Skip to main content

Organizational Behavior: Personality and Values


Definisi Personaliti
|  Jumlah cara keseluruhan di mana seseorang individu bertindak balas dan berinteraksi dengan orang lain

THE BIG FIVE PERSONALITY MODEL
Personaliti
Huraian
Ekstroversi (Extraversion)
Ekstroversi seorang yang peramah, tegas, pemujuk dan aktif manakala introversi pula seorang yang pendiam, pasif dan menyendiri
Kesetujuan (Agreeableness)
Seseorang yang tinggi dalam kesetujuan merupakan mereka yang seronok didekati, baik hati, bersopan-santun, peramah, bersimpati dan mudah bekerjasam manakala mereka yang rendah dalam kesetujuan pula suka mencari salah orang lain, langsang, suka bertengkar dan bermusuhan
Berhemah dan berhati-hati (Conscientiousness)
Mereka ini merupakan seseorang yang suka berdikari, tersusun, boleh dipercayai, bertanggungjawab, konsisten, bekerja keras dan tabah manakala bertentangan dengan mereka yang suka bergantung, kucar-kacir, tidak boleh dipercayai, tidak bertanggungjawab, tidak berhati-hati dan malas
Kestabilan emosi (Emotional Stability)
Mereka yang mempunyai emosi yang stabil ini tenang, relaks serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi daripada mereka yang tidak mempunyai emosi stabil seperti resah, gelisah, kemurungan dan berasa tidak selamat
Terbuka kepada pengalaman (Openness to experience)
Mereka yang terbuka kepada pengalaman cenderung untuk mencari pengalaman yang baru, kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Mereka yang tidak terbuka kepada pengalaman pula cenderung menutup pemikiran dan praktikal dan minatnya sempit

Definsi Nilai (Values)
|  Nilai-nilai telah ditakrifkan sebagai cita-cita atau kepercayaan yang seseorang memegang
|  Kepercayaan yang tahan lama dan mempunyai nilai dan kepentingan dalam kehidupan kita
Jarak Kuasa (Power Distance)
Sifat kebudayaan kebangsaan yang menggambarkan sejauhmana masyarakat yang menerima kuasa itu dalam institusi dan organisasi diedarkan secara tidak sama rata. Jarak kuasa yang mendapat rating yang tinggi bermaksud wujud ketidaksamaan dalam kekuasaan dan kekayaan di dalam sesebuah masyarakat manakala yang sebaliknya pula menyatakan bahawa setiap orang membawa peluang dan tekanan yang sama
Individualisme vs Kolektivisme (Individualism vs Collectivism
Individualisme bermaksud sejauhmana seseorang itu lebih suka bertindak secara individu berbanding bekerja dalam pasukan. Kolektivisme pula bermaksud seseorang suka bekerjasama dalam pasukan dan mengharapkan ahli lain untuk menjaga mereka
Maskulin vs Feminin (Masculinity vs Femininity)
Melihat lelaki sebagai yang dominan dan mempunyai segala kuasa dan kawalan terhadap orang lain. Maskulin yang mendapat rating yang tinggi bermaksud lelaki mendominasi dan peranannya adalah dipandang tinggi. Feminin pula bermaksud cuam ada perbezaan yang sedikit antara peranan lelaki dan perempuan. Feminin yang mendapat rating yang tinggi bermaksud bahawa perempuan dilayan secara adil di dalam masyarakat tersebut
Pengelakkan yang Tidak Pasti (Uncertainty Avoidance)
Sifat kebudayaan kebangsaan yang menggambarkan sejauhmana masyarakat yang berasa terancam oleh keadaan tidak menentu dan tidak jelas dan cuba untuk mengelakkan mereka. Dalam masyarakat yang mempunyai rating yang tinggi dalam pengelakkan yang tidak pasti menunjukkan mereka berasa gelisah dan risau terhadap ketidakpastiaan serta menggunakan undang-undang untuk mengawal ketidakpastiaan. Budaya yang mendapat rating yang rendah pula menunjukkan mereka lebih bersedia untuk mengambil risiko serta menerima perubahan
Orientasi Jangka Panjang vs Jangka Pendek (Long Term vs Short Term Orientation)
Orientasi jangka panjang merupakan sifat kebangsaan yang menekankan masa depan, berjimat cermat dan ketekunan manakala orientasi jangka pendek pula merupakan sifat kebudayaan kebangsaan yang menekankan masa lalu dan kini, menghormati tradisi dan memenuhi tanggungjawab sosial


Terdapat sejulat sifat yang boleh menggambarkan personaliti seseorang di tempat kerja. Mengenali sifat ini amat penting kerana secara relatif sifat ini adalah konsisten merentasi masa dan situasi dari segi sikap dan tingkah laku. Bezakan antara narsissisme dan personaliti A dan jelaskan bagaimana sifat ini dapat meramal tingkah laku di tempat kerja berserta contoh yang sesuai.

Narsissisme
Personaliti A
|  Kecenderungan untuk menjadi sombong, mempunyai rasa hebat terhadap diri sendiri, mempunyai kekaguman yang berlebihan terhadap diri sendiri dan rasa diri adalah sangat hebat
|  Narsissisme ini selalunya merasakan diri mereka lebih hebat daripada orang lain, iaitu mereka lebih berkelayakan menjadi pemimpin berbanding dengan rakan sekerja yang lain
|  Penyelia mereka selalunya mengganggap mereka ini lebih teruk daripada orang lain
|  Orang yang mempunyai personaliti ini akan memandang rendah kepada orang lain, mereka perlu orang lain memberi perhatian dan kagum dengan mereka
|  Mereka selalunya akan memburuk-burukkan sesiapa yang mengancam mereka
|  Mereka juga sangat pentingkan diri mereka sendiri dan percaya bahawa kewujudan orang lain adalah untuk kepentingan mereka
|  Orang yang mempunyai personaliti ini pula mungkin akan suka mengarahkan orang lain untuk membuat kerja bagi pihak mereka
|  Mereka ini juga mungkin bercakap besar tetapi apabila diberikan kerja mereka tidak dapat menyelesaikannnya
|  Mereka juga tidak mungkin akan membantu orang lain yang berada dalam kesusahan kerana orang dengan personaliti ini mementingkan diri mereka sendiri
|  Penglibatan yang agresif, perjuangan yang tidak berhenti-henti untuk mencapai sesuatu dalam masa yang pendek dan jika perlu mereka akan berlawanan dengan orang dan perkara-perkara lain yang menghalang mereka
|  Mereka dengan personaliti A ini selalunya akan berjalan dan makan dengan kadar yang cepat, berasa sangat tidak sabar, akan berfikir dua perkara pada satu masa, tidak boleh menghadapi dengan masa lapang dan mereka adalah sangat taksub dengan nombor
|  Orang yang dengan personaliti ini mungkin akan bekerja dalam kadar yang cepat. Mereka akan siapakan kerja yang diberikan oleh penyelia atau bos dalam masa yang sangat singkat
|  Masa rehat mereka juga sangat pendek kerana mereka makan dengan cepat dan mereka tidak tahu untuk buat apa apabila ada masa yang lapang
|  Mereka juga akan sentiasa mengira projek-projek atau kerja-kerja yang telah diberikan kepada mereka kerana mereka sangat taksub dengan nombor
|  Orang dengan personaliti ini juga akan sentiasa menyibukkan diri mereka dengan pelbagai pekerjaan


Comments

  1. Values are an integral part of the personal philosophy of life by which we generally mean the system of values by which we live. The philosophy of life includes our aims, ideals, and manner of thinking and the principles by which we guide our behavior.

    ReplyDelete

Post a Comment