1. Pendekatan
Pembangunan Sosial
Kebajikan sosial tidak boleh dipisahkan daripada
perspektif pembangunan sosial. Tumpuan utama pendekatan ini ialah terhadap
aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan sosial dan penyediaan peluang
sosial. Fokus pembangunan sosial adalah memberi barangan, perkhidmatan atau
pemulihan serta dengan tujuan untuk membaiki dan meningkatkan kualiti hidup
manusia dan dipandang juga sebagai satu pendekatan untuk mempromosikan
kebajikan manusia. Berfungsi membentuk kerjasama antara kerajaan dengan
organisasi bukan kerajaan (NGO) tentang etika sosial yang berkaitan dengan
tanggungjawab sosial, politik dan ekonomi untuk mengurangkan atau membasmi kemiskinan.
Bersifat komprehensif dan sejagat dalam mengukur kesejahteraan sosial kerana
memberi tumpuan kepada proses dan struktur sosialsesebuah komuniti secara lebih
menyeluruh. Pembangunan sosial dilihat sebagai proses yang mempunyai tiga tahap
iaitu terdapat situasi sosial yang menunjukkan pembangunan sosial memerlukan
perubahan, terdapat proses pembangunan sosial serta proses pembangunan sosial
ditujukan untuk mencapai matlamat
2. Pendekatan
Pentadbiran Sosial
Memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan terhadap
masalah sosial. Dua strategi utama pentadbiran sosial adalah dasar sosial dan
perkhidmatan sosial. Dasar sosial mementingkan perubahan dalam situasi, sistem,
amalan dan tingkah laku setiap individu dalam masyarakat. Dasar sosial dapat
dilihat sebagai rancangan dasar dan panduan untuk membuat keputusan pada masa
hadapan yang berkaitan dengan program kebajikan sosial dan perkhidmatan sosial.
Dasar sosial dilihat sebagai prinsip-prinsip yang mengatur tindakan yang
mengarah kepada pencapaian matlamat sosial tertentu. Perkhidmatan sosial pula
merupakan satu bentuk perkhidmatan bantuan yang ditujukan terus kepada individu
ataupun orang ramai. Bentuk perkhidmatan yang diberikan adalah melalui kegiatan
yang terurus atau intervensi kes. Tujuannya adalah untuk menolong orang ramai
meningkatkan kemampuan sosial, merubah identiti dan kelakuan serta melengkapi
atau mengganti fungsi-fungsi institusi sosial. Perkhidmatan sosial dilihat
sebagai satu sistem atau program yang dirancang oleh kerajaan untuk memperbaiki
kebajikan individu dengan menjamin tahap kebajikan dan kefungsian individu
dengan cara menyalurkan masyarakat kepada perkhidmatan institusi bagi membantu
memenuhi keperluan hidup mereka.
3. Pendekatan
Kerja Sosial
Satu bidang profesional yang menggunakan pengetahuan,
teknik dan kemahiran hubungan kemanusiaan dalam usaha memenuhi keperluan. Kerja
sosial juga menyelesaikan masalah sosial dan kemanusiaan berlandaskan kepada
sains dan nilai dengan memenuhi kehendak dan aspirasi manusia. Tugas utamanya
adalah untuk meningkatkan fungsi sosial individu ataupun kumpulan dalam
persekitaran mereka.Terdapat tiga kaedah utama kerja sosial iaitu kerja kes,
kerja kelompok dan kerja komuniti.
4. Pendekatan
Derma Sosial
Pemberian, kesukarelaan dan pertubuhan bukan kerajaan
dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan sosial persendirian kepada manusia
yang memerlukan dalam bentuk pertubuhan. Kemahuan untuk menolong dan membantu
meringankan penderitaan sesama manusia ini selalunya diwujudkan dan diamalkan
melalui derma sosial. Sebagai satu pendekatan yang tradisi iaitu berasaskan
kepada nilai dan ajaran agama. Derma sosial dilakukan adalah kerana rasa kasih
sayang sesama manusia, berbuat baik dan bersumberkan ajaran agama. Pada
peringkat awal, derma sosial hanya dilakukan melalui kegiatan amal oleh
individu kepada individu. Kemudian, kegiatan ini dilakukan oleh organisasi
perkhidmatan khas seperti bantuan kepada golongan miskin, cacat atau orang tua.
Comments
Post a Comment