PSIKOPATOLOGI
v Bidang ilmu psikologi yang mengkaji kecelaruan mental,
emosi dan tingkah laku yang dialami oleh manusia
v Individu yang mengalami masalah psikopatologi dilihat
sebagai individu yang tidak berkeupayaan untuk bertingkah laku mengikut
landasan yang dapat meningkatkan kesejahteraan dirinya
PUNCA-PUNCA KECELARUAN
1.
Biologikal
2.
Psikologikal
3.
Persekitaran
4.
Kuasa ghaib
JENIS-JENIS KECELARUAN
1. Kecelaruan
Psikotik
v Kecelaruan yang dicirikan oleh kehadiran simptom-simptom
psikotik seperti halusinasi (kecelaruan persepsi), delusi (kecelaruan
pemikiran), skizofrenia (kecelaruan yang luas dan boleh merangkumi halusinasi,
delusi, emosi, tingkah laku dan lain-lain), percakapan tidak tersusun, terputus
hubungan dengan realiti (anda boleh dengar dan lihat tetapi orang lain tidak
boleh)
2. Kecelaruan
Mental
v Berkaitan dengan stress/tekanan
v Tidak dianggap sebagai perkembangan normal
3. Kecelaruan
Bahan
v Kecelaruan di mana berlaku perubahan yang tidak diingini
akibat daripada penyalahgunaan, kebergantungan ke atas bahan seperti dadah dan
alkohol
v Penyalahgunaan dadah, alkohol, kokain, pil kuda
4. Kecelaruan
Mood
v Kecelaruan yang dicirikan oleh kemurungan atau mania yang
berpanjangan
v Cth: Kecelaruan kemurungan major, kecelaruan dwipolar
v Mania: Mood adalah gembira, riang, girang, suka bergaul
dan suka mendesak
v Kecelaruan dwipolar melibatkan kedua-dua mood iaitu mood
kemurungan dan mood mania
5. Kecelaruan
Kebimbangan
v Kecelaruan yang dicirikan oleh kebimbangan dan tingkah
laku menghindar
v Cth: Kecelaruan panik (mudah rasa cemas), agorafobia
(dalam situasi baru), kecelaruan tekanan (stress disorder), kecelaruan
obsesif-kompulsif (keterlaluan dalam fikiran atau tingkah laku)
6. Kecelaruan
Somatofora
v Kecelaruan di mana simptom-simptom fizikal yang wujud
berasal daripada sumber psikologikal dan bukannya daripada masalah perubatan
v Rasa mengalami masalah kefungsian badan
v Cth: Hipokondrios, kecelaruan penukaran
v Hipokondrias: Rasa demam tetapi suhu badan normal; tidak
percaya bahawa dia tidak mempunyai penyakit
v Somatisasi: Rasa bimbang yang ditandai dengan masalah
kefungsian badan seperti sesak nafas
v Kesakitan: Rasa kerap sakit dan telah mendapatkan rawatan
perubatan berulang kali
v Penukaran: Gangguan emosi melampau sehingga mengganggu
kefungsian tubuh badan
7. Kecelaruan
Pemisahan
v Kecelaruan di mana seseorang menangani tekanan atau
konflik dengan melupakan maklumat peribadi yang penting atau tentang identiti
keseluruhan seseorang
v Wujud jurang dalam memori/rasa asing pada diri sendiri
v Amnesia: Keliru dengan ingatan diri sendiri
] Auterograd: Sukar membentuk ingatan baru
] Retrograd: Sukar mengingati peristiwa lampau
v Fugue: Keliru dengan identiti diri sendiri
v Personaliti pelbagai: Seseorang mempunyai 2 atau lebih
personaliti (Cth: Seorang gadis yang pernah dirogol semasa kecil, dia mempunyai
pelbagai personaliti semasa dewasa
8. Kecelaruan
Personaliti
v Kecelaruan yang dicirikan oleh pola tingkah laku yang
maladaptif, tidak fleksibel yang berpanjangan yang bermula di awal kehidupan,
yang menyebabkan kemurungan personaliti atau masalalah dalam kefungsian sosial
dan pekerjaan
v Tahap
sederhana
a)
Kecelaruan Personaliti Kebergantungan
] Individu tersebut terlalu bergantung kepada orang
sekelilingnya sehingga tidak dapat dipisahkan dan mempunyai perasaan takut
apabila berpisah
b)
Kecelaruan Personaliti Anti-Sosial
] Menunjukkan sedikit rasa bersalah terhadap tingkah
lakunya yang salah seperti menipu, memanipulasi, mempergunakan orang lain,
tingkah laku seksual yang agresif
v Tahap Tinggi
a)
Kecelaruan Personaliti Penolakan
] Sesetengah individu yang akan cuba untuk mengelakkan
dirinya dari pergaulan sosial sebab merasa dirinya akan dimalukan di hadapan
umum dan menjauhkan dirinya dari keadaan-keadaan yang memberi ancaman pada
dirinya
b)
Kecelaruan Obsesif-Kompulsif
] Sifat kesempurnaan yang tinggi, sifat kawalan diri yang
tinggi, susah buat keputusan, ketegaran terhadap sesuatu tingkah laku
] Kelemahan dalam mengendalikan aktiviti harian seperti
kekerapan membasuh tangan, terlalu menjaga kebersihan tempat dan diri sendiri,
sifat fanatik terhadap sesuatu perkara atau orang
c)
Kecelaruan Personaliti Skidzoid
] Ketidakupayaan dalam membentuk hubungan emosi yang baik
dengan orang lain dan tidak mempunyai minat dalam apa-apa hal pun
v Tahap Keras
a)
Kecelaruan Personaliti Pinggiran (Borderline)
] Keadaan individu yang mengalami gangguan identiti
jantina, matlamat hidup, imej kendiri dan hubungan peribadi dengan orang yang
signifikan
] Tingkah laku impulsif, cepat marah tanpa provokasi yang rasional
b)
Kecelaruan Personaliti Paranoid
] Tingkah laku ganjil seperti sering mengesyaki perbuatan
orang lain, tidak mempercayai orang lain
] Cth: Seseorang yang menganggap kekasihnya atau suaminya
curang kepadanya walaupun perkara ini tidak betul atau tidak ada bukti langsung
9. Kecelaruan
Seksual
v Ia memberi bahaya kepada orang lain
v Cth: Mempunyai keghairahan seks terhadap kanak-kanak atau
menyebabkan seseorang individu mengalami tekanan dan sakit di kawasan organ
seksnya seperti keengganan melakukan hubungan seksual
10.
KECELARUAN NEUROTIK
v Kecelaruan yang melibatkan sebahagian personaliti
v Kebimbangan berlebihan, takut, sedih, tertekan, mudah
terganggu, marah, penghargaan kendiri rendah
v Simptom fizikal: Degupan jantung kencang, kejang otot,
sakit perut
Comments
Post a Comment