ini mengambil kira perbezaan antara wanita dan lelaki serta menekankan hasil yang sama. Model ini beranggapan bahwa kewujudan perbezaan gender dan peranan penting yang dialami dalam kehidupan. Model ini tidak membezakan sumber perbezaan iaitu perbezaan secara semula jadi atau dikonstruk secara sosial. Model ini menghendaki menerima perbezaan yang mewakili realiti pengalaman kehidupan wanita dan lelaki. Perbezaan gender antara wanita dan lelaki tidak boleh dijadikan asas untuk menafikan kemudahan dan keisimewaan sama seperti lelaki. Model ini juga menekankan perbezaan gender tidak boleh diabaikan atau dikaburkan. Model ini juga mengkritik piawaian dalam undang-undang yang bersifat gender neutral. Hal ini demikian kerana model ini melihatkan bahawa wanita tidak dilayan secara adil tetapi wanita harus dilayan secara sama dengan lelaki. Oleh itu, model kesaksamaan substantif ini tidak menekankan layanan yang sama tetapi mementingkan hasil yang sama.
  
Kepekaan Gender
Kepekaan gender bermaksud peka kepada pengalaman wanita dan lelaki serta mengambil kira dalam perancangan dan implementasi projek. Kepekaan gender juga menjaga kepentingan dan keperluan antara wanita dan lelaki. Kepekaan gender juga membina keyakinan wanita dan lelaki untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Ketakakuran Gender
Gender disosialisasikan dan juga berdasarkan persepsi masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai peraturan gender yang berbeza. Ketakakuran gender bermaksud bahawa seseorang wanita atau lelaki tidak akur kepada persepsi masyarakat tentang peranan gender yang harus diikuti oleh mereka. Sebagai contoh, mengikut masyarakat, wanita haruslah bersifat feminin manakala lelaki haruslah bersifat maskulin tetapi terdapat segelintir wanita dan lelaki tidak akur kepada persepsi tersebut. Seseorang wanita melakukan pekerjaan yang dianggap sebagai pekerjaan lelaki akan dianggap pelik. Hal ini demikian kerana dia tidak mengikut norma-norma gender yang ditentukan oleh masyarakat kepada wanita dan lelaki.

Ketaksamaan Gender
Ketaksamaan gender bermaksud perbezaan antara wanita dan lelaki berdasarkan seks. Ketaksamaan gender ini lebih fokus kepada wanita kerana mereka tidak dilayan secara adil sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan. Hal ini demikian kerana wujudnya kaitan dengan fisiologi wanita. Wanita seharusnya berkhidmat sebagai seorang isteri dan ibu. Wanita tidak boleh terlibat dalam bidang politik kerana sifat semula jadi mereka yang lemah lembut dan wanita juga lebih mudah beremosi. Hal ini akan menyebabkan para wanita mudah diganggu oleh emosi apabila mereka ingin membuat sesuatu keputusan. Selain itu, wanita juga tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka dipercayai pendidikan tidak penting bagi para wanita dan para wanita sepatutnya melibatkan diri mereka dengan menguruskan keluarga. Oleh itu, pendidikan kurang diberi kepada wanita kerana pendidikan dianggap tidak penting bagi para wanita.

Regim Gender
Regim merujuk kepada cara pemerintahan yang bersifat tidak demokrasi, mengawal, mempunyai kuasa mutlak dan lain-lain. Gender pula merupakan persepsi, tingkah laku, peranan serta tindak tanduk indivdu yang terhasil akibat daripada proses sosialisasi. Regim gender bermaksud kawalan dan pemerintahan ke atas wanita dan lelaki berdasarkan gender mereka. Regim gender ini lebih kepada wanita kerana wanita selalunya dilayan secara tidak adil dan mereka juga sering dikawal dan didiamkan. Wanita juga sering kali dinafikan haknya dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan. Sebagai contoh, wanita tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi kerana pendidikan dianggap tidak penting kepada para wanita. Wanita juga sering kali diberi gaji yang lebih rendag daripada lelaki. Wanita selalu dijangka untuk menuangkan air serta melayan tetamu di tempat kerja mereka.

Produktif dan Reproduktif
Produktif bermaksud berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yang banyak, mencapai banyak hasil. Reproduktif pula mempunyai kaitan dengan organ pembiakan. Perbezaan antara waniat dan lelaki adalah sistem reproduktif iaitu wanita boleh melahirkan anak manakala lelaki tidak boleh melahirkan anak. Hal ini menyebabkan wanita dikaitkan dengan alam manakala lelaki pula dikaitkan dengan budaya. Wanita boleh menghasilkan anak manakala lelaki pula mencipta barangan atau budaya. Lelaki dikaitkan dengan produktif kerana mereka menghasilkan sesuatu barangan atau ciptaan yang dapat digunakan oleh masyarakat. Wanita pula dikaitkan dengan reproduktif kerana wanita dan lelaki dibeza melalui sistem reproduktif mereka iaitu wanita boleh melahirkan anak.

Jati Diri (Personhood) dan Identiti
Identiti merupakan bagaimana seseorang mengenal pasti keseksualan dirinya dan bagaimana dia memahami dirinya sendiri sama ada sebagai seorang wanita atau lelaki. Identiti juga merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang sebagai satu keseluruhan memperkenalkan atau mengasingkannya daripada orang lain. Jati diri pula merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu dan bangsa. Jati diri ditubuhkan kepada pelbagai sifat-sifat dan ciri-ciri iaitu jantina, umur, status dalam keluarga dan masyarakat, fizikal serta penampilan dan lain-lain. Sebagai contoh, identiti seseorang wanita dapat dikenali melalui fizikalnya manakala jati dirinya dapat dikenali melalui nama, bangsa, penampilannya seperti pemakaiannya dan lain-lain.

Perkhidmatan yang Peka Gender
Peka gender merupakan pengalaman wanita dan lelaki serta mengambil kira mereka dalam perancangan dan implentasi projek. Hal ini juga bermakna bahawa mengambil perhatian terhadap kepentingan dan kepelruan mereka. Oleh itu, perkhidmatan yang peka gender telah diwujudkan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak. Perkhidmatan yang peka gender bermaksud suatu kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh individu dengan mengambil kira kepentingan dan keperluan wanita dan lelaki. Sebagai contoh, dulu apabila berlaku kes rogol, mangsa harus membuat laporan dan yang mengambil laporannya itu merupakan seorang lelaki. Hal ini menyebabkan mangsa berasa sangat malu. Dalam polisi terbaru, mangsa boleh meminta pegawai wanita yang menguruskannya dan ini mengurangkan rasa malunya kerana mereka sama-sama wanita.

Ideologi Gender
Ideologi gender dalam kalangan wanita dan lelaki dapat dilihat sejak mereka kecil lagi. Norma dan peraturan sewajarnya yang telah ditetapkan oleh masyarakat untuk wanita dan lelaki. Ideologi gender ini menghasilkan jaringan kepercayaan dan adat untuk menyokong norma dan peraturan sosial tersebut. Perbezaan biologikal dilebih-lebihkan dan ditekan untuk mewakili suatu ideologi perbezaan gender yang digunakan untuk menjustifikasikan ketidaksamaan layanan antara wanita dan lelaki. Ideologi gender menjadi peranan gender dalam diri setiap wanita dan lelaki. Hal ini menyebabkan terbentuknya perbezaan gender dalam diri setiap wanita dan lelaki. Sebagai contoh, ideologi gender telah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil lagi apabila bayi perempuan dipakai dengan baju pewarna merah jambu manakala lelaki dipakaikan dengan baju berwarna biru. Ideologi gender ini menyebabkan ketidakadilan, ketidaksamaan dan diskriminasi. Ideologi gender ini mempengaruhi sistem pemikiran masyarakat, status, perilaku dan tindak tanduk.

Pembahagian Buruh berasaskan Gender
Pembahagian kerja berasaskan sifat kewanitaan dan kelelakian yang dibentuk secara sosial. Wanita haruslah mencari pekerjaan yang bersifat feminin manakala lelaki pula dikehendaki mencari pekerjaan yang sesuai dengan sifat maskulin. Pembahagian buruh berasaskan gender ini juga berdasarkan hubungan sosial antara wanita dan lelaki. Hal ini dapat dilihat melalui lebih ramai lelaki berada di peringkat atasan pengurusan manakala wanita berada di peringkat pertengahan atau bawahan. Lelaki bekerja di luar rumah manakala wanita menguruskan kerja-kerja domestik. Wanita yang memilih pekerjaan seperti seorang lelaki akan dianggap pelik oleh masyarakat. Wanita bekerjaya ini harus mengimbangi masa antara kerjayanya dan juga tanggungjawab rumah tangga.

Manifestasi Perbezaan Gender
Manifestasi perbezaan gender ini dapat dilihat melalui peranan sosial wanita dan lelaki serta identiti wanita dan lelaki. Wanita mempunyai peranan sosial seperti menjadi isteri dan ibu serta melakukan pekerjaan seperti menjaga keperluan suami dan anak-anak, memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka. Pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka adalah bersifat feminin seperti menjadi guru tadika, jururawat, setiausaha, kerani dan lain-lain. Lelaki pula dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua keluarga, mencari nafkah serta melindungi isteri dan anak-anak. Lelaki melihat identiti mereka sebagai seorang yang maskulin manakala wanita pula melihat diri mereka sebagai seorang yang feminin.

Pembentukan Perbezaan Gender
Perbezaan gender ini terbentuk apabila terdapatnya harapan atau ekspektasi daripada masyarakat bagi para wanita dan lelaki. Wanita dikehendaki berkelakuan feminin seperti lemah lembut, beremosi, menangis, bersopan dan lain-lain. Lelaki pula diekspektasi supaya bertindak sebagai seorang yang maskulin seperti kuat, gagah, rasional, tidak mudah beremosi, pelindung dan sebagainya. Wanita dibenarkan untuk beremosi dan menangis manakala lelaki pula tidak dibenarkan untuk menangis atau beremosi. Pembentukan perbezaan gender juga dapat dilihat melalui peranand an pembahagian buruh dalam pekerjaan. Wanita akan bekerja sebagai setiausaha, jururawat dan lain-lain pekerjaan yang bersifat feminin manakala lelaki pula akan bekerja sebagai seorang doktor, peguam, jurutera dan sebagainya yang bersifat maskulin. Pembentukan perbezaan gender berhubung dengan kuasa, tanggungjawab dan peruntukan hak antara wanita dan lelaki. Alasan yang diberi ialah perbezaan biologikal. Hal ini menyebabkan wanita dan lelaki dilayan secara berbeza dan tidak adil.

Rogol
Rogol bererti merampas atau mencuri sesuatu yang berharga pada seseorang. Rgol merupakan salah satu tindakan jenayah yang melibatkan lelaki mengadakan hubungan seks dengan wanita di luar kemahuan atau tanpa kebenaran atau kerelaan wanita tersebut. Rogol juga bermaksud alat kemaluan lelaki dimasukkan ke dalam vagina atau dubur mangsa secara paksaan tanpa mengira umur. Rogol boleh berlaku secara paksaan, pujuk rayu atau ugutan. Rogol juga dapat diertikan sebagai serangan seksual di mana penyerang melakukan hubungan seks dengan mangsa tanpa kerelaan mangsa. Rogol ini juga boleh menyebabkan kecederaan fizikal seperti lebam di bahagian badan atau kecederaan di bahagian sulit, mental iaitu dari segi emosi seperti takut, menjadi pendiam dan lain-lain.

Gangguan Seksual
Gangguan seksual merupakan kelakuan seksual berbentuk fizikal atau lisan yang tidak dikehendaki. Gangguan seksual ini boleh berlaku secara tidak ketara seperti pandangan menggoda atau secara terang-terangan seperti meraba. Gangguan seksual ini boleh menyebabkan prestasi pembelajaran atau pekerjaan seseorang terganggu. Ia merupakan keadaan atau suasana tegang dan menakutkan. Gangguan seksual juga menunjukkan perilaku lelaki yang berbentuk seksual dan tidak dikehendaki oleh para wanita. Gangguan seksual ini boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di tempat kerja, universiti, pusat membeli-belah dan lain-lain. Gangguan seksual ini dapat dilihat melalui bentuk lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal.
  
Kuota Gender

Kuota gender merupakan penetapan jumlah atau peratusan tertentu dari sebuah badan, calon, majlis atau suatu permerintahan. Kuota gender diwujudkan untuk memastikan wanita diberi peluang dalam menceburi diri mereka dalam bidang ekonomi, politik dan lain-lain. Kuota ni diwujudkan kerana reprentasi wanita dalam sesuatu bidang amatlah sedikit terutamnya bidang politik. Kuota ini mengenakan penglibatan wanita dalam seseuatu pertubuhan adalah sebanyak 30% dan kerajaan haruslah mengamalkan kuota ini untuk mengelakkan berlakunya diskrimnasi terhadap para wanita. Ia diwujudkan untuk menghentikan ketidakadilan terhadap para wanita yang didiskriminasikan dalam beberapa bidang pekerjaan yang terdapat di dunia ini.

Comments

  1. Terima kasih di atas info anda. Sangat berguna bagi saya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa