The Job
Characteristics Model (JCM)
[ Model yang
mencadangkan agar apa-apa kerja boleh digambarkan dari segi dimensi kerja lima
teras iaitu kepelbagaian kemahiran, identiti tugas, kepentingan tugas, autonomi
dan maklum balas.
1. Pelbagai Kemahiran (Skill Variety)
Pelbagai
kemahiran atau jumlah yang mana kerja merangkumi aktiviti-aktiviti yang
pelbagai dan membolehkan penggunaan pelbagai kemahiran dan bakat pekerja.
Pekerja dapat menggunakan pelbagai kemahiran yang terdapat pada diri mereka
untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti atau kerja yang diberikan oleh
organisasi.
2.
Identiti Tugas
(Task Identity)
Identiti tugas
memerlukan pekerja untuk menghabiskan, menyelesaikan atau menyiapkan sesuatu
produk atau proses dari awal ke akhir.
3.
Kepentingan
Tugas (Task Significance)
Jumlah kesan
pekerjaan tersebut kepada pekerja dan juga kepada orang lain sama ada di dalam
organisasi atau luar organisasi.
4.
Autonomi
(Autonomy)
Sejauhmana
pekerjaan itu memberi autonomi, kebebasan, berdikari di dalam menguruskan
pekerjaan mereka.
5.
Maklum Balas
(Feedback)
Membolehkan
seseorang pekerja mendapatkan maklum balas yang jelas tentang keberkesanan
serta prestasinya. Maklum balas ini juga memberi peluang kepada mereka untuk
meningkatkan diri mereka serta membaiki dari segi penyampaian perkhidmatan.
Rewarding Individual Employees Through Variable-Pay
Programs
1. Piece-Rate Pay
Di mana
pekerja akan dibayar dengan sejumlah wang yang tetap berdasarkan penghasilan
produk. Piece-rate pay ini tidak mempunyai gaji pokok dan pekerja hanya akan
mendapat bayaran berdasarkan produk yang dihasilkan oleh mereka. Antara
kebaikan piece rate pay ini adalah upah yang diberikan berdasarkan usaha-usaha
pekerja, pekerja dapat menggunakan peralatan yang lebih baik, pengawasan kurang
diperlukan, peningkatan dalam pengeluaran, kawalan kos yang lebih baik dan
berkesan serta perancangan yang lebih terkawal dan baik. Keburukannya adalah
tiada gaji minimum kerana ia adalah berdasarkan kepada penghasilan produk,
produk yang dihasilkan itu mungkin tidak berkualiti atau kualitinya rendah,
kesihatan pekerja juga akan mungkin merosot kerana mereka akan berusaha untuk
bekerja supaya dapat menghasilkan lebih banyak produk, wujudnya perasaan tidak
puas hati, tentangan daripada kesatuan serta kesukaran dalam menentukan kadar
bayaran
2.
Merit-Based
Pay
Berdasarkan
kepada kedudukan atau rating penilaian pretasi. Ia adalah berdasarkan kepada
prestasi yang ditunjukkan oleh pekerja. Jika pekerja di sesebuah organisasi
bekerja dengan baik serta menunjukkan prestasi yang menakjubkan sepanjang ia
berkhidmat, maka ia akan mendapat lebih banyak ganjaran. Kebaikan merit-based
pay ini adalah dapat menggalakkan pekerja urtuk mencapai tahap produktiviti
yang tinggi, ia juga menggalakkan persaingan yang sihat di antara pekerja.
Selain itu, pekerja juga akan menjadikan ia sebagai satu cabaran untuk mendapat
lebih banyak ganjaran atau gaji. Keburukannya adalah ia akan menimbulkan
konflik di antara pekerja kerana pekerja akan berasa tidak adil. Walaupun pelan
ini mungkin akan membawa kepada persaingan yang sihat namun ia juga boleh
membawa kepada perpecahan perpaduan pasukan.
Comments
Post a Comment