Salah
satu strategi yang digunakan untuk membuat keputusan adalah melalui model
pembuatan keputusan rasional. Berikan definisi dan bincangkan proses model
pembuatan keputusan rasional tersebut berserta contoh yang sesuai.
DEFINISI
Y Menggambarkan
bagaimana individu harus berkelakuan untuk memaksimumkan hasil
Y Individu
menggunakan analisis, fakta dan proses langkah demi langkah untuk membuat
sesuatu keputusan
ISI
Violet merupakan pengurus di sebuah
kedai makanan segera. Dia menghadapi tekanan daripada pihak atasan agar
meningkatkan keuntungannya. Violet tidak pasti cara apa yang sesuai untuk
menyelesaikan masalahnya ini. Akhirnya, Violet telah membuat keputusan untuk
menggunakan model pembuatan keputusan rasional untuk menyelesaikan masalahnya.
Langkah
|
Huraian
|
Define the problem (Penentuan Masalah)
|
Pada peringkat ini, Violet haruslah menentukan masalah
itu. Keuntungan kedai tidak meningkat dari bulan ke bulan, jadi dia harus
mencari penyelesaian yang terbaik untuk meningkatkan keuntungannya
|
Identify the decision criteria (Mengenal pasti kriteria
keputusan)
|
Violet akan memilih pemboleh ubah yang akan menentukan
hasil keputusan tersebut. Biasanya Violet perlu menentukan kriteria yang
berkaitan dan akan membantunya meningkatkan keuntungannya. Kriteria biasanya
bergantung kepada nilai dan kepercayaan individu. Violet akan membuat
keputusannya berdasarkan kepada kepercayaan bahawa dia tidak perlu memecatkan
pekerjanya untuk menjimatkan kos. Violet mungkin akan memilih cara seperti
mengurangkan kos dengan mencari vendor yang murah, memendekkan waktu
perniagaan, menukar pilihan menu . Kriterianya adalah bagaimanakah pekerja
akan terjejas?, bagaimanakah perubahan tersebut akan memberi kesan kepada
pelanggan dan juga kualiti?
|
Allocate weights to the criteria (Memperuntukkan
kewajaran kriteria tersebut)
|
Di peringkat ini, Violet perlu menentukan kriteria yang
manakah paling penting dalam proses membuat keputusan. Setiap kriteria yang
disenaraikan oleh Violet haruslah disusun mengikut kepentingan. Violet berasa
bahawa ia harus memandang berat terhadap bagaimana perubahan tersebut akan
memberi kesan kepada pekerjanya. Wajaran lain kemudiannya akan diagihkan
secara sama rata dan seterusnya bermula untuk mempertimbangkan penyelesaian
|
Develop the alternatives (Mengembangkan alternatif)
|
Di peringkat ini, mana-mana penyelesaian yang berpotensi
akan dipertimbangkan. Tidak akan ada
apa-apa balasan dalam langkah ini, hanya satu senarai alternatif akan
dihasilkan. Violet telah menyenaraikan semua alternatif itu secara pendek.
Penyelesaian alternatif iaitu memilih pengedar makanan yang baru dan kos kewangan
akan menjadi kurang, memendekkan waktu perniagaan akan mengehadkan kos
keseluruhan, memberhatikan beberapa pekerja yang membuat gaji menjadi besar
serta mengadakan promosi dan juga menu yang baru supaya dapat menarik minta
pelanggan.
|
Evaluate the alternatives (Menilai alternatif)
|
Violet telah menghabiskan masa sebanyak 1 minggu untuk
menilai dan memilih jalan penyelesaian yang terbaik sama ada kepada pekerja
serta keadaan kewangan restorannya. Selepas membuat penilaiannya, Violet
telah membuat keputusan untuk mengadakan promosi dan juga menu yang baru
supaya dapat menarik minat pelanggan.
|
Select the best alternatives (Memilih alternatif yang
terbaik)
|
Violet membuat keputusan untuk mengadakan promosi serta
mewujudkan menu yang baru. Bagi Violet, ini merupakan jalan penyelesaian yang
terbaik. Hal ini demikian kerana promosi serta menu yang baru akan menarik
minat pelanggan.
|
KEKANGAN ORGANISASI (ORGANIZATIONAL
CONSTRAINTS)
1.
Penilaian Prestasi (Performance Evaluation)
Pengurus
adalah dipengaruhi oleh kriteria di mana mereka dinilai apabila mereka membuat
keputusan. Jika seseorang pengurus bahagian percaya bahawa kilang pembuatan di
bawah tanggungjawabnya beroperasi dengan baik, kita tidak sepatutnya terkejut
untuk mencari pengurus kilangnya kerana mereka akan memastikan maklumat negatif
tidak sampai ke pengurus tersebut
2.
Sistem Ganjaran (Reward Systems)
Sistem
ganjaran mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan dengan mencadangkan
kepada mereka pilihan yang lebih baik daripada ganjaran peribadi. Cth: General
Motors memberi ganjaran seperti promosi dan bonus kepada pengurus yang pandai
berdiam diri, mengelakkan diri daripada kontroversi serta merupakan pemain
terbaik dalam pasukan. Hasilnya pengurus ini menjadi sangat mahir dalam
mengelakkan diri daripada kontroversi dan isu-isu yang sukar
3.
Peraturan-Peraturan Formal (Formal Regulations)
Organisasi
mencipta dan menggubal undang-undang atau peraturan-peraturan, dasar, prosedur
yang rasmi supaya dapat menyeragamkan tingkah laku ahli-ahli mereka. Dengan
peraturan yang ditetapkan ini, organisasi boleh mendapatkan individu untuk
mencapai ke tahap prestasi yang tinggi. Mereka juga telah mengehadkan keputusan
untuk membuat pilihan
4.
Sistem Kekangan Masa Dikenakan (System-Imposed Time
Constraints)
Organisasi
mengenakan tarikh masa (deadline) bagi membuat keputusan. Cth: Laporan
belanjawan jabatan perlu diselesaikan pada hari Jumaat ini ataupun laporan
tentang prestasi produk perlu disediakan oleh jawatankuasa eksekutif pada
hujung bulan ini. Kekangan masa ini adalah perlu supaya organisasi dapat
memastikan pelanggan berasa puas hati. Keputusan perlu dibuat dengan cepat. Hal
ini memberi tekanan kepada pembuat keputusan kerana ia perlu membuat keputusan
dalam masa yang amat singkat.
5.
Sejarah Terdahulu (Historical Constraints)
Keputusan
tidak dibuat secara sahaja atau main-main malah keputusan yang dibuat mempunyai
konteks. Keputusan pada hari ini mungkin merupakan keputusan yang telah
ditentukan beberapa bulan atau tahun yang lepas. Sesuatu keputusan dibuat berdasarkan
kepada keputusan ataupun hasil yang lepas
Comments
Post a Comment