Definsi Kefungsian Sosial
& Kefungsian membawa tujuan atau tugas tertentu bagi setiap
anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan
terhadap orang lain
& Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang
menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan kepada sesuatu sistem
berlaku
& Kefungsian sosial boleh didefinisikan sebagai satu
aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara
komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian
& Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu
proses sosialisasi itu memberi impak kepada persekitarannya. Komponen-komponen
utama yang wajib ada untuk menilai sejauhmana keberkesanan kefungsian sosial
itu adalah status sosial, rol sosial, kelompok sosial dan institusi sosial.
1. Kefungsian
Sosial Dalam Ekonomi
Manusia yang merupakan sebahagian daripada kefungsian
sosial akan memenuhi keperluan biologi asasnya seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal untuk menjalani kehidupan seharian. Pencarian aktiviti ekonomi
merupakan sesuatu yang ringkas, tidak kompleks dan juga merupakan aktiviti
penting kepada masyarakat. Dengan ada kefungsian sosial, maka pencarian
aktiviti ekonomi dapat dipermudahkan. Ekonomi pada zaman dahulu adalah
berkaitan dengan sara diri iaitu hanya untuk dimakan sahaja. Seterusnya,
ekonomi menjadi kompleks dengan penternakan haiwan, pembungkusan makanan dan
penggunaan bulu binatang untuk dijadikan sebagai pakaian. Aktiviti ekonomi ini
dikenali dengan 3P iaitu pengeluaran, pengagihan dan penggunaan
2. Kefungsian
Sosial Dalam Status Sosial
Kemampuan bertingkah laku dan menganjal semua tingkah
laku manusia. Tingkah laku dalam
hubungan adalah berlainan kerana ia bergantung kepada kedudukan dan status
pekerjaan yang menjadi faktor utama dalam menentukannya. Status warisan yang
ditentukan atau ditetapkan seperti jantina dan status capaian seperti
perkahwinan, pekerjaan, harta kekayaan dan lain-lain serta terdapat mobiliti
sosial. Dalam kefungsian rol sosial, terdapat pola tingkah laku berasaskan kepada
status, tanggungjawab, set rol dan prestasi rol. Kebanyakan individu memegang
satu set rol dalam satu biasa dan kebiasaannya akan wujud konflik apabila
terdapat lebih peranan. Kelompok sosial terbahagi kepada kelompok primer dan
kelompok sekunder. Kelompok primer mempunyai keintiman, bersifat peribadi serta
kelompok sekunder pula ialah formal dan tidak intim. Aktiviti secara
berkelompok seharusnya mendapat sokongan dan pengesahan kelompok untuk
keperluan masyarakat seperti institusi bank. Terdapat beberapa ciri dalam
status sosial seperti pendidikan, politik, agama dan wang ringgit. Jika
terdapat ciri-ciri yang sama dalam sesebuah masyarakat, maka ia akan mudah
diterima dan tidak banyak halangan. Setiap individu harus sedar akan
tanggungjawab serta setia kepada ahli kelompok. Hal ini demikian kerana
institusi yang akan menentukan tingkah laku ahli dan persamaan akan membentuk
hubungan dengan ahli yang lain. Pemantapan status sosial dapat dilakukan dengan
penerapan ciri-ciri norma masyarakat seperti bertegur sapa dan saling
menziarahi, menghadiri pelbagai aktiviti masjid dan bekerjasama dengan
masyarakat
3. Kefungsian
Sosial Dalam Pendidikan
Dianggap sebagai organisasi rasmi yang bertujuan untuk
mendidik ahli masyarakat menjadi masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan
luas. Pendidikan amat penting kerana ia menjadi panduan dan tunjuk ajar bagi
manusia agar manusia memainkan peranan dalam masyarakat, penurunan atau
pemindahan, cara, pengetahuan serta aspek budaya secara sistematik dan formal.
Pendidikan memainkan peranan sebagai alat untuk menyemai semangat kebangsaan
dan juga integrasi nasional. Ia menjadi mobiliti sosial yang penting. Tiga
faktor utama yang mempengaruhi pendidikan iaitu faktor budaya, struktural dan
ekologikal. Kepercayaan, nilai dan norma turut diserapkan dalam membentuk
susunan masyarakat terhadap sekolah. Pada masa kini, sekolah dilihat sebagai
menyumbang kepada kestabilan sosial antara masyarakat tradisional dengan
masyarakat maju dan merupakan satu pusat
kuasa yang boleh dipengaruhi oleh masyarakat. Institusi pendidikan merupakan
sebuah pusat pembelajaran dan pusat sosialisasi masyarakat dan mempunyai
fungsi-fungsi positif mahupun negatif.
4. Kefungsian
Sosial Dalam Politik
Tiga perkara yang utama iaitu kehendak, keperluan dan
kepentingan. Politik boleh mewujudkan suasana yang tidak teratur dalam
masyarakat dan kepentingan yang berbeza boleh menyebabkan percanggahan dan
konflik. Manusia boleh melakukan prosedur dan menginstitusikan masyarakat
melalui cara individu itu memperoleh kuasa ke atas orang lain. Hubungan antara
manusia dengan sumber alam juga memerlukan kuasa. Pemegang kuasa negara adalah
melalui kegiatan politik. Terdapat faktor yang membezakan kuasa iaitu kekayaan
ekonomi, prestij kerajaan, ilmu dan kemahiran manusia itu sendiri. Kuasa juga
dapat diklasifikasikan kepada kuasa sah dan kuasa tidak sah. Kuasa sah adalah
kuasa yang diiktiraf, diakui dan diterima oleh masyarakat manakala kuasa tidak
sah pula merupakan kuasa yang bersifat paksaan dan tekanan. Kefungsian sosial
amat penting dalam menentukan manusia menggunakan kuasa pada jalan yang sah
atau sebaliknya. Jika suatu kuasa itu disalahgunakan, ia akan menyebabkan
masyarakat menjadi kucar-kacir dan tidak seimbang. Kefungsian sosial pula
mengimbangkan baik dan buruk sesebuah politik itu.
5. Kefungsian
Sosial Dalam Beragama
Kefungsian sosial dalam agama disebut sebagai suatu
hubungan manusia dengan kuasa luar biasa. Semua masyarakat percaya kepada sama
ada Tuhan ataupun kuasa luar biasa. Bentuk hubungannya juga berlainan mengikut
masyarakat. Agama dijadikan sebagai alat untuk mengimbangkan diri. Agama juga
berfungsi untuk membantu manusia dalam memastikan ketidakpastiannya dan
merupakan “alat” untuk meredakan derita penindasan. Jika berpegang kepada
agama, maka tidak akan berlaku segala keruntuhan moral dan akhlak di dunia ini.
Kefungsian sosial juga telah banyak mempengaruhi manusia untuk melakukan
sesuatu perkara di luar batasan agamanya pada zaman sekarang. Terlalu banyak
pasangan yang terlanjur, anak luar nikah, parti seks, bogel serta menggugurkan
anak dalam kandungan. Semua ini tidak akan terjadi jika seseorang individu
berpegang teguh kepada agamanya.
6. Kefungsian
Sosial Dalam Keluarga
Keluarga terdiri daripada perkahwinan antara lelaki
dengan perempuan. Keluarga merupakan sebauh tempat untuk mendapatkan kasih
sayang, rasa selamat dan rasa tidak terpencil daripada orang lain. Sebuah
keluarga asas mempunyai suami, isteri dan anak. Keluarga gabungan merupakan
individu yang mempunyai dua atau lebih keluarga asas yang tinggal bersama.
Keluarga luas pula ialah keluarga yang mempunyai tiga generasi tinggal bersama.
Keluarga poligami sekediaman pula merupakan keluarga yang wujud akibat poligami
yang tinggal bersama. Bukan setiap perkahwinan yang akan kekal. Terdapat
pasangan yang bercerai dan itu menjadi masalah kepada kebajikan anak-anak yang
menyebabkan tekanan ke atas ahli keluarga yang gagal memainkan peranan
masing-masing. Faktor utama yang membawa kepad penceraian adalah perbezaan
personaliti, kemampuan (batin), kecurangan pasangan.
7. Kefungsian
Sosial Dalam Perubatan
Sains menjadi satu sumber penemuan terbaru untuk menguji
kebolehan manusia memahami erti kewujudan dan mengawal persekitarannya.
Teknologi pula merupakan kemampuan amali atau kebolehan untuk memanipulasikan
seperti memindahkan organ manusia, menggunakan komputer untuk menyimpan dan
mencari maklumat. Masyarakat melihat sains sebagai pembimbing yang menentukan
standard-standard untuk menilai dan memberi makna kepada penemuan baru. Saintis
memberi erti kepada apa yang mereka perhatikan dan tidak melibatkan masyarakat.
Institusi perubatan yang wujud dalam masyarakat dalam membantu masyarakat untuk
mengubati penyakit dan mencari ubat serta penyelesaian kepada sesetengah
penyakit yang hanya dapat diubati menggunakan ubat-ubatan.
Comments
Post a Comment