1. Stereotaip
(Kognitif)
Y Membuat tanggapan terhadap seseorang atau sekumpulan
berdasarkan kepada ciri atau fakta fizikal
Y Satu sikap yang menyatakan bahawa semua ahli sesuatu
kumpulan itu mempunyai sifat-sifat yang sama sama ada sifat itu positif atau
negatif
Y Cth: Sebagai seorang wanita, kita haruslah pandai
memasak, mengemas rumah, lemah-lembut, sopan-santun, penyayang dan lain-lain
manakala lelaki pula haruslah kuat, gagah, kacak dan lain-lain
Y Stereotaip negatif: Seseorang pengurus percaya bahawa
semua wanita itu lemah
Y Stereotaip positif: Pengurus itu percaya bahawa lelaki
adalah kuat dan tegas
2. Prejudis/Prasangka
(Emotional)
Y Sangkaan/Tanggapan buruk terhadap seseorang/sekumpulan
individu sebelum menyelidik perkara sebenarnya
Y Sikap negatif yang diarahkan terhadap ahli sesuatu
kumpulan itu dengan hanya berdasarkan kepada keahlian mereka dalam kumpulan
tersebut
Y Seseorang itu dikatakan bersikap prejudis apabila ia
cenderung untuk menilai sifat-sifat individu lain secara negatif kerana mereka
itu ialah ahli sesuatu kumpulan yang tidak disukainya
Y Cth: Seorang pengurus lelaki tidak percaya kepada
kebolehan dan kepakaran seorang jurujual wanita kerana baginya wanita adalah
insan yang lemah walaupun jurujual wanita tersebut mempunyai keberanian,
ketabahan serta kebolehan
3. Diskriminasi
(Tingkah Laku)
Y Menafikan hak serta keistimewaan seseorang atau kumpulan
minoriti
Y Layanan secara berbeza terhadap individu lain kerana
beranggapan bahawa wujudnya keadaan tidak seimbang seperti taraf pendidikan,
kelas sosial, kemahiran dan keistimewaan
Y Cth: Jurujual wanita tersebut dinafikan haknya untuk
dinaikkan pangkat atau gaji/ Wanita tersebut diberikan tugas yang tidak setaraf
dengan jawatannnya
STIGMA SOSIAL
Y Mengecap atau melabel seseorang atau sekumpulan individu
yang mempunyai kepercayaan, nilai, norma yang sama serta bekerjasama untuk
mencapai matlamat yang sama
Y Cth: Stigma terhadap orang yang obesiti (malas,
kemurungan, self-esteem yang rendah, eating disorders)
Comments
Post a Comment