Ø Proses membuat
kesimpulan mengenai sebab dan akibat seseorang bertingkah laku sedemikian
Ø Cara bertanyakan
atau mencari sebab berlakunya sesuatu tingkah laku serta memahami kenapa
seseorang individu itu beraksi dengan sesuatu cara dalam situasi tertentu
FAKTOR
MEMPENGARUHI ATRIBUSI
1. Atribusi Dalaman (Personaliti)
Ø Penerangan
terhadap tingkah laku yang berlaku pada individu itu sendiri seperti pada perubahan
emosi, ragam, fikiran atau sikap
2. Atribusi Luaran (Situasi, Orang Lain, Konteks Sosial)
Ø Penerangan
terhadap tingkah laku yang berlaku pada individu lain seperti mengapa seseorang
itu berlagak dengan gaya yang aneh atau luar biasa
CONTOH
Ø 2 orang pelanggan
masuk ke dalam restoran dan telah memesan makanan masing-masing. Apabila
makanan sampai, A merasa makanan tersebut, kemudiannya menambah sedikit cuka ke
dalam makanannya. B pula terus menambah sedikit cuka ke dalam makanannya dan
kemudiannya barulah dia merasanya.
Ø Atribusi yang kita
buat
| A: Makanan itu
memerlukan cuka
| B: Dia gemarkan
makan masam
BIAS DALAM
ATRIBUSI
1.
Bias maklumat: Salah faham
tentang motif dan sebab musabab tingkah laku tersebut
2.
Bias persepsi: Persepsi
dilakukan oleh setiap individu tidak semuanya sama
3.
Bias motivasi: Atribusi jadi
motivasi, tetapi pada masa yang sama seolah-olah menjadi faktor helah bela diri
(defensive attribution)
4.
Bias atribusi
khidmat diri: Kebolehan dan usaha yang dilakukan oleh diri sendiri merupakan satu
kecenderungan dalaman untuk melihat kejayaan manakala kegagalan adalah faktor
luaran seperti kelemahan pengurusan atau nasib tidak baik
Comments
Post a Comment