Keperempuanan
Wanita
berkulit putih selalunya dikaitkan dengan emosi, pasif, tanggungan. Wanita
berkulit hitam kurang feminin berbanding dengan wanita berkulit putih. Wanita
African American dihadkan kepada gaji yang rendah dan meminta pekerjaan
bersifat fizikal. Wanita berkulit hitam American mempunyai sifat membangkang
manakala wanita berkulit putih bersifat lebih pendiam. Wanita berkulit hitam
distereotaip sebagai sexually promiscuous, sexually aggresive and morally
loose. Wanita berkulit hitam lebih dominan, tegas dan lebih percaya kepada diri
sendiri daripada lelaki berkulit hitam. Hal ini menyebabkan kekuatan wanita
berkulit hitam pada mulanya dilihat sebagai sifat positif tetapi kemudiannya
dilabel sebagai “matriarchal” iaitu wanita berkulit hitam dilihat sebagai penolakan
padan dengan norma gender dalam konteks keluarga. Wanita agresif dan tegas
adalah “penalized” iaitu mereka dibuang oleh lelaki mereka dan menjadi miskin.
Mereka juag dilabel sebagai tidak feminin. Latinas iaitu Mexican Americans
wanita dari central dan South America terikat dengan cara keperempuanan yang
tradisional. Mereka diajar oleh Catholic Church bahawa seseorang wanita
seharusnya mendapatkan pemenuhan melalui menyayangi dan menyokong suami mereka
serta memelihara anak. Wanita ini juga hanya boleh berada di dalam rumah
sahaja. Mereka juga diajar untuk memandang tinggi kepada virgin Mary dan
mencontohi beliau dengan cara diam, sifat mementingkan orang lain dan tidak
melayan kehendak diri sendiri. Beberapat tahun kemudian, idea ini telah mengalami
perubahan. Sebagai contoh, wanita Mexican American telah mengambil peranan yang
baru iaitu mereka melibatkan diri dalam pekerjaan. Mereka mula menolak tentang
peranan wanita hanya sebagai isteri dan ibu sahaja. Faktor berlakunya perbezaan
dalam peranan gender adalah kerana ahli kumpulan beza bangsa tinggal di dalam
keadaan sosial yang berbeza. Contohnya, United States. Wanita berkulit hitam
lebih suka bekerja untuk faktor ekonomi daripada wanita berkulit putih. Wanita
berkulit hitam lebih suka bekerja kerana bekerja telah menjadi sesuatu yang
biasa dalam kehidupan mereka dan diterima oleh womanhood. Wanita berkulit putih
pula tidak terlibat dalam ekonomi kerana ini mempersoalkan tentang norma gender
mengenai peranan sosial mereka.
Kelelakian
Lelaki
berkulit hitam selalunya dikaitkan dengan “budak lelaki” bukannya “lelaki
dewasa”. Hal ini menyebabkan terdapat
satu pergerakan Black Power di akhir abad 1960 iaitu lelaki dewasa berkulit
hitam diakui sebagai “lelaki”. Lelaki berkulit hitam selalunya hidup dalam
keadaan berbahaya kerana mereka cuba untuk menjaga persaingan, sifat agresif
dalam kelelakian dalam menghadapi diskriminasi dan kurangnya peluang pekerjaan.
Lelaki muda berkulit hitam secara fizikalnya tegas, ganas dan mengambil risiko.
Hal ini menyebabkan kadar kematian lebih tinggi dalam kumpulan ini kerana
keganasan. Pembunuhan merupakan punca utama dalam kalangan lelaki muda berkulit
hitam American. “Cool Pose” merupakan satu simbol budaya yang telah diadaptasi
oleh lelaki berkulit hitam sebagai mekanisme hidup dan kemampuan bersosial.
“Cool Pose” ini melihat kepada elemen mengawal, ketegasan dalam pemisahan yang
mewakili kekuatan, maruah dan tindakan tidak mahu menunjuk kelemahan kepada
orang lain terutamanya orang luar. Lelaki Latino dikenali sebagai “Machismo”
iaitu lelaki yang mendominasi wanita, lelaki sebagai ketua keluarga, isteri dan
anak seharusnya menghormati mereka, keupayaan seseorang lelaki mempunyai anak
yang ramai dan tempat isteri adalah di dalam rumah.
Steoreotaip Gender dan Kelas Sosial
Kelas
sosial diukur melalui petunjuk sosioekonomi iaitu pelajaran, pekerjaan dan juga
pendapatan. Lower class women dilihat sebagai bingung, tidak logik, tidak
bertanggungjawab, kurang sopan, ketahayulan dan lain-lain daripada middle class
women. Working class males pula kolot, agresif dan bersifat menentang. Lelaki
profesional iaitu mempunyai status dan prestij di luar rumah dianggap mempunyai
kuasa autoriti yang kurang dalam keluarga. Hal ini lebih mudah untuk memahami
perbezaan antara kumpulan jika kelas sosial dianggap sebagai pengubah dinamik
kerana manusia boleh bergerak di antara kelas sosial. Lelaki Amerika berkulit
putih dan hitam mempunyai pemahaman yang berbeza tentang “ideal man” daripada
lelaki berkulit putih dan hitam middle class. Sebagai contoh, lelaki berkulit
hitam dilihat sebagai lebih agresif dan kompetitif, berjaya dalam kerjaya,
melindungi ahli keluarga dan mempunyai keyakinan diri.
Stereotaip Gender dan Umur
Wanita
tua dianggap lebih aktif, menceburi dan stabil daripada lelaki tua. Wanita
menjadi berkuasa apabila bergerak masuk ke dalam tahap older adulthood. Lelaki
tua lebih berminat dalam perhubungan kekeluargaan berbanding dengan lelaki muda
yang lebih suka bertanding untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek. Wanita
dan lelaki yang tua dilabelkan sebagai sunyi, berpengalaman, mempunyai
pendengaran yang kurang serta menarik minat. Mereka tidak berminat dengan
sexuality. Lelaki yang dianggap sebagai maskulin haruslah sexually attractive
kepada wanita. Jika sexuality menjadi tidak relevan, maka maskulin dan feminin
juga menjadi tidak relevan. Wanita kehilangan feminin apabila usia mereka
meningkat. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan nilai sebagai seorang manusia.
Sebagai contoh, dalam cerita movie, watak wanita direprentasikan secara negatif
daripada watak lelaki tua. Mereka dianggap tidak peramah, tidak menarik, dan
tidak bijak. Perubahan fizikal menyebabkan wanita terpesong jauh daripada
kecantikan. Wanita yang tua dilihat sebagai tidak menarik dan dianggap tidak mempunyai
nilai. Mereka dianggap sebagai tidak ada sesiapa yang inginkan mereka pada usia
yang tua. Lelaki tua pula tidak dianggap sebagai sedemikian kerana mereka
bergantung kepada kuasa dan prestij untuk mengakses kepada dunia sosial iaitu
melalui duit, pencapaian kerjaya serta hubungan dengan wanita muda.
Stereotaip Gender dan Penampilan
Wanita
yang tinggi, mempunyai badan yang kasar serta bahu yang luas dianggap tidak
feminin manakala lelaki yang pendek pula dianggap tidak maskulin. Penampilan
fizikal menjadi elemen penting kepada para wanita. Hal ini demikian kerana
penampilan tersebut menunjukkan betapa feminin dan sexual seseorang wanita
tersebut. Hal ini menyebabkan seseorang wanita mengambil berat tentang
penampilan diri mereka. Sebagai contoh, bagaimana orang lain memberi perhatian
kepada perkembangan payu dara seseorang wanita. Terdapat mitos yang mengatakan
bahawa wanita yang mempunyai payu dara yang besar dianggap sebagai seksi dan
menarik perhatian orang ramai. Bagi orang lelaki pula, mempunyai otot barulah
dianggap sebagai maskulin. Oleh sebab para wanita mengambil berat tentang penampilan
diri mereka, amalan diet menjadi sesuatu perkara biasa dalam kalangan wanita. Mereka
mengamalkan amalan ini adalah kerana takut obesiti atau kegemukan. Hal ini
demikian kegemukan akan menyebabkan mereka kelihatan tidak feminin. Wanita yang
kegemukan atau obesiti akan mempunyai rasa rendah diri. Hal ini demikian kerana
mereka merasakan penampilan fizikal adalah sangat penting. Wanita lebih
prihatin terhadap saiz badan mereka. Hal ini menyebabkan prestasi mereka
terganggu sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja. Sebagai contoh,
sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang pakai sama ada baju sejuk atau
baju renang diletakkan di dalam satu makmal untuk mengambil ujian matematik.
Pelajar perempuan tidak dapat menumpukan perhatian dalam menjawab ujian
matematik kerana mereka sangat malu dengan penampilan fizikal mereka manakala
pelajar lelaki pula dapat menjawab ujian matematik dengan baik. Penampilan
fizikal amatlah penting kepada seseorang wanita untuk membina keyakinan diri
mereka sama ada dalam mencari kerjaya atau teman hidup.
Stereotaip Gender dan Sexual Orientation
Feminin
bermaksud seseorang wanita haruslah tertarik kepada lelaki manakala maskulin
pula bermaksud seseorang lelaki haruslah tertarik kepada perempuan. Lesbians
dan gays tidak dianggap sebagai feminin atau maskulin kerana mereka tidak
menerima gender mereka sendiri. Lesbians dianggap lebih maskulin dan gays
dianggap lebih feminin. Hal ini menyebabkan lesbians dan gays dianggap sebagai
ancaman kepada masyarakat kerana mereka berkelakuan bertentang dengan
norma-norma gender yang sedia ada. Lesbians dan gays dikritik dan dikutuk
kerana mereka tidak mengaku gender mereka sendiri. Hal ini menyebabkan mereka
dipandang rendah dan tidak diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh, terdapat gays
dan lesbians yang dipukul secara fizikal hanya kerana masyarakat benci melihat
mereka berwatakan bertentangan dengan gender mereka. Masyarakat menganggap
feminin itu hanyalah sesuai dengan wanita manakala maskulin itu hanya sesuai
dengan lelaki.
Gender dan Disability
Lelaki
kurang upaya akan dilihat sebagai lelaki yang kurang maskulin serta menjejaskan
imej mereka. Hal ini demikian kerana mereka sepatutnya yang melindungi dan
menjaga orang lain bukannya orang lain yang menjaga mereka.
CONTOH
STEREOTAIP YANG TERDAPAT DALAM MAJALAH, CERITA, TV ATAU IKLAN.
1.
Romantik, Seksualiti dan Hubungan
Romantik, seksualiti dan hubungan merujuk kepada
percintaan atau dalam bahasa English yang dikenali sebagai “love”, seksualiti
pula berkaitan dengan seks manakala hubungan pula mengenai perhubungan antara
seseorang wanita dan lelaki. Dalam kebanyakan media, wanita selalu dikaitkan
dengan perhubungan, percintaan dan seks. Wanita selalu direprentasikan sebagai
seseorang yang mementingkan perhubungan, percintaan dan seks. Sebagai contoh,
majalah remaja British “Jackie” yang mengutarakan tentang 2 isu iaitu bagaimana
untuk mendapatkan teman lelaki dan bagaimana untuk kelihatan cantik dan
bergaya. Melalui majalah remaja “Jackie” ini, kita dapat melihat bahawa kebanyakan
majalah menceritakan tentang bagaimana seseorang wanita patut menghiasi diri
mereka supaya mereka dapat mendapatkan diri mereka teman lelaki atau memikat
lelaki. Dalam era yang baru, majalah yang diterbitkan mungkin lebih tertumpu
kepada pekerjaan, kewangan atau tentang kawan namun romantik, seksualiti dan
hubungan masih menjadi isu yang kedua. Misalnya, dalam era majalah yang baru,
wanita diperkenalkan dengan feminiti yang baru iaitu mereka harus tahu apa yang
mereka mahu dan mengejar impian mereka namun masih mengekalkan feminin mereka.
Terdapat juga majalah yang memaparkan tentang seksualiti yang baru iaitu
memberi informasi atau maklumat tentang seks yang terbaru. Feminiti masih lagi
kekal dengan cara bagaimana untuk menarik perhatian lelaki, bagaiman hendak
memikat lelaki atau wanita masih perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak
lelaki. Terdapat juga filem-filem di mana menunjukkan tentang cita-cita atau
impian yang harus dicapai oleh wanita seperti mencari lelaki, berkahwin dan
melahirkan anak. Sebagai contoh, filem yang bertajuk Sex and The City. Selain
itu, kebanyakan cerita dalam televisyen menunjukkan wanita sebagai golongan
yang lemah, bersopan santun dan beremosi. Misalnya, cerita “Playboy itu Suami
Aku” menunujukkan watak utama wanita aitu Afina yang berwatakan lemah lembut
dan bersopan.
2. Penampilan
Fizikal dan Badan
Kebanyakan majalah yang diterbitkan adalah berkaitan
dengan penampilan fizikal dan badan wanita. Majalah hanya menumpukan kepada
penampilan fizikal wanita terutamanya muka depan majalah yang menumpukan kepada
badan wanita. Wanita haruslah langsing dan kurus untuk kelihatan cantik. Kunci
utama bagi isi majalah adalah tentang bagaimana wanita untuk kelihatan cantik
dan bergaya. Sebagai contoh, Majalah Nona terbitan Malaysia adalah berkaitan
dengan fesyen, citra cantik, rawatan dan lain-lain yang menunjukkan bagaimana
seseorang wanita harus kelihatan. Majalah-majalah seperti ini telah menunjukkan
bagaimana wanita harus menjaga badan mereka supaya sentiasa kelihatan langsing
dan kurus. Terdapat juga majalah di mana menunjukkan tentang ubat-ubatan yang
dapat diambil oleh para wanita untuk menguruskan diri mereka. Misalnya pil-pil
untuk melangsingkan badan. Kebanyakan majalah juga berkaitan dengan
resepi-resepi makanan yang mengenai diet. Contohnya, Majalah Nona juga ada
artikel-artikel di mana berkaitan dengan resepi-resepi yang berkaitan dengan diet.
Selain majalah, terdapat juga iklan-iklan di televisyen yang berkaitan dengan
produk-produk pelangsingan badan seperti New York Skin Solution, London Weight
Management dan lain-lain. Iklan-iklan seperti ini telah mengatakan bahawa
wanita sepatutnya menurunkan berat badan mereka supaya mereka dapat kelihatan
langsing, kurus dan cantik. Bagi cerita-cerita yang terdapat di televisyen
pula, watak-watak utama wanita selalunya langsing dan kurus. Terdapat sedikit
watak utama wanita yang besar dan gemuk. Sebagai contoh, cerita Manjalara yang
mempamerkan watak utama wanitanya yang gemuk bernama Manja. Manja sanggup
menempuh segala kepayahan untuk mengubah dirinya dan ingin membalas dendam
kepada orang yang pernah mengkhianatinya. Manja kemudiannya muncul sebagai Lara
yang langsing dan cantik untuk menjalankan misinya.
3. Wanita
di Tempat Kerja dan Rumah
Majalah lebih memberi perhatian tentang peranan wanita di
rumah berbanding di tempat kerja. Sebagai contoh, Majalah Seri Dewi dan
Keluarga yang memberi tumpuan kepada hubungan suami isteri dan juga keluarga.
Majalah ini telah memberi penumpuan wanita berada di dalam rumah iaitu
berperanan sebagai isteri dan ibu. Peranan wanita pada masa sekarang masih lagi
terikat dengan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anaknya. Wanita yang
berumah tangga haruslah menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada keluarga
mereka. Wanita haruslah berperanan sebagai isteri seperti menjaga keperluan
suami, memasak untuk suami, membasuh baju suami dan lain-lain. Selain itu, wanita
juga berperanan sebagai seorang ibu seperti menjaga keperluan anak-anak,
memasak untuk anak-anak serta kerja-kerja lain yang berkaitan. Kebanyakan
wanita yang direprentasikan dalam majalah adalah berkaitan dengan keluarga,
perkahwinan, anak-anak dan lain-lain. Hal ini demikian kerana sifat semula jadi
wanita yang dikaitkan dengan alam yang bersifat penyayang, lemah-lembut,
memelihara dan menjaga. Oleh itu, wanita lebih dikaitkan dengan kerja-kerja di
rumah berbanding di tempat kerja. Cerita-cerita di televisyen juga lebih
menumpukan wanita di rumah berbanding di tempat kerja. Sebagai contoh, cerita
seperti Nur Kasih yang melihatkan watak utama wanitanya yang tinggal di
kampung, seorang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi, bersopan-santun dan
menolong ibu bapanya di rumah. Filem-filem selalunya menunjukkan wanita
bekerjaya sebagai wanita yang tidak gembira, sentiasa mempunyai masalah dan
tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Wanita yang bekerjaya
selalunya mempunyai dua peranan iaitu peranan di tempat kerja dan juga di
rumah. Wanita-wanita ini mempunyai peranan yang konflik. Filem-filem selalunya
menggambarkan wanita bekerja dalam pekerjaan yang rendah statusnya dan
mempunyai gaji yang rendah. Wanita yang bekerjaya dalam filem selalunya
digambarkan dengan wanita yang bekerja sebagai guru, jururawat, setiausaha,
kerani dan lain-lain pekerjaan yang bersifat feminin.
4. Seksualiti,
Moral dan Keganasan
Wanita selalunya dikaitkan dengan seksualiti, moral dan
keganasan. Wanita sentiasa dilihat sebagai objek seks dalam kalangan
masyarakat. Sebagai contoh, bagi muka depan majalah selalunya bahagian badan
wanita yang menjadi tumpuan. Selain itu, wanita juga dipaparkan dalam keadaan
yang seksi dan mengairahkan. Badan-badan wanita juga didedahkan di
bahagian-bahagian tertentu seperti di buah dada atau tempat-tempat lain yang
sulit. Majalah-majalah yang menggunakan muka depan ini adalah untuk menarik
pelanggan untuk membeli majalah tersebut. Muka depan majalah tersebut tiada
kaitan langsung dengan isi-isinya. Di samping itu, wanita selalunya dikaitkan
dengan perkataan “vamps” atau “virgins”. Wanita selalunya dilihat melalui
seksualitinya manakala lelaki pula dilihat sebagai mempunyai moral yang tinggi
daripada wanita. Misalnya, seseorang wanita yang berkelakuan tidak senonoh akan
dipandang rendah oleh masyarakat berbanding dengan lelaki yang melakukan
perbuatan yang tidak senonoh. Hal ini demikian kerana konstruksi sosial yang
menganggap bahawa seseorang wanita itu seharusnya berkelakuan sopan dan
lemah-lembut. Oleh itu, wanita yang berkelakuan tidak senonoh akan dilihat
sebagai ancaman kepada masyarakat dan mereka juga akan dianggap tidak
berpelajaran ataupun ibu bapa tidak mengajar anak perempuan mereka tentang adab
bersopan. Wanita juga selalunya dikaitkan dengan kes rogol di mana tidak
dilihat sebagai suatu keganasan terhadap wanita. Kebanyakan mitos mengatakan
bahawa seseorang wanita yang meminta perogolan itu berlaku kepada dirinya
sendiri iaitu dari segi pemakaia dan lain-lain. Namun, kajian menunjukkan bahawa kebanyakan
perogol tidak melihat kepada cara pemakaian mangsa mereka. Kes rogol ini
terjadi kerana mangsa berada di suatu tempat dan masa yang tertentu. Misalnya,
cerita Ombak Rindu yang menggambarkan tentang seksualiti dan keganasan yang
dilakukan terhadap wanita. Terdapat juga majalah di mana ia menunjukkan wanita
dengan sekumpulan lelaki yang mempamerkan aksi-aksi seperti seksualiti dan
kegansan terhadap wanita.
Perkongsian yang amat bermanfaat. Terima kasih kerana post ini dapat membantu saya dalam perbentangan esok.
ReplyDelete